Bolehkah Kaunseling Kredit Mempengaruhi Skor Kredit Anda?

by
Bolehkah Kaunseling Kredit Mempengaruhi Skor Kredit Anda?

Keluar daripada bebanan hutang bukan perkara yang mudah dilakukan. Sudah tentu, anda boleh kurangkan belanja dan dapatkan lebih wang; tetapi kebanyakan orang tidak berada dalam keadaan ini. Sebaliknya, anda perlu bekerja keras dan komited untuk mengatasi masalah ini.

Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin mendapati bahawa anda memerlukan bantuan profesional luar dalam bentuk kaunseling kredit.

Apakah kaunseling kredit dan bagaimana ia berfungsi?

Ini adalah apabila anda menggunakan khidmat pihak ketiga untuk membantu anda berurusan dengan bank mengenai hutang anda. Apabila anda mendapati anda tidak lagi dapat menampung bayaran hutang bulanan semasa anda, maka sudah tiba masanya untuk mendapat bantuan.

Dalam sesetengah kes, anda mungkin boleh berhubung terus dengan bank anda untuk menyelesaikan hutang anda. Ini boleh berlaku jika anda mempunyai hanya satu hutang besar yang anda ingin menstruktur semula. Walau bagaimanapun, jika anda menghadapi masalah untuk mengurus pelbagai pinjaman daripada beberapa sumber yang berbeza, mendapat bimbingan profesional mungkin adalah jawapannya.

Rakyat Malaysia sememangnya bernasib baik kerana mereka boleh menggunakan khidmat agensi kaunseling kredit yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, iaitu Agensi Pengurusan Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Langkah pertama apabila menggunakan khidmat agensi kaunseling kredit untuk menguruskan hutang adalah mendaftar untuk program. Bagi AKPK, program ini dinamakan Program Pengurusan Hutang (DMP). Anda kemudian akan diminta untuk memberi maklumat mengenai tahap pendapatan, hutang, dan perbelanjaan anda. Ini bertujuan untuk membolehkan agensi merangka pelan yang dapat membantu anda.

Apabila ini selesai, anda perlu menjadualkan temu janji dengan seorang kaunselor yang akan menerangkan pelan tersebut kepada anda.

Pada asasnya, pelan ini akan melibatkan penyatuan hutang anda ke dalam satu jadual pembayaran. Ia tidak mengurangkan jumlah yang anda perlu bayar, tetapi ia akan melaraskan jumlah yang anda bayar setiap bulan. Selain itu, tempoh masa yang anda perlu untuk menyelesaikan hutang juga boleh dilanjutkan.

Kaunselor kredit anda juga mungkin menyediakan pelan belanjawan bulanan bagi anda. Mendapat bantuan untuk menguruskan kewangan supaya kehidupan anda kembali ke landasan yang betul sememangnya suatu langkah yang tepat. Namun demikian, anda perlu bersedia melakukan beberapa pilihan gaya hidup yang sukar supaya dapat meneruskan pelan tersebut.

Haruskah anda gunakan khidmat AKPK?

Walaupun ini dilihat sebagai soalan mudah, mengatasi bebanan hutang dianggap sebagai prospek yang sukar.

Dalam kes program Pengurusan Hutang AKPK, individu tersebut akan mendapati bahawa semua saluran kredit beliau akan ditarik balik dan beliau tidak dibenarkan mengambil kredit baru. Dengan penjelasan lebih mudah, ini bermakna anda perlu membatalkan semua kad kredit anda, tidak boleh membuat overdraf bank, dan tidak boleh memohon pinjaman atau kad kredit baru.

Ini berlangsung sehingga hutang anda dibayar sepenuhnya. Langkah ini mempunyai implikasi meluas dan perlu dipertimbangkan dengan teliti jika anda akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan hutang anda.

AKPK adalah sebuah agensi yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia. Ia beroperasi sebagai organisasi bukan untung dan tidak mengenakan bayaran untuk khidmat kaunseling hutangnya. Untuk maklumat lanjut mengenai cara mendaftar untuk perkhidmatan mereka, sila layari laman web mereka di sini.

Ini mungkin satu perkara yang baik untuk seseorang yang ingin keluar daripada bebanan hutang. Ia tidak berguna jika anda terpaksa membayar untuk sesuatu perkhidmatan yang cuba menjimatkan wang anda.

Ini berbeza dengan khidmat kaunseling kredit negara lain di mana bayaran akan dikenakan untuk membantu pelanggan menstruktur semula hutang mereka.

Anda tidak mempunyai alasan untuk tidak meminta nasihat, terutama sekali jika anda tidak dapat menampung ansuran bulanan anda. Lagipun, tidak ada gunanya untuk membayar faedah kad kredit anda sambil mengabaikan jumlah prinsipal.

Jika anda berada dalam kedudukan kurang baik di mana anda mempunyai skor kredit yang rendah akibat banyak bayaran terlepas, dan jika anda ingin keluar daripada perangkap hutang tersebut, tidak ada agensi yang lebih baik untuk anda hubungi. AKPK akan berurusan dengan bank bagi pihak anda dan menstruktur semula hutang anda supaya ia boleh diurus dengan lebih baik.

Walaupun ini bukan penyelesaian yang pantas, ia dapat memberikan panduan yang anda perlukan untuk memperbaiki keadaan kewangan anda.

Apakah kesannya ke atas skor kredit anda?

Mendapat bantuan agensi kaunseling kredit sebahagian besarnya tidak akan mempunyai kesan negatif terhadap skor kredit anda. Walau bagaimanapun, ia akan muncul sebagai nota daripada CCRIS, memaklumkan institusi kewangan mengenai status anda.

Berhubung dengan AKPK, ini bermakna kemungkinan besarnya anda tidak akan mendapat kelulusan untuk pinjaman atau kad kredit baru; tanpa mengira skor kredit sebenar anda.

Walau bagaimanapun, meneruskan pelan akan meningkatkan skor kredit anda pada akhirnya. Ini adalah kerana sejarah pembayaran anda adalah paling penting dalam pengiraan skor anda, dan anda dijangka melakukan pembayaran konsisten sepanjang perjanjian tersebut.

Menggunakan khidmat kaunseling kredit tidak memberi kesan langsung terhadap skor kredit anda, tetapi tindakan anda selepas mendapat bantuan akan mempengaruhinya.

Sudah tentu, anda juga ingin mengetahui bagaimana anda boleh menjejaki skor kredit anda setiap tiga hingga enam bulan untuk melihat kemajuan anda. Lagipun, anda pasti inginkan bukti nyata bahawa usaha anda membuahkan hasil.

 

Dalam hal ini, iMoney CreditScore boleh membantu. Ia merupakan alat yang percuma untuk menyemak skor kredit anda, dan juga memperoleh maklum balas mengenai kemajuan dalam pembayaran balik hutang anda. Ia juga memberi petunjuk yang berguna mengenai langkah-langkah kecil yang anda boleh ambil untuk terus meningkatkan skor.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image