Bersemuka dengan hutang pinjaman pendidikan
Table of Contents
Seorang remaja biasa di Malaysia, dengan keputusan akademik yang biasa dan dari keluarga berpendapatan sederhana biasa berkemungkinan besar perlu mendapatkan pinjaman pendidikan untuk membayar yuran tuisyen kolej mereka.
Dan sebaik sahaja mereka merentasi ambang di antara menjadi seorang pelajar dan seorang dewasa yang bekerja, kebanyakan graduan baru sedang bersiap sedia untuk berdepan dengan pengurusan pembayaran hutang pendidikan mereka.
Mereka tidak meraikan keseronokan tentang apa yang menanti di masa hadapan apabila mereka tamat pengajian, sebaliknya mereka bergelut dengan beban hutang pinjaman pendidikan yang mengikis akaun simpanan mereka sebelum mereka mempunyai peluang untuk mula menyimpan wang.
Mengikut Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sejumlah 412,245 orang dari 1.24 juta peminjam yang telah mengambil pinjaman pendidikan masih belum membayar semula wang yang mereka pinjam melalui skim tersebut. Pinjaman pendidikan boleh menjadi satu beban besar, namun untuk tidak membayar pinjaman tersebut bukanlah satu pilihan.
Berikut adalah pelan tindakan tentang bagaimana untuk menguruskan kewangan anda dan membayar semula pinjaman pendidikan anda (tanpa menanggung beban kewangan tambahan):
1. Kekalkan rekod prestasi yang baik
Hampir kesemua pinjaman pendidikan menawarkan beberapa jenis diskaun ataupun sekurang-kurangnya tidak mengenakan penalti tambahan sekiranya anda membuat pembayaran pada setiap bulan. Jika anda mempunyai hutang PTPTN dan anda telah melakukan pembayaran pada masanya, anda layak untuk menerima diskaun 10% dari kerajaan. Jika anda mempunyai pinjaman berjumlah RM45,000, diskaun 10% ini boleh menjimatkan anda nilai yang bererti – satu nilai yang lebih besar dari gaji pertama seorang dewasa yang bekerja.
2. Jangan terlepas pembayaran
Pastikan pemberi pinjaman mempunyai butiran terkini anda untuk mengelakkan anda dari terlepas sebarang penyata atau surat dari mereka. Kebanyakan orang terlepas dari membuat pembayaran, terutamanya bayaran pertama disebabkan mereka tidak menerima penyata dan maklumat dari pemberi pinjaman tepat pada masanya. Walaupun memulakan kerja bermaksud menanggung banyak perbelanjaan baru, cuba ketepikan sebahagian wang untuk bayaran pinjaman pendidikan anda terlebih dahulu, supaya anda tidak akan terlebih berbelanja. Jika anda terlepas pembayaran, ini akan mengakibatkan ansuran yang lebih tinggi pada bulan berikutnya, sehingga di luar kemampuan anda.
3. Daftar dengan auto-debit
Jika anda adalah jenis yang pelupa, ianya adalah masuk akal untuk menetapkan arahan tetap (standing instruction) dengan bank anda setiap bulan. Anda tidak boleh berbelanja dengan apa yang anda tidak dapat lihat. Wang tersebut patut dipindahkan kepada pemberi pinjaman sebelum anda mendapat akses penuh kepada akaun simpanan anda. Tentukan bilakah gaji anda diterima setiap bulan dan rancang pembayaran pinjaman sewajarnya.
4. Jangan lupa potongan cukai
Sebaik sahaja anda mula bekerja, anda perlu memfailkan cukai pendapatan sekiranya gaji anda bernilai di atas RM2,500 sebulan. Pastikan anda failkan sebarang yuran pendidikan lanjutan (sehingga RM5,000) untuk menerima pelepasan cukai pada setiap tahun. Ini boleh membantu anda menjimatkan pembayaran cukai tahunan.
5. Jangan abaikan pinjaman anda
Pengabaian hutang hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sudahpun teruk.Peminjam yang lalai akan menanggung lebih banyak kos pinjaman disebabkan faedah dan penalti lain yang dikenakan. Pinjaman yang selalunya mengambil masa 10 tahun untuk dibayar boleh bertambah dan mencecah sehingga 15 tahun.
Ingin tahu lebih banyak tentang pinjaman PTPTN? Klik di sini.
Anda tidak pernah membayar pinjaman PTPTN anda? Ketahui bagaimana ia memberi kesan kepada anda.