5 Langkah Mudah Untuk Mendapatkan Pinjaman Peribadi

by
Tags:

Adakah anda perlukan wang tunai untuk beli kenderaan baru atau pergi bercuti impian ke Eropah, tapi seringkali tertangguh kerana proses permohonan pinjaman peribadi yang cerewet? Jangan terkejut! Walaupun kelihatan menakutkan, memohon pinjaman peribadi sebenarnya adalah satu proses yang sangat mudah.

Berikut adalah lima langkah mudah untuk memulakan permohonan pinjaman peribadi anda:

1. Selidik dan bandingkan opsyen anda

Mendapatkan pinjaman peribadi adalah sama seperti memilih kereta yang sesuai untuk dibeli. Sebelum buat keputusan, anda perlu terlebih dahulu buat kajian menyeluruh. Begitu juga dengan pinjaman peribadi, ia adalah sama. Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk kadar faedah, yuran dan caj, keperluan peribadi anda dan sebagainya.

Sebagai permulaan, gunakan laman sesawang perbandingan seperti www.iMoney.my sebaik mungkin kerana laman seperti ini mengumpul maklumat dari pelbagai sumber dan menyampaikannya dalam format yang mesra pengguna. Oleh itu, ia menjimatkan masa dan tenaga anda. Selalunya, laman sesawang ini juga mempunyai panduan dan tip yang berguna mengenai apa yang anda perlu tahu sebelum mendapatkan pinjaman peribadi.

2. Nilai situasi kewangan peribadi anda

Selepas mengumpul maklumat yang berkaitan, buat perbandingan di antara keadaan peribadi anda dengan pilihan kewangan yang terbaik. Anda perlu tahu berapa banyak anda perlu bayar secara bulanan, berapa lama diperlukan untuk melangsaikan pinjaman, dan sama ada kewangan peribadi anda sesuai untuk pinjaman tersebut. Pilih satu yang paling menepati keadaan semasa anda.

3. Cari borang permohonan yang sesuai

Selalunya, bank ada sediakan borang permohonan pinjaman peribadi di laman sesawang mereka. Selain itu, anda sendiri boleh melawat cawangan yang berhampiran, atau bertemu dengan wakil bank itu sendiri. Ada juga sesetengah bank yang membenarkan aplikasi telefon atau aplikasi atas talian, yang memudahkan lagi proses permohonan.

4. Baca cetakan halus dan semak kira-kiranya

Ia adalah bijak untuk semak dan sahkan pembayaran bulanan anda, tempoh pinjaman, dan bayaran-bayaran lain bersama dengan bank anda sebelum menanda tangani sebarang perjanjian. Lihat dengan teliti semua syarat-syarat pinjaman kerana kesilapan boleh berlaku. Anda juga dinasihatkan untuk ambil masa mengimbas cetakan halus untuk pastikan anda tak terperangkap dengan sebarang masalah pada masa akan datang.

5. Serahkan dokumentasi pinjaman yang diperlukan

Akhir sekali, sediakan semua dokumentasi yang diperlukan bagi memproses kelulusan permohonan pinjaman. Berikut adalah senarai dokumen yang biasanya diperlukan oleh bank:

Jika anda seorang pekerja yang mempunyai majikan

  • Borang permohonan yang lengkap
  • Satu salinan kad pengenalan atau dokumen pemastautin tetap
  • Satu salinan slip gaji bulan semasa anda atau sebelumnya ATAU penyata bank yang menunjukkan gaji dikreditkan ke dalam akaun ATAU Borang BE dengan resit cukai pembayaran ATAU EA / Penyata KWSP.

Jika anda bekerja sendiri

  • Borang permohonan yang lengkap
  • Satu salinan kad pengenalan atau dokumen pemastautin tetap
  • Satu salinan Borang BE terkini anda dengan resit pembayaran cukai
  • Salinan sijil pendaftaran perniagaan

Perhatikan bahawa ini adalah hanya dokumentasi umum yang diperlukan. Bergantung kepada bank dan lain-lain faktor, mungkin ada lebih banyak dokumen yang diperlukan sebelum pinjaman anda diluluskan.

Tempoh kelulusan pinjaman peribadi adalah berbeza antara bank, bergantung pada sejarah kredit peminjam dan jenis pinjaman yang dipohon (bercagar atau tidak bercagar).

Dah sedia nak buat pinjaman peribadi? Ketahui bank yang mana menawarkan kadar faedah yang terendah di Malaysia.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image