Apa Akan Berlaku Kepada Skor Kredit Anda Jika Anda Berpindah Ke Luar Negara?
Anda telah menjalani seluruh kehidupan anda di Malaysia di mana anda berjaya membina rekod kredit yang baik, selalu membayar ansuran pinjaman tepat pada masanya, dan kadangkala menggunakan kad kredit anda untuk mengingatkan bank bahawa anda masih wujud. Kemudian pada satu hari, anda ditawarkan pekerjaan impian anda; tetapi… ia di negara lain.
Jadi apa akan berlaku kepada segala usaha anda? Bolehkah anda menggunakan skor kredit sedia ada anda untuk memohon pinjaman di luar negara? Jika tidak, bolehkah anda berhenti membayar bil tanpa menghadapi apa-apa akibat?
Bermula sekali lagi
Secara ringkasnya, skor kredit anda tidak boleh mengikuti anda ke negara baru. Ini adalah kerana tidak ada piawaian antarabangsa untuk pelaporan kredit. Setiap negara mempunyai amalan dan peraturannya sendiri; termasuk negara-negara dalam Kesatuan Eropah.
Sesetengah negara menggunakan syarikat yang sama untuk menyemak penarafan kredit. Sebagai contoh, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Kanada menggunakan Equifax. Namun demikian, oleh sebab perbezaan dalam pelaporan, skor ini hanya boleh digunakan dalam negara asal. Sebagai contoh, rakyat Kanada tidak boleh menggunakan skor mereka di Amerika Syarikat.
Begitu juga Eropah yang tidak mempunyai konsep kredit bersatu. Jadi, walaupun anda boleh menyeberangi sempadan antara Jerman dan Belanda tanpa pasport dan masih membayar dalam mata wang yang sama, penarafan kredit anda tidak akan mengikuti anda.
Ini juga termasuk rakyat Malaysia yang berpindah ke Singapura.
Pada asasnya, anda akan meninggalkan segala-galanya dan bermula sekali lagi. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh menggunakan ini sebagai alasan untuk melarikan diri daripada skor kredit yang rendah.
Tidak boleh melarikan diri
Walaupun ia menarik untuk berfikir anda boleh meninggalkan semuanya dan bermula sekali lagi, ia bukanlah begitu. Kebanyakan negara inginkan warga yang boleh dipercayai dan produktif; iaitu seorang yang sentiasa menyelesaikan pinjaman beliau.
Berhubung dengan ini, kebanyakan jabatan imigresen masih merujuk kepada laporan kredit sedia ada apabila menilai permohonan visa anda. Walaupun skor mungkin tidak penting, mereka masih boleh meneliti sejarah pembayaran anda.
Dalam erti kata lain, ia sentiasa berbaloi untuk mengekalkan rekod yang baik.
Tinggalkan semuanya?
Mengetahui ini, haruskah anda mengabaikan skor kredit anda selepas berpindah ke negara lain? Lagipun, ia tidak akan diambil kira dalam permohonan kredit masa depan di negara baru anda.
Perkara ini tidak begitu mudah untuk dijelaskan. Tidak ada sebab bagi anda mengekalkan rekod kredit jika anda tidak berniat untuk pulang ke Malaysia. Kecuali anda pada hakikatnya adalah seorang yang baik hati dan sentiasa melakukan perkara seperti ini.
Sebaliknya, kehidupan kita tidak boleh diramalkan. Anda mungkin akan kembali suatu hari nanti, dan mendapati diri anda berada dalam kedudukan di mana anda perlu membina semula skor kredit dari permulaan.
Anda tidak perlu banyak berusaha untuk mengekalkan laporan kredit anda. Menggunakan kad kredit lama anda sekali-sekala adalah mencukupi. Anda hanya perlu ingat untuk membayar bil pada akhir setiap bulan supaya tidak menjejaskan skor anda.
Penghijrahan
Ada banyak yang perlu dilakukan apabila berpindah ke negara baru, dan anda boleh dimaafkan jika tidak memikirkan tentang skor kredit anda. Anda juga tidak berfikir untuk memohon kredit baru buat seketika waktu.
Namun demikian, segala-galanya akan berjalan lebih lancar jika anda mengambil skor kredit anda dengan serius apabila bersiap sedia untuk berpindah. Sebahagian besar adalah kerana anda tidak mahu melepaskan pekerjaan impian anda akibat penarafan yang rendah.
Walau apa pun, adalah lebih baik untuk menjejaki perkembangan anda dan mengambil langkah untuk meningkatkan skor anda jika anda ketinggalan. Langkah pertama ialah benar-benar mengawasi skor anda, yang boleh dilakukan secara percuma melalui iMoney CreditScore. Alat yang senang digunakan ini, hasil daripada perkongsian dengan RAMCI, boleh membantu anda mendapatkan skor kredit anda dan juga berupaya memberikan nasihat tambahan di samping meningkatkan penarafan anda.
Selepas itu, semuanya bergantung kepada skor anda. Anda mungkin perlu terus melakukan apa yang anda lakukan, atau anda mungkin memerlukan bantuan. Walau apa pun, kami mempunyai banyak sumber tambahan untuk membantu membimbing anda dalam perjalanan anda.