Cara Ringkas Memilih Pinjaman Peribadi Untuk Anda
Table of Contents
Mencari tawaran terbaik pinjaman peribadi boleh menjadi satu tugas yang memenatkan, dan kadang-kalanya anda tidak tahu apa yang terbaik untuk anda. Terdapat lebih daripada satu dozen bank yang menawarkan pinjaman peribadi di Malaysia. Jadi, kami sediakan beberapa petua untuk memudahkan pemilihan pinjaman peribadi anda.
Kriteria kelayakan pinjaman peribadi
Kebanyakan pinjaman peribadi menetapkan syarat-syarat kelayakan yang ketat untuk para peminjam. Berikut adalah antara syarat kelayakan pinjaman peribadi yang biasanya dikenakan di Malaysia:
- Berumur melebihi 21 tahun (ini berbeza mengikut bank– sesetengah bank menerima pemohon pinjaman yang berumur 18 tahun atau lebih)
- Kewarganegaraan Malaysia atau mempunyai status penduduk tetap (PR)
- Mempunyai akaun bank yang masih aktif
- Mempunyai pendapatan tetap atau bekerja sendiri
Apa itu kadar faedah?
Secara asasnya, kadar faedah adalah yuran atau caj yang dikenakan ke atas kepada anda oleh peminjam bagi sepanjang tempoh pinjaman.
Walaupun pengiraan kadar faedah agak mudah, peminjam selalunya kurang maklum tentang pengiraan kadar faedah – jumlah yang dicaj berdasarkan jumlah pinjaman prinsipal anda. Oleh itu, tidak kiralah berapa banyak jumlah yang telah anda bayar, anda (peminjam) masih perlu bayar faedah secara penuh seperti yang dikira pada permulaan pinjaman anda.
Contoh bagaimana kadar faedah dikira: Katakan anda mengambil pinjaman sebanyak RM10,000 dengan kadar faedah sebanyak 10% setahun. Caj faedah akan menjadi RM1,000 setiap tahun sehingga keseluruhan jumlah pinjaman diselesaikan atau dibayar balik (kadar faedah sebanyak RM1,000 setiap tahun tanpa mengira baki pinjaman anda).
Kadar keuntungan
Bagi pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh perbankan Islam (patuh Shariah), istilah yang diguna pakai adalah kadar keuntungan dan bukannya kadar faedah. Walaupun pembiayaan peribadi dan pinjaman peribadi kelihatan agak sama, namun kedua-dua konsep ini mempunyai perbezaan yang terletak pada rangka dan kandungan kontraknya.
Jenis kadar faedah
Terdapat beberapa jenis kadar faedah untuk pelbagai jenis pinjaman – tidak kiralah pinjaman peribadi, pinjaman rumah ataupun pinjaman kereta. Namun buat masa ini, anda hanya perlu tahu tentang tiga jenis kadar faedah:
- Kadar faedah rata. Ini merupakan kadar faedah yang dikira berdasarkan jumlah asal yang anda pinjam (atau prinsipal). Ini bermaksud, jumlah faedah yang anda perlu bayar akan kekal sama, tidak kira berapa baki jumlah prinsipal yang anda perlu bayar balik. Kebiasaannya, kadar faedah rata digunakan untuk pinjaman dan pembiayaan peribadi atau pinjaman sewa beli kenderaan.
Contoh pengiraan:
RM50,000 (pinjaman anda) x 3.00% (kadar faedah rata) x 5 tahun (tempoh pinjaman)
= RM7,500 (jumlah faedah yang anda perlu bayar)
Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar sebanyak RM57,500. Ini juga bermaksud, pada setiap bulan anda perlu membayar sebanyak RM958.33 sepanjang 60 bulan (5 tahun).
- Kadar faedah baki berkurangan. Kadar faedah ini melibatkan pengiraan faedah ke atas baki pinjaman anda setiap bulan – setiap kali anda (peminjam) membuat bayaran ansuran bulanan, jumlah faedah yang dikenakan juga akan berkurangan sehinggalah anda menyelesaikan baki bayaran anda. Kadar faedah baki berkurangan biasanya digunakan untuk pinjaman gadai janji (mortgage loan), overdraf, dan juga kad kredit.
Berdasarkan jadual tersebut, faedah yang dibayar setiap bulan akan berkurangan sejajar dengan baki pinjaman anda. Walaupun ansuran bulanan anda adalah sama untuk setiap bulan, nilai bayaran untuk faedah dan bayaran pokok (prinsipal) adalah berbeza setiap bulan. Ini mengurangkan lagi baki bayaran pokok anda dengan lebih pantas.
Yuran pembayaran balik awal
Sesetengah pemberi pinjaman akan mengenakan penalti terhadap peminjam yang ingin membayar baki pinjaman lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui (ini kerana ia akan menyebabkan pemberi pinjaman gagal mendapatkan kadar faedah penuh). Kebiasaannya, yuran penyelesaian awal berada dalam anggaran 2% hingga 3% yang dikenakan ke atas baki pinjaman tertunggak pada masa pembayaran balik penuh.
Caj pembayaran lewat
Sekiranya anda gagal membuat pembayaran balik pinjaman bulanan anda pada masa yang ditetapkan, anda mungkin akan dikenakan yuran bayaran lewat. Di samping itu, terdapat juga dua perkara yang mungkin berlaku.
Pertama, pemberi pinjaman berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap anda. Kedua, pihak bank boleh memotong mana-mana baki kredit dari akaun bank anda (dengan syarat ia adalah bank yang sama) untuk mengimbangi jumlah yang anda terhutang dalam pinjaman anda. Jika anda membuat pinjaman bercagar, bank juga berhak untuk menarik balik aset yang ditetapkan sebagai cagaran.
Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate
Terma yang lebih dikenali adalah Overnight Policy Rate (OPR), adalah kadar faedah yang ditetapkan oleh bank pusat, iaitu Bank Negara Malaysia (BNM). Tetapi, mengapa anda perlu kisah tentang OPR?
Sebenarnya, OPR adalah ibu kepada segala kadar faedah yang dikenakan oleh BNM ke atas bank-bank dan institusi kewangan di Malaysia. Setiap kenaikkan atau penurunan OPR boleh memberi kesan kepada kos pinjaman antara anda dan bank, seperti kadar faedah.
Sebagai contoh, bank meminjam duit daripada BNM dan pinjaman tersebut akan dikenakan OPR. Seterusnya, anda meminjam duit daripada bank dan bank pula mengenakan kadar faedah mereka kepada anda. Ini bermaksud, sama ada kadar faedah antara anda dan pihak bank adalah tinggi atau tidak, ia akan bergantung pada OPR. Jadi, lebih tinggi kadar OPR, lebih tinggilah kadar faedah bank anda.
Untuk sentiasa mengetahui Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang terkini, sila rujuk di laman web Bank Negara Malaysia.
Tujuan OPR adalah untuk melaksanakan dasar monetari bagi mengekalkan kestabilan harga, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan beberapa lagi.
Baca helaian pendedahan produk
Ini juga merupakan perkara yang penting untuk anda meneliti sebelum memilih pinjaman peribadi yang sesuai. Kebiasaannya, pihak bank akan mengiklankan sebahagian kecil manfaat dan caj sebagai teknik pemasaran mereka. Butiran-butiran lain yang boleh mendatangkan bahaya semuanya telah dinyatakan dalam Helaian Pendedahan Produk.
Kumpul sedikit tenaga dan luangkan masa untuk membaca setiap butiran agar anda sedia maklum tentang apa yang anda dapatkan. Juga, setiap produk pinjaman atau pembiayaan peribadi pasti mempunyai Helaian Pendedahan Produk masing-masing – jika anda tidak menjumpainya, sila hubungi penyedia produk anda dan dapatkannya.
Akhir kata, pilihlah pinjaman atau pembiayaan peribadi yang sesuai dengan situasi kewangan anda. Jangan terlebih meminjam dan tepatilah janji anda untuk membayar ansuran bulanan. Selamat maju jaya!
Nak pohon pinjaman peribadi? Ketahui bank mana yang menawarkan kadar faedah termurah di Malaysia di sini!