Cara Menggunakan Taobao (Jika Anda Tidak Berbahasa Mandarin)

by
Cara Menggunakan Taobao (Jika Anda Tidak Berbahasa Mandarin)

Mesti anda pernah terdengar tentang platform Taobao jika anda selalu menggunakan platform membeli-belah dalam talian seperti Shopee dan Lazada. Taobao adalah platform membeli-belah dalam talian yang berasal dari negara China – sebuah platform yang terkenal dengan tawaran harga yang tersangatlah murah.

Namun, platform Taobao hanya menyediakan satu jenis bahasa sahaja iaitu Bahasa Mandarin. Jika anda tidak fasih dalam bahasa Mandarin, mungkin agak sukar bagi anda untuk menggunakan Taobao.

Anda boleh juga meminta pertolongan daripada rakan anda yang berbahasa Mandarin, tetapi cara ini tidak akan memberikan anda kebebasan dan ruang untuk mencuci mata dan membeli-belah secara sendiri di Taobao.

Walaupun Taobao telah bekerjasama dengan platform membeli-belah dalam talian yang lain seperti Lazada – membeli-belah di Taobao secara terus akan lebih menyenangkan urusan anda. Memandangkan kita semua inginkan harga yang paling murah dan berbaloi semasa membeli-belah, kami ada sediakan panduan untuk anda menggunakan Taobao. 

Laman utama Taobao

Ini adalah halaman pertama yang anda akan lihat selepas membuka laman web Taobao. Kami juga telah menyunting tangkap layar seperti di bawah untuk memudahkan lagi proses anda.

Tips penting

Pertama sekali, pastikan anda telah menukar negara kepada Malaysia di bahagian atas kiri halaman tersebut. Ini bertujuan untuk menunjukkan harga setiap produk dalam mata wang Ringgit Malaysia.

Memandangkan kami tidak boleh menterjemahkan seluruh laman web, kami mencadangkan anda untuk menggunakan Google Chrome, dan ikut langkah-langkah yang berikut:

  1. Muat turun dan pasang aplikasi Google Chrome
  2. Pergi ke laman web Taobao
  3. Selepas memilih kategori pembelian, klik ikon di ruang alamat Google Chrome (seperti yang di bawah).

Laman web Taobao sebelum diterjemah:

Laman web Taobao selepas diterjemah:

Walaupun penterjemahan di atas tidak sempurna, anda masih boleh memahami konteks dan maksud halaman tersebut. Selepas selesai, kita boleh mula membeli-belah!

  1. Daftar dan log masuk

Halaman ini sudah menyediakan pilihan bahasa English di bahagian atas kanan halaman. Sila rujuk tangkap layar seperti di bawah. Hanya klik pada pilihan tersebut, isikan nombor telefon dan kod pengesahan pendaftaran.

Anda tidak perlu menterjemahkan nama anda kepada Bahasa Mandarin kerana tulisan rumi juga boleh digunakan untuk nama pengguna dan kata laluan. Juga, anda perlu memasukkan nombor telefon anda kerana kod pengesahan akan dihantar kepada anda melalui kiriman SMS.

Selepas itu, anda akan dilog masuk secara automatik. Kini anda boleh menyunting profil dan kata laluan anda di bahagian pengurusan akaun serta mengisi alamat penghantaran barangan anda. Jika anda tidak dilog masuk, klik pada butang log masuk seperti yang tertera di laman utama di atas.

Berikut adalah versi yang telah diterjemahkan untuk kemudahan anda.

2. Masa untuk membeli-belah

Selepas mendaftar dan log masuk ke akaun, anda kini boleh terus membeli-belah di Taobao. Klik pada kategori yang tersedia dan anda akan lihat menu baru yang menunjukkan pelbagai jenis kategori untuk anda pilih.

Sebagai alternatif, jika anda sudah tahu apa yang anda ingin beli, anda boleh menaip nama produk tersebut di ruang carian. Kadang-kala penterjemahan Google tidak berfungsi dengan baik, jadi anda mempunya pilihan untuk mencari produk melalui gambar. Langkahnya mudah sahaja:

  1. Tinggalkan carian Taobao dan klik butang cari
  2. Anda akan dibawa ke halaman carian
  3. Dengan menggunakan gambar produk yang anda ada, klik pada ikon kamera di ruang carian Taobao untuk membuat carian melalui gambar produk.

Selepas kotak dialog dipaparkan, anda boleh membuat carian gambar produk yang anda ingin beli. Klik pada butang oren di sebelah ikon kamera untuk membuat carian. Anda akan dipaparkan senarai carian yang akan muncul di bahagian bawah carian.

Kaedah ini membolehkan anda untuk menyunting dan menetapkan bahagian gambar yang anda ingin cari dengan lebih tepat. Sebagai contoh, sebuah gambar yang mempunyai pelbagai jenis produk:

Apa yang anda perlu buat adalah:

  1. Klik pada gambar di bawah logo Taobao di bahagian atas kanan halaman
  2. Apabila anda lihat gambar yang lebih besar muncul, laraskan suntingan tersebut kepada gambar produk yang anda inginkan
  3. Kemudian klik ‘confirm’ untuk memulakan carian

Berdasarkan contoh ini, anda akan lihat senarai produk dompet yang tersedia di Taobao atau Tmall.

Juga, jika anda ingin membandingkan harga produk, gerakkan tetikus anda ke atas mana-mana produk dan anda akan dipaparkan butang “cari yang sama”. Sekiranya anda klik pada butang tersebut, anda akan dibawa kepada produk yang sama dan sekali gus dapat memilih dompet yang lebih murah!

Berikut di bawah adalah versi halaman produk yang telah diterjemahkan kepada anda. Walaupun penterjemahan tersebut tidak sempurna, tetapi ia masih boleh difahami.

Halaman ini menunjukkan butiran produk tersebut dalam mata wang Ringgit Malaysia dan negara kiriman produk tersebut (rujuk gambar di atas). Halaman ini juga menunjukkan kaedah penghantaran yang tersedia – penghantaran terus dan penghantaran penyatuan global (kargo), yang kita akan bincangkan kemudian.

 Tips

Jika anda tidak pasti sama ada mahu membeli sesuatu produk atau tidak, tambahkan sahaja kepada troli anda. Jangan risau, anda sentiasa boleh membuang produk tersebut daripada troli anda pada bila-bila masa. Ini akan membantu anda menjimatkan masa daripada terpaksa mencari produk tersebut sekali lagi sekiranya anda mengubah fikiran.

Kad Kredit HSBC Visa Signature

Kad Kredit HSBC Visa Signature

Mata ganjaran sehingga 8x ganda untuk perbelanjaan luar negara dan tempatan

Tiada fi tahunan

3. Membayar untuk barangan anda

Setelah anda mengemaskini troli Taobao dan berpuas hati dengan pilihan barangan anda, masa untuk anda meneruskan dengan proses pembayaran pula. Proses ini mudah dan ringkas seperti laman web e-dagang dalam talian yang lain.

  • Menetapkan alamat penghantaran anda

Langkah terbaik adalah dengan menetapkan alamat penghantaran anda di halaman pengurusan akaun terlebih dahulu kerana anda boleh menterjemah halaman borang penghantaran tersebut. Manakala, borang pop-up yang akan ditunjukkan kepada anda tidak boleh diterjemahkan oleh Google Chrome.

Untuk menetapkan alamat penghantaran anda, sila ikut langkah berikut:

  1. Klik pada nama pengguna di bahagian atas kiri halaman
  2. Terjemahkan halaman tersebut dan pergi ke tetapan akaun
  3. Klik pada alamat penghantaran
  4. Anda akan dibawa ke halaman seperti tangkap layar di bawah dan kemudian isikan sahaja maklumat anda.

Tips

Tetapkan alamat anda sebagai alamat asal jika anda ingin menggunakan alamat yang sama untuk penghantaran yang lain.

  • Pilih barang anda

Selepas anda menetapkan alamat penghantaran, pergi ke troli Taobao dan pilih barang yang anda anda ingin beli. Semak dan teliti jika terdapat sebarang baucar yang tersedia untuk menjimatkan lagi pembelian anda. Kemudian, klik butang berwarna oren.

  • Sahkan alamat anda dan pilih kaedah penghantaran

Di bahagian ini, anda perlu mengesahkan alamat penghantaran anda (yang sudah diisikan sebelum ini), selepas anda mengklik butang oren. Pastikan anda mengesahkan alamat penghantaran anda dan kemaskini jika terdapat sebarang kesilapan.

Kini anda perlu klik kaedah penghantaran. Kebiasaannya, anda mempunyai dua kaedah penghantaran – penghantaran terus dan penghantaran penyatuan global. Namun, kaedah penghantaran yang diberikan berbeza mengikut barang dan produk di Taobao.

Untuk memilih kaedah penghantaran, anda perlu memahami proses setiap kaedah penghantaran terlebih dahulu:

Penghantaran terusBarang anda akan dihantar secara terus dari gudang di China. Harga bayaran penuh akan ditunjukkan semasa anda ingin membayar di platform Taobao, termasuk dengan fi penghantaran. Anda digalakkan untuk mengguna kaedah ini jika anda membeli hanya daripada satu penjual.

Penghantaran penyatuan global – Kesemua barang anda akan dihantar ke gudang di China dan akan ditimbang sebagai satu bungkusan. Namun, anda perlu membayar fi kali kedua sebaik sahaja pesanan anda dibungkus dan ditimbang untuk penghantaran antarabangsa. Seperti yang ditunjukkan dalam tangkap layar di bawah, harga pesanan anda akan ditunjukkan mengikut berat bungkusan. Untuk senario ini, harga yang ditetapkan adalah CNY22 (RM12.95) bagi setiap 1kg dan berikutnya. Anda digalakkan untuk mengguna kaedah penghantaran ini jika anda membeli lebih daripada satu penjual di Taobao. Ini kerana anda hanya perlu membayar satu fi penghantaran untuk seluruh barang anda dan tidak perlu membayar fi penghantaran secara berasingan.

Anda juga boleh memilih kaedah penghantaran anda dengan mengklik Modification Service Provider. Halaman penyedia perkhidmatan akan ditunjukkan kepada anda, seperti tangkap layar di bawah. Senarai ini akan memberikan butiran seperti kadar caj yang akan dikenakan kepada anda sebaik sahaja barang anda tiba di gudang China.

Tips

Lakukan semakan sendiri dengan membandingkan penyedia penghantaran melalui ulasan pengguna yang lain sebelum memilih penyedia penghantaran. Anda juga boleh melakukan semakan menggunakan carian Google.

Berdasarkan pengalaman kami selepas menggunakan platform Taobao – apabila anda menandakan barangan lebih daripada satu penjual di troli, Taobao hanya menyediakan kaedah penghantaran penyatuan global. Namun, anda masih mempunyai kedua-dua kaedah penghantaran terus dan penghantaran penyatuan global jika anda membeli daripada satu penjual sahaja.

Juga, jika anda ingin menggunakan penghantaran terus untuk kesemua barangan, anda perlu membuat pembelian secara satu per satu. Anda hanya perlu menanda satu barang pada satu masa dan membuat pembayaran secara berasingan (cara ini agak rumit jika anda membeli lebih daripada dua atau tiga produk).

Walau bagaimanapun, jom kita lihat perbandingan kadar caj antara kaedah penghantaran terus dan penghantaran penyatuan. Tetapi sebelum itu, anda perlu mengetahui beberapa perkara terlebih dahulu.

Fi penghantaran permulaan – Jika anda lawat halaman maklumat Taobao, anda akan dipamerkan senarai kadar caj untuk setiap kaedah penghantaran yang tersedia. Namun, ini tidak termasuk dalam kos penghantaran barangan anda dari penjual ke gudang di China. Sebaliknya, fi penghantaran permulaan akan ditunjukkan kepada anda semasa anda mendaftar keluar pembelian barangan anda. Berdasarkan pengalaman kami, fi penghantaran dari penjual ke gudang berjumlah lebih kurang CNY10 (RM5.89).

  • Penghantaran terus Skynet  Setakat ini, hanya perkhidmatan Skynet sahaja yang tersedia bagi penghantaran ke negara Malaysia. Kadar caj yang dikenakan pula adalah sebanyak CNY32 (RM18.83) ke Semenanjung Malaysia dan CNY41 (RM24.13) ke Timur Malaysia. Kadar caj Skynet untuk penghantaran penyatuan pula adalah lebih murah iaitu CNY23 (RM13.54) ke Semenanjung Malaysia dan CNY24 (RM14.13) ke Timur Malaysia untuk satu kg yang pertama.

Sebagai contoh, katakan anda memesan sebuah baju dari penjual A yang berharga RM38.26 (CNY65) dan sepasang cermin mata dari penjual B yang berharga RM17.41 (CNY29.58).

Sebagai peringatan, ini adalah kadar anggaran kerana harga sebenar mungkin berbeza yang bergantung pada faktor seperti jenis penjual, lokasi penjual dan jenis penghantaran yang digunakan. Kita akan menggunakan perkhidmatan Skynet untuk kedua-dua kaedah penghantaran.

Penjual A + Penjual B
Penghantaran terus
Penghantaran penyatuan
Harga barang
RM38.26 + RM17.41
RM55.67 (Kedua-dua barang)
Fi penghantaran permulaan (dari penjual ke gudang)
(RM38.26 + RM5.89)

(RM17.41 +RM5.89)
(RM38.26 + RM5.89)

(RM17.41 +RM5.89)
*Fi penghantaran antarabangsa ke Semenanjung Malaysia*

(menggunakan Skynet)
Barang penjual A

(RM44.15 +RM18.83) = RM62.98

Barang penjual B

(RM23.30 + RM18.83) = RM42.13

Jumlah RM105.11
(selepas penyatuan barang tidak melebihi 1kg)

(RM67.45 + RM13.54) =RM80.99
Jumlah fi penghantaran
RM49.44
RM25.32
*Harga mengikut platform Taobao

Berdasarkan pengiraan di atas, kaedah penghantaran terus untuk kedua-dua penjual A dan B adalah 50% lebih banyak berbanding kaedah penghantaran penyatuan. Jadi, memang ternyata bahawa penghantaran penyatuan untuk lebih daripada satu barang adalah lebih jimat dan berpatutan kerana pesanan anda akan dicaj dan dihantar sebagai satu bungkusan.

Juga, jika anda hanya membeli satu barangan sahaja, anda akan diberikan pilihan untuk memilih penghantaran terus atau penghantaran penyatuan. Penghantaran terus mungkin akan lebih menjimatkan anda kerana anda tidak perlu membayarnya dua kali. Mari kita lihat pengiraan menggunakan barangan seperti contoh di atas tadi.

Penjual A
Penghantaran terus
Penghangtaran penyatuan
Harga barangan
RM38.26
RM38.26
Fi penghantaran dari China ke gudang
RM5.89
RM5.89


 
Penghantaran antarabangsa

(menggunakan skynet)
RM18.83
RM13.54
Jumlah fi penghantaran
RM24.72
RM19.43
*Harga mengikut platform Taobao

Berdasarkan pengiraan ini, kaedah penghantaran penyatuan adalah lebih jimat walaupun perbezaannya hanyalah RM5.29. Ini disebabkan caj tinggi yang dikenakan oleh perkhidmatan Skynet untuk penghantaran terus.

Secara keseluruhan, kami mencadangkan untuk anda menggunakan kaedah penghantaran penyatuan kerana anda boleh memilih jenis perkhidmatan penghantaran dan boleh membandingkan harga mereka.

Namun, terdapat dua perkara yang anda harus pertimbangkan sebelum memilih kaedah penghantaran penyatuan. Pertama, anda perlu membayar sebanyak dua kali, jadi anda anda perlu sentiasa menyemak status penghantaran produk anda. Kedua, jika anda membeli lebih daripada satu penjual, anda perlu menunggu kesemua barangan anda untuk tiba di gudang sebelum pihak penghantaran menyatukan kesemua barangan anda. Jangka waktu untuk kesemua barangan anda tiba di gudang China akan bergantung pada penjual anda – sesetengah penjual lebih pantas untuk menghantar pesanan anda dan selebihnya tidak.

Tips

Jika anda membuat pembelian daripada beberapa penjual dan memerlukan salah satu produk dalam kadar segera, anda boleh memilih kaedah penghantaran terus untuk satu produk tersebut dan kemudian menggunakan penghantaran penyatuan untuk pembelian yang lain. Juga perlu diingat bahawa maksimum berat untuk penghantaran terus adalah sehingga 15kg.

Semak senarai berat bungkusan di sini.

Untuk maklumat lanjut bagi kedua-dua kaedah penghantaran tersebut, sila rujuk laman web Taobao yang menyenaraikan perkhidmatan penghantaran yang tersedia bersama kadar caj.

4. Buat pembayaran anda

Ini adalah bahagian di mana anda perlu menyediakan maklumat perbankan anda. Jika anda pengguna baharu, anda akan diminta untuk menetapkan kata laluan untuk akaun Alipay anda. Alipay adalah perkhidmatan telefon bimbit pihak ketiga China dan platform pembayaran dalam talian.

Kemudian, anda mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran menggunakan kad debit/kredit atau anda boleh memilih untuk membayar melalui pemindahan dalam talian. Terdapat caj perkhidmatan 1.5% jika anda menggunakan pemindahan dalam talian melalui revPAY.

Berikut yang di bawah adalah contoh halaman pembayaran revPAY yang akan ditunjukkan kepada anda jika anda memilih untuk membuat pembayaran melalui pemindahan dalam talian. Anda akan ditunjukkan senarai bank tempatan dan jumlah pembayaran yang anda perlu bayar.

Selepas membuat pembayaran, proses pembelian anda selesai jika anda menggunakan kaedah penghantaran terus. Namun, jika anda menggunakan penghantaran penyatuan, terdapat caj kedua yang akan dikenakan kepada anda selepas kesemua barang anda tiba di gudang.  Taobao akan menghantar anda notifikasi (melalui e-mel atau pesanan ringkas) sebaik sahaja kesemua barang anda tiba di gudang dan telah ditimbang untuk penghantaran antarabangsa.

Anda juga boleh menyemak akaun Taobao anda untuk status pembelian anda.

Sekarang anda hanya perlu menunggu barang anda untuk sampai, bergantung pada kepantasan penjual anda untuk mengeluar dan menghantar barangan anda.

Standard Chartered Kad JustOne Platinum Mastercard

Standard Chartered Kad JustOne Platinum Mastercard

Pulangan tunai sehingga 15% untuk perbelanjaan petrol, pembayaran bil automatik dan pembelian dalam talian

Tiada fi tahunan

Tiga cara terbaik untuk memanfaatkan Taobao

Sebelum anda hilang kewarasan semasa membeli-belah di platform Taobao, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu terlebih dahulu. Disebabkan laman web Taobao adalah platform antara penguna-ke-pengguna (seperti Amazon, Lelong.my, dan Mudah.my), transaksi pembayaran dan kualiti barangan akan bergantung pada penjual yang berbeza.

Untuk mengelakkan daripada ditipu atau membeli barangan yang sudah rosak, berikut adalah tiga tips membeli-belah di Taobao untuk anda.

1. Semak ulasan penjual

Pengguna boleh memberi ulasan mereka terhadap penjual dan kesemua ulasan ini akan disertakan dan dinilai daripada satu hingga lima bintang. Seperti contoh yang di bawah, anda boleh lihat penjual tersebut mempunyai penilaian sehingga 4.8 bintang yang mungkin menunjukkan penjual tersebut boleh dipercayai.

Halaman produk tersebut juga akan mempamerkan jumlah transaksi pembelian yang telah selesai, iaitu bagi produk ini sebanyak 111 kali. 

Penjual juga dinilai berdasarkan mahkota berwarna kuning (tertinggi), diikuti dengan mahkota berwarna biru, lambang berlian dan lambang cinta (terendah) – seperti yang dibulatkan di bahagian atas kanan halaman. Penjual ini mempunyai empat mahkota biru berdasarkan kualiti produk, perkhidmatan dan penghantaran penjual tersebut.

Anda juga boleh menterjemah halaman dan menapis komen pelanggan yang telah memberi ulasan tentang kecekapan, kualiti produk penjual serta faktor-faktor yang lain.

2. Tapis penjual melalui populariti

Untuk mencari penjual yang boleh dipercayai, anda boleh menapis carian anda melalui populariti seperti yang ditunjukkan di bawah. Ini bermaksud, produk dan penjual yang mempunyai paling banyak penjualan akan berada paling atas (yang juga menunjukkan lebih banyak ulasan pengguna). Jadi, anda membandingkan antara pelbagai penjual yang tidak boleh dipercayai dan memilih penjual yang memberi pengalaman yang lebih baik.

3. Membeli di Tmall

Tmall adalah laman web perniagaan-ke-pengguna di platform Taobao dan lebih terjamin kerana kesemua penjual telah ditapis oleh Taobao platform. Kebanyakkan penjual di Tmall adalah jenama, organisasi dan pengkilang yang sah dan dipercayai.

Namun, sesetengah barangan di Tmall termasuk jenama yang terkenal seperti Uniqlo juga akan dipamerkan dalam carian anda. Penjual sebegini adalah sah dan boleh dipercayai. Juga, kebarangkalian untuk anda membeli barang mereka pada harga murah juga rendah. Walau bagaimanapun, anda masih digalakkan untuk menyemak ulasan penjual sebagai langkah berjaga-jaga.

Produk di atas adalah daripada Uniqlo yang disenaraikan di Tmall. Tmall dan Taobao mempunyai laman web yang berbeza. Jadi, jika anda mengklik pada carian penjual Tmall, laman web anda akan berubah secara automatik dari Taobao ke Tmall.

Apakah perbezaan antara membeli di Taobao sendiri dan menggunakan ejen Taobao?

Bagi anda yang tidak ingin menterjemahkan laman web dan melalui semua proses di atas, anda boleh menggunakan perkhidmatan ejen Taobao.  Bagi mereka yang tidak berbahasa Mandarin, anda boleh menggunakan perkhidmatan ejen Taobao, sebagai orang tengah yang akan mengendalikan semua proses pembelian Taobao anda seperti proses pembayaran dan penghantaran. Antara ejen popular untuk pengguna dari Malaysia adalah seperti SGshop dan ezbuy.

Bagaimanakah cara menggunakan ejen Taobao?

  1. Pergi ke platform Taobao dan cari barangan yang anda perlukan
  2. Letakkan barangan tersebut ke dalam troli anda
  3. Salin dan tampal pautan tersebut ke dalam laman web ejen
  4. Ejen akan memuat turun pautan tersebut melalui halaman mereka sendiri

Berikut di bawah adalah tangkap layar ezbuy dan anda boleh menyalin pautan barangan anda di ruang carian tersebut.

Ini adalah contoh halaman produk di laman web ezbuy selepas pautan disalin dari Taobao ke dalam ruang carian.

Juga, ejen-ejen ini mempunyai inventori barangan Taobao yang anda boleh lihat dan membeli di laman web tersebut – hanya cari “Taobao” di ruang carian.

Kos menggunakan ejen

Jika anda ingin mempertimbangkan untuk mengguna ejen atau tidak, berikut adalah caj yang akan dikenakan kepada anda.

  • Fi penghantaran domestik: Ini adalah fi yang dikenakan kepada anda berdasarkan berat pembelian dan kaedah penghantaran yang digunakan oleh penjual untuk menghantar kepada gudang ejen di China. Cara ini agak jimat dan murah serendah CNY10 (RM5.89) bergantung pada lokasi, jarak ejen dan gudang.
  • Fi perkhidmatan ejen: Fi ini bergantung pada ejen yang anda gunakan tetapi kebiasaannya caj yang dikenakan adalah antara 5% dan 10% daripada keseluruhan jumlah pembayaran anda (termasuk penghantaran). Sebagai contoh, jika jumlah pembelian anda adalah sebanyak RM60 (termasuk penghantaran), RM6 (10%) akan dikenakan kepada anda sebagai fi ejen.
  • Fi penghantaran antarabangsa: Ini adalah fi kebiasaan yang anda perlu bayar berdasarkan penghantaran yang digunakan oleh ejen.

Jika anda risau tentang kos-kos lebihan tersebut, perkhidmatan ejen adalah cara yang mudah untuk anda membeli di Taobao. Juga, kadang-kala ejen akan memberi promosi dan tawaran tanpa mengenakan caj atau fi langsung kepada anda.

Namun, anda masih perlu menggunakan penterjemahan Google untuk menggunakan platform Taobao dengan mencari pautan produk dan menyalin di laman web ejen.Juga, jika anda tidak kisah untuk menterjemah dan menapis penjual yang tidak boleh dipercayai, anda boleh pergi ke laman web Lazada, yang mempunyai Koleksi Taobao untuk kemudahan anda. Cumanya, anda tidak akan mempunyai akses penuh untuk membaca butiran produk.

Seperti yang anda boleh lihat, anda hanya perlu menaip Taobao di ruang carian dan kemudian membeli-belah.

Tidak gemar menggunakan Taobao?

Lihat promosi yang tersedia untuk platform Shopee dan Lazada di sini!

Berbelanjalah dengan berjimat-cermat

Sebelum anda membuat kesilapan dengan melakukan pembelian yang tidak bertanggungjawab di Taobao, anda digalakkan untuk sentiasa membeli-belah dengan berjimat-cermat.

Walaupun harga barangan di Taobao lebih murah, jika dibeli secara banyak – jumlahnya akan menjadi banyak. Jadi, ini beberapa tips untuk anda ketahui supaya perbelanjaan anda lebih teratur.

  • Sentiasa menyemak troli anda – Sebelum membeli belah di Taobao, tetapkan bajet anda terlebih dahulu. Selepas anda menyediakan bajet, elakkan daripada membeli tanpa pertimbangan. Sebaliknya, cari produk dan letak di dalam troli anda dan kemudian berhenti mencari barangan sebaik sahaja anda mencapai bajet anda.
  • Elakkan daripada mengguna Taobao setiap hari – Pembelian dalam talian boleh menjadi satu tagihan dan lebih banyak anda melawat Taobao, lebih banyak anda akan berbelanja untuk “keinginan” dan bukannya “keperluan”. Jadi, hadkan penggunaan Taobao kepada seminggu sekali (atau sebulan sekali, bergantung pada bajet anda).
  • Membandingkan barangan – Penjual akan mengeluarkan senarai barang yang sama tetapi pada harga yang berbeza. Jadikan ini satu tabiat untuk membandingkan setiap barangan supaya anda boleh membeli barang yang paling murah dari penjual yang dipercayai. Kadang-kala, anda boleh menjumpai barang yang lebih murah di platform tempatan – jadi mengapa perlu bayar lebih di Taobao?
  • Pertimbangkan kos penghantaran – Selain daripada membandingkan harga produk, anda juga perlu mempertimbangkan kos penghantaran. Ingat, hanya lakukan pembelian jika kos keseluruhan lebih murah berbanding membeli di kedai atau di platform tempatan.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image