Apakah Manfaat Melabur Dalam Emas?

by
Tags:

Emas adalah pelaburan yang amat popular ketika keadaan yang tidak menentu. Ramai orang tanya kami, “Mengapa melabur dalam emas?”. Jadi kami telah menemuramah beberapa pelabur emas yang berpengalaman. Berikut adalah pendapat mereka:

Emas adalah sesuai untuk kepelbagaian

Emas punyai sejarah perkembangan berbeza berbanding instrumen kewangan lain, dan biasanya tidak memberi tindak balas sama terhadap keadaan pasaran yang menjejaskan saham, bon dan harta. Oleh itu, mempunyai pelaburan yang kecil dalam emas boleh meningkatkan kepelbagaian keseluruhan portfolio anda.

Emas mempunyai kecairan yang baik

Tidak seperti pelaburan lain, emas diniagakan secara berterusan di seluruh dunia. Ini bermakna anda boleh beli atau jual pelaburan emas bila-bila masa. Ini amat berguna jika anda dapati diri anda dalam kedudukan di mana anda perlukan wang tunai. Bezakan ini dengan melabur dalam hartanah – yang mengambil beberapa bulan untuk dijual.

Emas sebagai perlindung nilai terhadap inflasi

Emas bukan sekadar satu pelaburan. Pelabur kadang kala merujuk kepada emas sebagai sejenis mata wang. Walau bagaimanapun, tak seperti mata wang yang kerajaan boleh cetak banyak, nilai emas tak dipengaruhi oleh sebarang undang-undang kerajaan. Oleh sebab bekalan emas hanya boleh meningkat secara perlahan, harga emas biasanya tak akan berubah selama beberapa dekad.

Emas melindungi terhadap ketidaktentuan

Melihat prestasi masa lalu, emas adalah salah satu kelas aset yang telah menunjukkan prestasi yang baik pada masa yang tak menentu. Sebagai contoh, semasa krisis kewangan 2008-2009, harga emas melonjak apabila pasaran saham terhempas, pelabur panik dan mula menjual stok mereka dan membeli emas. Kejadian ini juga dilihat ketika dot-com (2000) jatuh dan dalam beberapa situasi pasaran jatuh pada masa lalu.

Jadi, itu dia 4 sebab yang baik untuk melabur dalam emas.

Berminat nak bermula? Ingin tahu bank mana tawarkan akaun pelaburan emas terbaik? Rujuk jadual perbandingan akaun pelaburan emas iMoney sekarang!

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image