Bagaimana Had Kad Kredit Berfungsi Di Malaysia?
Pernah terfikir mengapa bank anda memberi kad kredit anda had kredit? Pernah terfikir kenapa had kredit anda lebih rendah / tinggi dari had kredit rakan-rakan anda? Teruskan membaca untuk mengetahui peraturan-peraturan yang menentukan had-had kredit untuk kad kredit di Malaysia.
Had Kredit Bagi Yang Berpendapatan RM36,000 Setahun Atau Kurang
Di Malaysia, pengguna-pengguna kad kredit yang berpendapatan RM36,000 atau kurang dalam setahun terikat dengan peraturan-peraturan berikut:
– Seorang individu hanya boleh memegang kad-kad prinsipal dari 2 pengeluar kad kredit
– Had maksimum kad kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi 2 kali ganda pendapatan bulanan bagi setiap pengeluar kad kredit
Kawalan-kawalan di atas diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia dalam 2011 dalam usaha untuk menanam pengurusan kewangan dan hutang yang baik di kalangan pengguna kad kredit warga Malaysia; dan terus digunakan sehingga 2013.
Apa Maknanya Kepada Anda Jika Anda Memperolehi RM36,000 Atau Kurang Setiap Tahun
– Anda boleh memiliki beberapa kad kredit dari 2 bank di Malaysia.
– Had kredit anda ialah 2 kali ganda gaji bulanan anda dengan 1 bank, yang memberikan anda jumlah keseluruhan had kredit 4 kali ganda gaji bulanan anda dengan 2 bank.
Contoh: Katakan gaji bulanan anda ialah RM2,000. Had-had kredit anda 2 X RM2,000 dengan Bank A dan 2 X RM2,000 dengan Bank B memberi anda kombinasi had kredit sebanyak RM8,000.
Had Kredit Bagi Yang Berpendapatan Lebih Dari RM36,000 Setahun
Sehingga 2013, tiada kawalan-kawalan spesifik dari Bank Negara Malaysia berkenaan dengan had kredit bagi pemegang-pemegang kad yang berpendapatan lebih dari RM36,000 setahun.
Apa Maknanya Kepada Anda Jika Anda Memperolehi Lebih Dari RM36,000 Setahun
– Anda boleh memiliki beberapa kad kredit dengan seberapa banyak bank di Malaysia, dengan mempertimbangkan yang setiap kad mengenakan cukai khidmat RM50 setahun bagi setiap pemegang kad prinsipal.
– Anda masih terikat dengan had kredit pada kad-kad kredit anda tetapi dikenakan atas budi bicara bank dan bukan Bank Negara Malaysia.
Suka artikel ini? Anda juga mungkin ingin melihat benda-benda menarik yang anda mungkin belum tahu mengenai kad-kad kredit di Malaysia.
Sedang mencari kad kredit? Kenapa tidak terus sahaja ke jadual perbandingan kad kredit kami dan lihat pilihan-pilihan yang anda ada.