Apa Yang CreditScore iMoney Memberitahu Anda; Dan Apa Maksudnya

by
Apa Yang CreditScore iMoney Memberitahu Anda; Dan Apa Maksudnya

Memohon kad kredit atau pinjaman baru biasanya melibatkan sesuatu yang dipanggil skor kredit. Kami pernah menulis tentang topik ini, tapi inilah ringkasan mengenainya jika anda tidak sempat membacanya sebelum ini.

Pada asasnya, skor kredit adalah penarafan bagi kesihatan kredit anda. Kebanyakan institusi kewangan mempunyai kaedah mereka sendiri untuk mengira skor ini, tetapi terdapat beberapa faktor umum yang diambil kira.

Secara umum, sejarah anda apabila meminjam wang (dan apabila membayar balik) akan mempengaruhi skor anda.

Kebanyakan masanya, anda dikehendaki membayar fi untuk menyemak skor kredit anda; tetapi dengan iMoney CreditScore, anda boleh mendapatkannya secara percuma.

Bagaimana untuk bermula

Pertama sekali, anda perlu mendaftar untuk mendapatkan akaun iMoney. Kami bercadang anda menggunakan peranti mudah alih untuk mendaftar kerana anda akan diminta untuk memberikan gambar KP anda untuk disahkan. Namun demikian, anda juga boleh menggunakan komputer meja atau tablet untuk mendaftar.

Selain itu, anda akan ditanya beberapa soalan keselamatan mengenai sejarah kewangan anda sebagai langkah tambahan dalam pemeriksaan identiti anda.

Jika anda melakukan semuanya dengan betul, anda akan mendapat iMoney CreditScore anda dalam tempoh dua minit selepas mendaftar. Sebaliknya, anda mungkin perlu menunggu 24 jam jika anda gagal menjawab soalan keselamatan dengan tepat.

Saya telah mendapat skor saya!

Anda kini telah sampai ke halaman yang menunjukkan skor anda serta sedikit maklumat tambahan, tetapi apakah maksud semua nombor tersebut? Apakah nasihat ini? Apa yang perlu dilakukan dengan nasihat ini?

Skor akhir anda akan diisih ke dalam salah satu daripada empat kategori. Ini adalah petunjuk umum yang menyatakan bagaimana bank melihat anda sebagai pelanggan.

SkorPenarafanMakna
661 – 781KukuhRekod kredit yang cemerlang. Anda dilihat sebagai pelanggan utama bank dan kemungkinan besar akan diluluskan untuk produk kredit.
 
561 – 660BaikSkor kredit yang baik. Anda dilihat sebagai pelanggan bank yang baik, tetapi mungkin tidak diluluskan untuk produk tertentu.
461 - 580WajarDi bawah purata skor kredit. Anda mungkin menghadapi masalah mendapat kelulusan untuk produk bank.
201 - 460LemahSkor kredit yang lemah. Anda dilihat sebagai risiko buruk bagi bank.
 

Jika anda berada dalam kategori “Baik” dan “Kukuh”, anda mempunyai peluang baik untuk mendapat kelulusan bagi pinjaman masa depan anda, di samping mengurangkan kadar faedah pinjaman anda. Jika anda berada dalam kategori lebih rendah, anda perlu berusaha meningkatkan skor kredit anda.

Anda perlu ingat bahawa ini bukan penarafan muktamad yang menunjukkan bagaimana bank akan melayan anda sebagai pelanggan. Setiap institusi mempunyai parameternya sendiri untuk meluluskan pinjaman, oleh itu, memiliki iMoney CreditScore yang kukuh atau baik tidak menjamin anda akan mendapat pinjaman. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu petunjuk yang baik.

Maklumat lanjut

iMoney CreditScore menunjukkan status pinjaman dan kad kredit anda; termasuk sama ada terdapat apa-apa bayaran yang anda terlupa bayar. Terdapat juga bahagian yang menunjukkan rekod permohonan kredit anda sepanjang 12 bulan yang lepas.

Ia adalah penting untuk mengetahui jika anda membayar tepat pada masanya kerana ini mempengaruhi skor kredit anda. Memohon pinjaman dan kad kredit lebih daripada tiga kali setahun boleh menjejaskan skor anda secara negatif, jadi anda perlu mempertimbangkan perkara ini.

Sebaliknya, tidak mempunyai sejarah kredit boleh menjejaskan penarafan anda. Tidak memiliki kad kredit atau tidak pernah mengambil pinjaman boleh menyebabkan skor kredit yang sangat rendah. Ini tidak bermakna anda miskin, tetapi ia bermakna institusi kewangan tidak mempunyai bukti mencukupi untuk menunjukkan anda seorang pembayar yang baik.

Dengan erti kata lain, bahagian di mana maklumat tambahan tidak diisi mungkin merupakan sebab skor kredit anda sangat rendah.

Ini juga masa yang baik untuk menyemak jika maklumat yang anda sediakan adalah tepat, dan bahawa tidak ada sesiapa yang lain telah memohon pinjaman dengan menggunakan nama anda.

Sila Baca Nasihat

Di samping menerima skor anda, iMoney CreditScore juga memberi nasihat untuk meningkatkan kesihatan kredit anda. Malah mereka yang berada dalam kategori “Baik” dan “Kukuh” juga akan mendapat nasihat untuk mengukuhkan lagi skor kredit mereka, jadi ini patut dipertimbangkan!

Nasihat yang anda terima mungkin termasuk memastikan anda membayar balik hutang anda dengan segera atau memohon beberapa kad kredit untuk membina skor kredit anda. Skor kredit anda akan berubah dari semasa ke semasa, oleh itu anda dinasihatkan untuk menyemak skor kredit anda setiap tiga hingga enam bulan untuk memastikan anda berada di landasan yang betul.

Bagaimanakah semua ini akan memanfaatkan saya pada akhirnya?

Mengetahui skor kredit anda adalah satu permulaan yang baik apabila anda merancang untuk memohon sebarang produk kewangan. Dengan pengetahuan ini, ia membantu anda memahami sama ada permohonan anda akan ditolak dan bagaimana anda boleh memperbaiki kadar kelulusan anda.

Mempunyai skor kredit yang kukuh akan banyak membantu anda pada masa depan, jadi lakukan yang terbaik untuk membayar hutang anda tepat pada masanya di samping membina kredit anda dengan menggunakan kad kredit dan pinjaman dengan bijak. Ketahui apakah iMoney CreditScore anda dan tingkatkan skor kredit anda dalam masa akan datang!

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image