Bajet 2014: Apakah perubahan terbaru?
Table of Contents
2014 dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja membentangkan Bajet 2014 dan berikut adalah beberapa perubahan utama yang akan memberi kesan ke atas kedudukan kewangan anda.
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
GST akan dilaksanakan pada 1 April, 2015 pada kadar 6% untuk menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Untuk memastikan kelancaran peralihan bagi kumpulan yang berpendapatan rendah, kerajaan akan memberi penerima BR1M bantuan wang tunai tambahan (sekali sahaja) sebanyak RM300.
Pengecualian GST adalah termasuk barangan keperluan seperti gula, beras, tepung, garam, herba, ikan masin, air paip, pengangkutan awam serta 200 unit pertama bekalan elektrik sebulan bagi pengguna domestik. Pengecualian lain termasuklah untuk pengeluaran pasport, lesen, serta perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.
Cukai Pendapatan
Cukai pendapatan peribadi akan dikurangkan sebanyak 1% hingga 3% untuk setiap peringkat demi meningkatkan pendapatan lebihan rakyat. Ini bermakna isi rumah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan.
Kadar maksimum cukai pendapatan juga akan ditingkatkan dari nilai melebihi RM100,000 kepada nilai melebihi RM400,000 dengan kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tahunan lebih dari RM100,000 akan dikurangkan dari 26% ke 24%, 25% dan 24.5%.
Untuk menangani sebarang kesan negatif pelaksanaan GST terhadap sektor perniagaan, cukai pendapatan korporat juga akan dikurangkan sebanyak 1%, dari 25% kepada 24%. Manakala cukai pendapatan bagi Perusahaan Kecil & Sederhana (SME) juga akan dikurangkan sebanyak 1% dari 20% kepada 19%, berdasarkan tahun penilaian 2016.
Pelbagai pelepasan cukai dan pemotongan akan diberikan kepada perniagaan-perniagaan berhubung dengan latihan dan alatan GST yang diperlukan oleh syarikat tersebut.
Gula kini semakin mahal
Kerajaan telah memotong subsidi gula sebanyak 0.34 sen sekilogram, dalam usaha untuk menggalakkan pengurangan pengambilan gula berdasarkan jumlah pesakit diabetes yang tinggi di Malaysia.
BR1M 3.0
Isi rumah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke bawah akan menerima RM650, peningkatan sebanyak RM150 (30%), manakala mereka yang masih bujang, berumur 21 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang dari RM2,000 akan menerima RM300, peningkatan sebanyak 20% dari RM250 sebelum ini.
Untuk menangani isu peningkatan kos sara hidup di kalangan kumpulan berpendapatan sederhana, BR1M juga akan disebarkan kepada isi rumah yang pendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000.
Untuk memahami berita utama Bajet 2014, sila lihat infografik kami.