Bebas hutang atau menjadi bebas tanpa hutang yang teruk?
Table of Contents
Bagi mereka yang berjimat-cermat mahupun yang menpunyai kewangan yang stabil, hutang adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Sebuah artikel yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider pada 9 Januari 2014, memetik laporan yang dibuat oleh Singapore’s Straits Times bahawa rakyat Malaysia telah diisytiharkan muflis setiap hari, dan hutang isi rumah di Malaysia merupakan salah satu Negara yang tertinggi di rantau ini, iaitu 83.5%keluaran negeri kasar. Mereka juga melaporkan bahawa sehingga September 2013, 60 rakyat Malaysian telah diisytiharkan muflis setiap hari dan ketua pakar ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng mengatakan bahawa kemuflisan akan terus meningkat dalam 2014.
Tetapi adakah bebas hutang adalah matlamat akhir di Malaysia ataupun kami patut mengelakkan kejadian ini menjadi buruk?
Definsi asas untuk kehutangan ialah, sejumlah wang yang dipinjamkan oleh satu pihak kepada pihak lain. Definisi ini tidak menggambarkan bahawa hutang ini merupakan sesuatu yang baik atau buruk. Bagaimanapun apabila anda mengkaji dengan lebih lanjut, hutang terdiri daripada dua jenis, iaitu hutang yang bagus dan hutang yang buruk.
Hutang yang bagus bermaksud menggunakan duit untuk menjana pendapatan. Contohnya, hutang perumahan merupakan hutang yang bagus kerana susut nilai rumah akan meningkat dari semasa ke semasa, dan ini akan memberi keuntungan bagi anda pada masa depan.
Bagaimanapun, hutang yang buruk merujuk hutang yang tidak membuahkan hasil pada pendapatan. Kebanyakan orang menganggap pinjaman kereta adalah hutang yang buruk kerana susut nilai kereta akan jatuh setiap tahun.
Sama seperti kebanyakan kes, walaupun hutang itu adalah hutang yang bagus tetapi ia boleh bertukar menjadi hutang yang teruk- apabila ia dibiarkan tidak terurus. Tiada keraguan, hutang yang tidak terurus mampu menjadikan anda muflis tetapi ia masih ada cara menyelesaian.
Di sini terdapat beberapa perkara yang anda patut elakkan untuk menjadikan hutang anda hilang kawalan/pengurusan:
Menggunakan kad kredit anda secara minimum yang boleh
Menurut Credit Counselling and Debt Management Agency’s (AKPK) Ketua eksekutif pengarah Koid Swee Lian, keputusan oleh Nielsen Global Survey of Investment Attitudes in 2012 menunjukkan bahawa hanya 15% orang rakyat Malaysia yang memegang kad kredit membayar lebih dari keperluan jumlah minimum bayatan iaitu 5% dari jumlah pinjaman baki bulanan.
Membayar lebih daripada jumlah minimum yang ditetapkan merupakan tindakan utama bagi membebaskan diri dari hutang. Malah, menurut video tentang hutang kad kredit ini, anda boleh mengambil masa sebanyak 36 tahun untuk menjelaskan hutang anda jika anda hanya membayar jumlah minimum yang ditetapkan setiap bulan.
Bayar faedah kad kredit yang tinggi
Dengan andaian bahawa anda masih mempunyai hutang yang belum dijelaskan dan dikenakan faedah tahunan sebanyak15%. Anda patut mempertimbangkan kemudahan baki pemindahan kad kredit jika anda mempunyai tabiat membuat pembayaran segera.
Memindahkan baki belum jelas semasa anda kepada kad kredit yang mengenakan anda kadar faedah yang lebih rendah boleh mempercepatkan penyelesaian pinjaman anda. Kita ambil Maybank 2 Gold Card sebagai satu contoh pilihan dengan syaratnya, seperti:
- Kadar faedah 8.88% setahun (dengan pembayaran lancer selama12 bulan berikut), dan
- 12 bulan 0% setahun.Kemudahan pemindahan baki beserta pembayaran pendaftaran sebanyak 3% jumlah yang dipindahkan
Mengambil pinjaman dengan tempoh yang terlalu panjang
Anda dibenarkan untuk mengambil tempoh maksima selama 10 tahun bagi pinjaman peribadi manakala 35 tahun (umur tidak melebihi 65 pada tahun akhir bagi tempoh pinjaman) bagi pinjaman rumah di Malaysia.
Tempoh pinjaman yang lebih panjang memberikan anda keistimewaan dengan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah. Tetapi apabila dikira balik kos pembayaran penuh sepanjang tempoh, anda akan mendapati bahawa kos pembayaran adalah lebih besar di akhir tempoh.
Contohnya, anda diminta untuk membayar sebanyak RM300,000 untuk pinjaman rumah dan kadar faedah sebanyak 4.25% setahun:
Simpanan RM251.53 sebulan (RM30,183.60 selama 10 tahun) akan mengenakan anda kos mencecah sebanyak RM89,382.14 termasuk bayaran faedah.
Menguruskan terlampau banyak hutang-piutang
Pengurusan hutang memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk menjadi bebas hutang. Tetapi ia juga merupakan satu cabaran dalam pengurusan hutang terutamanya anda mempunyai hutang berganda misalnya pinjaman peribadi, kad kredit dan overdraf.
Untuk mengurus hutang dengan lebih baik, pertimbangkan gabungan hutang. Gabungan hutang adalah satu tindakan di mana segala hutang yang belum dibayar dipindahkan ke dalam satu tempat dan membuatkan pengurusan hutang-hutang anda lebih mudah dan demikian dapat mengelakkan penalti dari lewat atau ketinggalan pembayaran.
Menguruskan hutang di saat-saat akhir
Walaupun tip diatas mampu membantu anda mencapai status bebas hutang, tetapi ia mungkin terlambat untuk mempraktikkan mereka jika anda mempunyai jumlah hutang yang besar. Namun, masih ada penyelesaian bagi mengatasi masalah ini.
Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK) adalah agensi yang disediakan khas oleh Bank Negara Malaysia untuk mendidik individual lebih bertanggungjawab dalam menguruskan wang, teknik pengurusan kredit, menyediakan kaunseling dan nasihat tentang pengurusan kewangan dan juga membantu pengguna dalam mendapatkan kestabilan kewangan melalui program pengurusan hutang. Semua sevis yang dinyatakan ini adalah percuma.
Bebas dari hutang merupakan satu perkara yang mustahil pada era kini. Bukan semua hutang mampu dielakkan. Walaubagaimanapun, perkara utamanya ialah selalu pertimbangkan tentang setiap tawaran sebelum memohon pinjaman dan pastikan anda mampu untuk membayar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Pengetahuan, disiplin dan perubahan gaya hidup adalah komponen yang amat diperlukan dalam jika kita mahu bebas dari belenggu hutang. Apabila kita bebas berhutang, tidur pun lena, kewangan pun lancar.
Baca tentang kadar faedah kad kredit dan mengapa anda perlu sengsara dengannya di here.
Memiliki rekod yang teruk tentang kad kredit akan mengakibatkan impak kewangan yang berpanjangan. Sila semak bagaimana untuk mendapatkan rekod bersih tentang kad kredit anda di here.
Ingin mendapatkan bantuan pengurusan hutang? Untuk maklumat lanjut sila semak di AKPK here.