Golongan Milenial Malaysia Didapati Melakukan Kesilapan Wang Ini
Golongan belia dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an membentuk sebahagian besar rakyat Malaysia, oleh itu, tenaga kerja hari ini serta pilihan kehidupan dan tabiat kewangan mereka mempunyai impak yang besar terhadap ekonomi dan masyarakat.
Mereka dikenali sebagai generasi milenial atau Generasi Y. Rakyat Malaysia yang dilahirkan dari tahun 1981 hingga 1996 dianggap berada dalam kategori ini.
Banyak yang telah diperkatakan tentang tabiat, pemikiran dan pilihan mereka secara kolektif tetapi satu faktor yang akan memberi kesan meluas adalah bagaimana generasi ini menguruskan kewangan mereka.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Kewangan Asia, golongan milenial di Malaysia menghadapi masalah hutang yang semakin besar walaupun pada usia yang muda.
Bagaimana golongan milenial di Malaysia menguruskan wang dan kredit mereka?
Laporan Bloomberg awal tahun ini mengenai golongan milenial menghadapi hutang melebihi AS$1 trilion telah menimbulkan kebimbangan. Menurut Panel Kredit Pengguna Rizab Persekutuan New York, hutang yang dibayar oleh rakyat Amerika berumur antara 19 hingga 29 tahun telah mencecah $1 trilion pada akhir 2018.
Laporan tersebut juga menyatakan ini merupakan pendedahan hutang yang paling tinggi bagi kumpulan umur ini sejak lewat 2007 dan sebahagian besar daripadanya disebabkan oleh pinjaman pelajar. Apabila golongan milenial tidak membayar balik pinjaman pelajar mereka, seperti pinjaman PTPTN, profil kredit mereka akan terjejas dengan teruk untuk tempoh bertahun-tahun.
Walaupun tidak ada kajian khusus mengenai golongan milenial di Malaysia dan penarafan kredit mereka, kita masih tidak pasti sama ada generasi ini dapat menguruskan wang dengan baik.
Tinjauan Golongan Milenial iMoney kami sendiri mendedahkan bahawa rakyat Malaysia yang berumur antara 21 hingga 36 tahun mempunyai nisbah hutang kepada pendapatan melebihi 50% yang mungkin akan menjejaskan penarafan kredit mereka. Ini menjadikannya lebih sukar untuk memohon produk seperti kad kredit, pinjaman peribadi, gadai janji dan pinjaman kereta.
Jika anda kini berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an, apakah kesulitan kewangan yang perlu diberi perhatian?
Kami ingin membentangkan sorotan utama daripada beberapa tinjauan terkini mengenai kesihatan kewangan golongan milenial bagi memberikan gambaran tentang cara golongan milenial di Malaysia menguruskan wang mereka.
Mengetahui di mana anda berada dalam penarafan kredit anda adalah langkah pertama ke arah meningkatkan kewangan anda.