Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membuka Akaun Simpanan
Terdapat beberapa jenis akaun simpanan di Malaysia. Bergantung kepada penggunaan harian anda, sesetengah akaun mungkin lebih sesuai untuk anda dari yang lain. Namun, transaksi lazim akaun simpanan adalah seperti yang digambarkan di bawah ini:
Apa Yang Anda Perlu Semak Sebelum Membuka Akaun Simpanan
- Ketahui berapa jumlah minimum yang diperlukan. Pastikan anda jumlah minimum yang perlu anda masukkan dan jumlah minimum yang perlu ada dalam akaun sepanjang masa.
- Ketahui tentang kadar faedah yang anda akan perolehi. Sesetengah akaun simpanan menawarkan kadar faedah yang berbeza bergantung kepada baki akaun anda.
- Tanya jika terdapat yuran tambahan yang dikenakan dalam berbagai situasi, contohnya yuran penutupan akaun (sekiranya anda bercadang untuk tutup akaun di masa hadapan) atau yuran transaksi atas talian.
- Ambil tahu tentang pelbagai jenis akaun simpanan yang ditawarkan seperti akaun simpanan untuk kanak-kanak atau warga emas.
- Ketahui tentang kemudahan atas talian yang disediakan oleh bank.
Proses permohonan
Proses membuka akaun simpanan yang baru agak serupa di semua bank. Berikut adalah carta yang menunjukkan langkah-langkahnya:
Apabila anda telah berjaya membuka akaun simpanan anda, ingatlah untuk menyimpan nombor PIN dan penyata akaun di tempat selamat. Pastikan anda tidak mencatat nombor PIN di tempat terbuka. Juga, pastikan anda memberitahu bank jika anda kehilangan kad ATM, atau mendapati transaksi yang diragui atau kesilapan dalam penyata anda.