7 Perkara Penting Sebelum Sewa Rumah Kali Pertama

by
7 Perkara Penting Sebelum Sewa Rumah Kali Pertama

Nak sewa rumah ke nak beli rumah? Soalan ini sangat hangat dibincangkan oleh setiap peringkat umur tak kira muda atau tua. Memiliki rumah sendiri ni memang seronok dan merupakan impian semua orang, tapi kita harus ingat yang sebelum membeli rumah, terdapat pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan kerana ianya merupakan pelaburan yang besar dan prosedurnya juga agak rumit.

Disebabkan itu, ramai diantara kita yang mengambil keputusan untuk menyewa kediaman, sementara mengumpul simpanan untuk memiliki rumah idaman suatu hari nanti.

Tapi prosedur menyewa dan membeli rumah sama ke? Tidak sama sekali. Jadi dalam artikel ini, kita gariskan beberapa pekara yang anda perlu tahu sebagai penyewa kali pertama.

1. Pilih lokasi yang strategik

Sebelum memilih lokasi rumah sewa, peratama sekali anda harus tahu sebab anda menyewa. Dari situ, anda akan kriteria yang perlu anda titikberatkan dalam mencari lokasi.

Contoh: jika anda adalah seorang pelajar, maka apa yang penting bagi anda adalah lokasi yang berdekatan dengan tempat belajar anda dan juga akses pengangkutan awam yang mudah.

2. Ketahui bajet sewa rumah

Merancang bajet sewa bulanan anda dari awal boleh membantu anda merancang kewangan dan memilih rumah yang nak disewa mengikut kemampuan anda.

Jadi, anda perlu tepuk dada, tanya selera. Antara tips yang anda boleh ikut adalah jangan berbelanja lebih 30% dari gaji bulanan anda untuk membayar sewa.

Selain dari itu, anda juga perlu asingkan terlebih dahulu duit untuk bayaran deposit atau pendahuluan sebelum masuk rumah sewa.

Kebiasaannya duit deposit anda akan dipulangkan apabila anda ingin berhenti menyewa, asalkan tiada kerosakan yang berlaku di rumah tersebut. Jika tiada masalah,anda boleh mendapat jumlah penuh bayaran deposit anda. 

3. Cari ejen yang bertauliah dan boleh dipercayai

Kenapa kewujudan ejen hartanah penting dalam proses sewa rumah? Kerana mereka memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai pasaran hartanah setempat, dan pengetahuan ini boleh membantu anda.

Ejen hartanah memahami prosedur dan peraturan yang terkait dengan sewa rumah dan akan memastikan bahawa semuanya dilakukan dengan betul, dan juga memudahkan urusan anda.

Sebelum itu, perlu pastikan juga ejen hartanah anda merupakan ejen hartanah yang berdaftar dan bukan yang palsu atau “scammers”!

Anda boleh cuba mencari ejen di IQI Global. Di IQI, mereka mempunyai lebih daripada 500+ ejen profesional dan bertauliah. Ejen-ejen ini sentiasa bersedia untuk membantu anda mencari rumah yang sempurna untuk anda.

4. Periksa keadaan rumah sewa 

Selepas membuat pilihan tentang rumah sewa yang anda inginkan, kini tiba masa untuk anda membuat temu janji dengan tuan rumah untuk periksa rumah sewa.

Semasa periksa rumah sewa bersama tuan rumah, tanyalah setiap perkara walau sekecil mana pun. Contohnya kalau berlaku kerosakan siapa bertanggungjawab, kos selenggara dan lain-lain.

5. Membuat rundingan (nego) dengan tuan rumah

Setelah memeriksa rumah, anda kini akan tiba ke peringkat seterusnya, iaitu masa untuk anda berbincang dengan tuan rumah tentang nilai sewa bulanan.

Sewaktu berbincang, pastikan kos sewa yang dipersetujui berbaloi dengan fasiliti dan kelengkapan yang disediakan tuan rumah.

Jangan lupa anda juga perlu berbincang dengan tuan rumah berkenaan tarikh pembayaran dan tempoh masa untuk beri notis keluar rumah, jika anda bercadang untuk pindah keluar nanti.

6. Pastikan ada perjanjian sewa rumah

Tak kisah walau apa yang terjadi, anda perlu pastikan tuan rumah anda menyediakan perjanjian sewa rumah. Jika tuan rumah anda belum menyediakan perjanjian sewa rumah, ingatkan mereka untuk menyediaka perjanjian tersebut.

Hal ini penting kerana buat masa sekarang, belum ada lagi akta atau undang undang Malaysia yang tercipta untuk melindungi penyewa.

Jadi anda perlu memastikan tuan rumah anda menyediakan perjanjian sewa rumah, dan pastikan terma dan syarat perjanjian tersebut adil untuk kedua-dua anda dan tuan rumah. Jangan lupa baca perjanjian tersebut dengan teliti sebelum anda sain.

7. Bincangkan tentang bayaran lain dan duti setem

Pastikan anda bertanya kepada tuan rumah tentang semua bayaran yang perlu anda langsaikan selain sewa bulanan. Adakah bil elektrik dan bil air perlu dibayar berasingan? Jika anda diberi tempat letak kereta, adakah tempat letak kereta anda perlu dibayar sewa bulanan? Soalan soalan sebegini perlu ditanya dan dipastikan dengan tuan rumah.

Selain itu, semasa menandatangani perjanjian, anda akan dikenakan duti setem. Pastikan anda bertanya tentang peratus bayarannya.

Di Malaysia, duti setem untuk perjanjian sewa adalah seperti berikut:

Duti bagi setiap RM250 bagi sewa yang melebihi RM2,400 (tahunan)

  • Kurang dari 1 tahun: RM1
  • Antara 1-3 tahun: RM2
  • Melebihi 3 tahun: RM3

Katakan anda menyewa satu unit dengan bayaran RM2,500 sebulan yang mana jumlah tahunannya adalah RM30,000, duti setem bagi tempoh sewaan satu tahun adalah:

  • (Yuran tahunan – RM2,400)/ 250 X RM1
    = (RM30,000 – RM2,400) / RM250 X 1
    = RM110.40

Jadi beli rumah atau sewa, mana lebih bagus? Kedua-duanya bagus! Apa yang penting ikut kemampuan diri, jangan jadi seperti pepatah katak hendak jadi lembu, jikalau tidak mahu menyesal kemudian hari.

Artikel ini pertama kali diterbitkan dalam IQIGlobal.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image