Bagaimana untuk Pilih Kad Kredit di Malaysia

by
Tags:

Zaman anda boleh kumpul kad kredit untuk menggemukkan dompet sudah berlalu. Dulu anda boleh dapatkan kad yang berbeza untuk digunakan bagi tujuan yang berbeza, untuk mengepam petrol, beli tiket filem, kopi dan lain-lain.

Sejak 2010, kerajaan Malaysia telah menamatkan era ini (dan peningkatan tahap hutang peribadi yang bahaya – mudah-mudahan) dengan mengenakan had 2 kad bagi setiap orang berpendapatan tahunan RM36,000 atau ke bawah.

Jadi bagaimana anda memilih kad kredit yang terbaik? Kad kredit mana paling baik memenuhi keperluan anda?

Sama ada ia adalah dari bank tertentu, Visa, Mastercard atau American Express, kad menjadi semakin serupa, menjadikan ia sukar untuk memilih SATU.

Berikut adalah beberapa perkara utama yang perlu dipertimbangkan.

Mudah pembayaran: Kemudahan adalah raja

Dapatkan kad yang mudah untuk bayar balik. Sama ada melalui ATM berhampiran pejabat atau rumah, perbankan atas talian atau aplikasi telefon anda, anda harus mampu untuk membayar bil kredit anda dengan mudah. Perkara yang anda tidak mahu kena lalui kerumitan pemindahan wang berganda, cari tempat letak kereta dll bila nak bayar bil setiap bulan.

Faedah kad kredit dan faedah: Hello Kitty di dalam poket anda

Sama ada keistimewaan bilik istirehat lapangan terbang, beli kopi beli-satu-dapat-satu-percuma, tiket wayang atau tawaran-tawaran, kemungkinan terdapat kad yang menawarkannya. Berfikir secara rasional, jika anda tak dapat punyai kad kredit tentera swiss, apakah keistimewaan utama yang akan a) paling banyak menjimatkan wang dan b) yang paling kerap digunakan. Kemudian lepas itu, baru pertimbangkan jika pembekal kad akan membenarkan anda memperibadikan kad anda dengan gambar pasukan bola sepak kegemaran anda atau Hello Kitty.

Had kad kredit, caj dan yuran: Meletakkan denda di cetak halus

Kini sudah tiba masanya untuk buat kira-kira. Samada anda suka atau benci, perkara-perkara inilah yang benar-benar perlu diambil kira. Bandingkan kad yang berbeza dengan had kredit yang berbeza (jumlah kredit tersedia untuk anda), kadar (kadar faedah atau kadar bayaran tahunan yang dikenakan ke atas jumlah tertunggak pada kredit anda), caj lewat (penalti yang dikenakan ke atas pembayaran lewat caj minimum) dan yuran bermula dari yuran bagi penyata kad kredit hingga ke yuran had atau yuran tahunan.

Juga penting % bayaran minimum dan tempoh tangguh (tempoh sebelum kadar dikenakan).

Jika anda biasanya membayar bil anda mengikut jadual, anda tak perlu bimbang tentang beberapa caj ini. Jika anda selalu menghadapi kesukaran untuk buat pembayaran, setiap titik perpuluhan berpotensi menyakiti anda.

Beri perhatian kepada kadar faedah yang menarik yang hanya berfungsi sepanjang tempoh pengenalan. Terlalu baik untuk ditolak pada mulanya, tapi cuba jangan terpikat dengan kadar faedah yang akan tunjuk rupanya yang sebenar pada hujung tempoh pengenalan.

Ganjaran, bayaran balik tunai dan mata

Sama seperti kadar faedah dan manfaat yang dibincangkan di atas adalah ganjaran, program bayaran balik tunai (wang tunai kembali bagi setiap ringgit yang dibelanjakan ke atas barangan tertentu seperti petrol, di kedai runcit, dll) dan mata (mata yang diperolehi bagi setiap ringgit yang dibelanjakan, ditukar dengan barangan dalam katalog mata bonus dari bank anda). Baca cetakan halus kerana sebahagian ini hanya berfungsi setelah syarat-syarat tertentu dipenuhi seperti perbelanjaan minimum kad kredit setiap sebulan.

Tak sabar nak bermula? Ketahui kad kredit yang mana yang terbaik di Malaysia hari ini!

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image