Bermula Dalam Pelaburan Unit Amanah
Artikel ini ditaja oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di bawah inisiatif InvestSmart itu.
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, istilah “pelaburan unit amanah” melibatkan beberapa langkah mudah di mana individu mendepositkan wang ke dalam satu dana dan kemudian menunggu peningkatan nilai dengan sabar tanpa perlu risau tentangnya. Alangkah bagus jika ia semudah itu, betul? Baiklah, anda bertuah kerana pelaburan unit amanah sememangnya tidak begitu sukar dan dalam risalah ini kita akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk bermula!
Dengan beratus-ratus dana unit amanah untuk dipilih, bagaimanakah caranya untuk anda membuat keputusan pelaburan? Sebagai panduan umum, sentiasa ingat bahawa dana unit amanah berfungsi dengan bagus sebagai pelaburan jangka panjang. Dengan memahami sifat setiap dana dan menilai ketahanan risiko sendiri, anda dapat memilih dana yang menyediakan sama ada aliran pendapatan yang tetap mahupun pertumbuhan modal, atau gabungan kedua-duanya. Dengan mengembangkan pelaburan anda dalam dana-dana amanah yang berbeza, anda dapat menghasilkan portfolio unit amanah yang unik yang mana mampu mengawal risiko di samping menjana potensi pulangan.
Makin ramai yang bijak menggunakan instrument kewangan seperti pelaburan unit amanah saham untuk mengembangkan wang simpanan. Selain pelaburan unit amanah, salah satu lagi cara untuk menjimat wang adalah menggunakan kad kredit pulangan tunai (cashback) atau kad kredit ganjaran yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Sekarang ayuh kita bermula!
© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.