Pilihan: iPhone 6, iPad 4 Atau Melabur?
Table of Contents
Artikel ini ditaja oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di bawah inisiatif InvestSmart itu.
Bagaimana jika anda sedang merancang antara membeli gajet iPhone 6 ataupun dengan mengambil keputusan untuk melabur? Lupakan niat anda untuk membeli gajet baharu dan mulakan masa anda untuk melabur!
Jikalau anda sedang berkira-kira untuk membeli gajet baharu seperti iphone 6, mahupun gajet tablet baharu seperti iPad 4, fikirkan semula.
Kebanyakan daripada kita sering terpengaruh dengan rakan-rakan, namun begitu, sedarkah kita bahawa kita mungkin perlu mengeluarkan kos lebih daripada apa yang diperlukan untuk membeli gajet-gajet ini.
Realitinya, nilai gajet-gajet ini akan susut setiap tahun. Ini bermakna, trend atau habit untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa teknologi adalah suatu habit yang merugikan. Tambahan pula, kebanyakan teknologi gajet ini dikemaskini setiap tahun dan model baharu akan sentiasa keluar.
Kadar susut nilai bagi sebuah gajet juga boleh menjangkau pada kadar yang amat tinggi iaitu sekitar 10% setahun.
Adakah anda amat memerlukan iPhone 6 atau iPad 4?
Dengan ciri-ciri terbaharu yang mampu anda banggakan, memang tidak dinafikan bahawa iphone 6 adalah sebuah gajet yang mampu menambat hati sesiapa sahaja yang ingin memilikinya.
Namun begitu, adakah ianya berbaloi untuk anda memiliki gajet ini? Lihat rajah di bawah.
Senarai harga produk Apple
iPhone 6 & iPhone 6 Plus
Memori | iPhone 6 | iPhone 6 Plus |
---|---|---|
16GB | RM2,399 | RM2,749 |
64GB | RM2,749 | RM3,149 |
128GB | RM3,149 | RM3,549 |
iPad 4
WiFi | WiFi + Cellular |
---|---|
RM1,499 | RM1,899 |
RM1,799 | RM2,199 |
RM2,099 | RM2,499 |
Sebuah iPhone 5S 16GB dijual pada harga RM2,399 ketika ianya dilancarkan pada tahun 2012. Sekarang, tiga tahun kemudian, nilai terpakai iPhone 5S berharga sekitar RM 1,450. Jika kita menggunakan kadar susut nilai sebanyak 65%, nilai iPhone 6 16 GB anda akan berharga RM 1,450 3 tahun kemudiannya.
Kadar susut nilai sebanyak 65% adalah kos yang anda perlu bayar jika anda mahu memiliki gajet sebegini. Namun begitu, anda juga harus ingat tentang konsep kos melepas “opportunity cost” yang mungkin anda tidak sedari.
Anda telah berkerja keras untuk menampung kos hidup anda demi mencapai impian anda yang tersendiri, jadi, tanya diri sendiri, adakah anda mahu laburkan jumlah wang RM 3,000 tersebut ataupun membeli gajet iphone 6 tersebut?
Kos Melepas (Opportunity Cost) Anda
Dengan membuat keputusan yang bijak untuk melabur dalam satu jumlah yang sama dengan kos membeli gajet iphone 6, anda berpeluang untuk melipat gandakan keuntungan anda sambil mengelak kos susut nilai yang terpaksa anda hadapi jika anda memilih untuk membeli iPhone 6. Ini adalah contoh terbaik dalam mengambarkan konsep kos melepas (Opportunity Cost).
Perlu diingatkan dalam memilih instrumen perlaburan anda harus mengambil kira beberapa aspek dan perkara. Antaranya adalah modal pelaburan , tahap risiko, waktu serta matlamat kewangan. Pilihan yang anda tentukan ini melambangkan bentuk instrument pelaburan yang sesuai dengan anda.
1. Deposit tetap
Salah satu perlaburan risiko rendah adalah dengan melabur di dalam akaun Deposit Tetap (Fixed Deposit) (FD). Ianya mungkin tidak memberi pulangan yang tinggi yang mampu untuk mengawal kadar inflasi, tetapi pulangan modal anda akan perolehi adalah terjamin. Tambahan pula, FDs juga mempunyai tahap kecairan (liquidity) yg amat tinggi . Kebiasaanya,FD memberi pulangan yang lebih jika jumlah modal yang dilaburkan adalah besar. Ini kerana FD mempunyai kadar faedah yang rendah.
Berikut adalah contoh yang diberi:
Modal Pelaburan Awal | Keuntungan | Nilai Pelaburan | Risiko | Sesuai Untuk |
---|---|---|---|---|
RM3,000 | 4.10% (12 months) | RM3,123 | 1 BINTANG | Dana Kontigensi |
Anda mungkin hanya memperolehi RM 100 dalam masa setahun tetapi jika anda bandingkan dengan kadar susut nilai gajet yang anda beli, anda mampu memperolehi jumlah yang lebih daripada kadar susut nilai yang anda harus hadapi serta kadar inflaksi.
2. Unit amanah
Jika anda melabur di dalam unit amanah yang memberi purata pulangan sebanyak 7.36% setahun, pada akhir tahun ketiga, jumlah perlaburan anda akan menjadi RM 3,712 dengan konsep perlaburan semula pulangan tahunan anda.
Modal Pelaburan Awal | Pulangan | Nilai Pelaburan | Risiko | Sesuai Untuk |
---|---|---|---|---|
RM3,000 | 7.36% p.a. | RM3,712 | 3 BINTANG | - Pelabur Risiko Rendah - Jangka Panjang iaitu pelaburan persaraan |
Dengan melabur di dalam dana unit amanah yang berisiko tinggi, anda akan memperolehi untung yang lebih apabila keuntungan terkumpul anda berkembang.
3. Saham
Saham selalunya dianggap sebagai satu bentuk perlaburan yang berisiko tinggi. Ini kerana ia mempunyai kadar naik turun yang tinggi dan ianya lebih kompleks dan rumit. Para pelabur harus sentiasa memerhatikan keadaan semasa pasaran untuk membuat keputusan yang tepat.
Dengan mengetahui selok belok perlaburan, ianya meningkatkan peluang anda untuk memperoleh keuntungan. Salah satu rahsia pelaburan adalah dengan mengetahui saham perdana (blue-chip stocks), memahami trend pasaran dan lain-lain.
Berikut adalah contoh pulangan yang akan anda perolehi jika anda membeli saham daripada sebuah syarikat telekomunikasi tempatan dan menjual saham tersebut kembali apabila saham itu naik pada harga RM 0.50 per unit saham:
Saham | Harga Belian | Harga Jualan | Keuntungan | Risiko | Sesuai Untuk |
---|---|---|---|---|---|
460 units | RM6.50 per unit | RM7.00 per unit | RM220 | 5 BINTANG | - Pelabur Berisiko Tinggi - Pelaburan Jangka Pendek |
Melabur untuk masa depan anda
Terdapat pelbagai bentuk produk pelaburan yang menawarkan ganjaran berbeza dan tahap risiko berlainan. Memahami apa yang dimahukan daripada pelaburan, risiko yang sanggup untuk diambil dan aspek teknikal yang terlibat boleh membantu anda mengaut keuntungan dalam jangka masa panjang. Secara am, setiap pelaburan berpotensi menjana keuntungan dan kerugian.
Walau bagaimanapun, kebaikan melabur ialah anda sekurang-kurangnya akan mempunyai peluang untuk menjana pulangan dan keuntungan, atau menebus semula kerugian. Bandingkan ini dengan menghabiskan jumlah wang yang sama pada alat atau gajet yang nilainya pasti akan susut nanti. Pengguna yang bijak boleh menjimat lebih banyak wang dengan memilih jenis kad kredit yang sesuai dengan gaya hidup mereka.
Untuk si pelabur, tiada cara yang lebih memuaskan untuk belajar melainkan belajar secara sendiri. Kaji dan analisa produk pelaburan yang terdapat di pasaran sebelum membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat. Bak kata Benjamin Franklin, salah seorang Bapa Pengasas Amerika Syarikat, ‘Pelaburan yang memberi faedah terbaik ialah ilmu pengetahuan!’.
© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.