4 Salah Faham Lazim Tentang Kad Kredit
Table of Contents
Kad kredit telah menjadi semakin popular. Bagaimanapun, kerana popularitinya, tersebar beberapa khabar angin dan mitos tentang apa yang anda perlu dan tak perlu lakukan.
Di sini, kita akan melihat empat salah faham lazim tentang kad kredit:
Selagi anda buat pembayaran sebelum tarikh tamat tempoh, anda tak akan dianggap terlepas pembayaran
Sudah tentu, membuat bayaran yang kecil untuk kad kredit anda pada akhir setiap tempoh adalah sesuatu lebih baik dari tak buat pembayaran langsung. Tapi jika anda tak bayar sekurang-kurangnya jumlah minimum yang perlu dibayar pada bil kad kredit anda, bank anda masih akan menganggapnya sebagai bayaran terlepas. Akibatnya – caj faedah yang lebih tinggi, yuran pembayaran lewat dan penalti, dan kesan negatif ke atas profil kredit anda!
Perlu ada baki untuk membina sejarah kredit anda
Ini tak benar. Untuk mula membina sejarah kredit anda, apa yang anda perlu lakukan ialah mula menggunakan kad kredit anda. Mempunyai baki tertunggak tidak membantu membina skor kredit anda, sebaliknya, ia hanya akan menyebabkan pembayaran faedah lebih! Cara terbaik adalah membayar bil-bil anda sepenuhnya pada masanya dan jangan melebihi had kredit anda.
Mempunyai had kredit yang tinggi adalah tak baik
Ini hanya benar jika anda guna kad kredit tanpa berhati-hati memantau perbelanjaan anda. Jika anda berhati-hati dalam menggunakan kad anda, mempunyai had kredit yang tinggi bukanlah satu perkara yang tak baik kerana ia memberi anda lebih banyak fleksibiliti. Selain itu, mempunyai had kredit yang tinggi dengan baki tertunggak yang rendah boleh menyumbang kepada skor kredit anda secara keseluruhan.
Lebih banyak kad kredit yang anda miliki, lebih baik
Walaupun mempunyai kad banyak yang meningkatkan jumlah kredit anda, skor kredit anda mungkin akan terjejas. Bank umumnya agak gementar dengan orang yang ada banyak kad kredit. Juga, lebih banyak kad yang anda ada, kecenderungan anda untuk berbelanja adalah lebih tinggi!
Suka artikel ini? Mungkin anda juga akan suka :Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kad Kredit Pindahan Baki