Bagaimana untuk Simpan Kad Kredit Anda dengan Selamat
Table of Contents
Jadi anda telah memenuhi kriteria yang diperlukan untuk diberi kad kredit. Atau anda juga merupakan seorang yang bertuah yang telah diberikan kad tambahan dari seseorang yang percaya kepada anda.
Perkara pertama yang terlintas di fikiran anda ialah “nak beli apa ya pakai kad ni?” Kan?
Nah apa yang anda benar-benar harus fikir ialah “bagaimana pastikan ia selamat?”
Penipuan dan kecurian bukan perkara yang anda mahu fikir setelah mendapat lesen plastik untuk berbelanja, tetapi setiap hari, kes-kes salah guna kad kredit dilaporkan dan ia boleh berlaku kepada anda melainkan anda melindungi diri anda.
Perkara asas kad kredit
- Tanda tangani kad kredit anda dengan serta-merta selepas mendapatnya, gunakan pen mata bulat, hitam jika boleh, dan gunakan tanda tangan biasa anda, supaya mudah bagi anda menanda tangan di mana-mana tetapi pada masa yang sama, tidak mudah ditiru.
- Pastikan PIN anda selamat. Bank anda biasanya akan mencetak PIN anda di dalam surat yang dihantar kepada anda secara berasingan. Hafal atau baca bagaimana untuk menyesuaikan ia kemudian musnahkan surat itu. Jangan sekali-kali simpan ia bersama-sama dengan kad anda.
- Jangan pinjamkan kad anda kepada sesiapa, menyiarkan gambarnya di khalayak awam atau atas talian.
- Pastikan nombor kad kredit talian bantuan anda dalam telefon anda untuk melaporkan kad yang hilang atau dicuri dengan segera.
Mencegah penipuan kad kredit
- Periksa semua slip urusniaga sebelum menanda tanganinya.
- Perhatikan kakitangan runcit yang mengendalikan kad anda.
- Musnahkan resit kad kredit dan slip yang mempunyai nombor kad kredit anda di atasnya.
- Perhatikan kalau terdapat apa-apa peranti yang mencurigakan pada pembaca kad atau tempat leret kad kredit anda . Apabila ragu-ragu, jangan leret.
Mencegah penipuan kad kredit dalam talian
- Jangan masukkan butiran kad kredit pada komputer awam.
- Hanya masukkan butiran kad kredit di terminal komputer yang selamat (dipasang dengan program antivirus yang telah dikemaskini).
- Pastikan laman web ini adalah tapak selamat dan pelayar yang anda gunakan adalah selamat (periksa bahagian bawah kanan pelayar anda untuk maklumat lanjut mengenai keselamatan laman web dan klik pada tetapan pelayar untuk memeriksa tetapan keselamatan pelayar)
Kad kredit luput
- Setelah kad kredit anda telah tamat atau jika anda telah membuat keputusan untuk membatalkan kad anda, ambil sepasang gunting besar dan potong kad anda sekurang-kurangnya dua keping. Selepas itu lupuskan setiap kepingan dengan teliti.
Sekarang anda tahu bagaimana untuk simpan kad kredit anda dengan selamat, pastikan anda tidak melakukan 5 Kesilapan Kad Kredit yang Hampir Semua Orang Buat!