Enam Dana Kerajaan Untuk Membantu Usahawan

by
Tags:
Enam Dana Kerajaan Untuk Membantu Usahawan

Ramai usahawan di Malaysia ingin mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih luas tetapi mempunyai masalah dari segi modal kewangan. Perniagaan atau syarikat yang ingin bersaing memang memerlukan satu dana dan pembiayaan supaya perniagaan mereka lebih maju dan berdaya saing.

Oleh sebab itu, banyak institusi kewangan dan juga kerajaan Malaysia sendiri menawarkan pembiayaan dan juga geran perniagaan kepada usahawan di Malaysia. Tujuan pembiayaan dan dana tersebut adalah untuk membantu usahawan di Malaysia mengembangkan perniagaan mereka.

Kini, anda boleh mendaftarkan Sdn Bhd anda sepenuhnya dalam talian.

Berikut adalah beberapa jenis dana dan pembiayaan perniagaan yang terdapat di Malaysia boleh dimohon oleh para usahawan.

1. TERAJU

Teraju adalah sebuah syarikat yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membantu dan menggalakkan usahawan Bumiputera untuk bersaing dalam perniagaan di Malaysia. Sehingga Jun 2018, Teraju telah membantu sehingga RM14.8 bilion untuk pelaburan swasta Bumiputera.

Terdapat beberapa jenis skim pembiayaan yang ditawarkan oleh Teraju iaitu:

Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)

Skim pembiayaan ini menyediakan sehingga RM500,000 kepada usahawan dan syarikat-syarikat start up di Malaysia. Jumlah yang besar ini mampu mengembangkan perniagaan anda dengan lebih cepat.
Syarat utama untuk memohon skim ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah bumiputera berumur 18 hingga 40 tahun.
  2. Pemohon syarikat mestilah mempunyai 60% pegangan bumiputera.
  3. Individu atau syarikat mestilah beroperasi kurang dari 3 tahun.

Untuk mendaftar, anda boleh pergi ke website mereka disini www.teraju.gov.my.

Selain dari skim SUPERB ini, Teraju juga mempunyai skim lain iaitu Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) yang bertujuan membantu syarikat Bumiputera yang sudah stabil untuk ke pasaran luar negara.

2. TEKUN

TEKUN Nasional adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah beroperasi sejak dari tahun 1998. Banyak syarikat dan perniagaan telah mendapat bantuan serta pembiayaan dari pihak TEKUN.

Berikut adalah antara skim yang ditawarkan oleh pihak TEKUN:

(a) Skim Pembiayaan Tekun Niaga

Skim ini menawarkan jumlah pembiayaan dari RM10,000 hingga RM100,000 untuk usahawan Bumiputera yang berumur antara 18 hingga 60 tahun.

Pemohon mestilah sudah menjalankan perniagaan.

(b) Skim Pembiayaan Teman Tekun

Skim ini pula membuka peluang kepada bumiputera dan masyarakat India dengan pembiayaan perniagaan dari RM1,000 hingga RM20,000.

Bayaran semula adalah setiap minggu selama 2 hingga 5 tahun.

(c) Skim Pembiayaan Program Temannita

Skim khas untuk usahawan Bumiputera wanita sahaja. Jumlah pembiayaan pula adalah RM1,000 hingga RM20,000.

(d) Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (Spumi)

Skim yang ditawarkan adalah khas untuk masyarakat India yang berumur antara 18 hingga 60 tahun dengan pembiayaan sehingga RM100,000.

Selain dari empat skim diatas, pihak TEKUN juga mempunyai beberapa jenis skim pembiayaan yang lain. Jika anda berminat untuk memohon skim yang ditawarkan, anda boleh pergi ke pejabat TEKUN berhampiran untuk dapatkan borang permohonan.

Jika jumlah pembiayaan yang anda mohon adalah kurang dari RM100,000, anda juga boleh bandingkan pembiayaan tersebut dengan pembiayaan peribadi yang terdapat di Malaysia.

RHB Easy-Pinjam Ekspres

RHB Easy-Pinjam Ekspres

Dapatkan kelulusan dalam 24 jam

Pinjaman sebanyak RM150,000 dengan keperluan gaji minima RM1,500. Dapatkan Xiaomi Amazfit jam pintar berharga RM279 dengan setiap pinjaman yang lulus.

3. PUNB

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ditubuhkan pada tahun 1991 untuk membantu dalam menyediakan pembiayaan dan juga khidmat nasihat perniagaan.
Berikut adalah beberapa jenis skim pembiayaan yang ditawarkan.

(a) PROSPER RUNCIT – PEMBIAYAAN TRAK BERGERAK

Jika anda berminat untuk berniaga menggunakan food truck, ini adalah satu-satunya pembiayaan trak bergerak yang sesuai untuk anda.

Pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM150,000 termasuk pembelian trak tersebut. Lebih menarik lagi, tempoh kelulusan pembiayaan ini adalah 7 hari sahaja.

Syarat utama untuk skim ini adalah perniagaan tersebut didaftarkan sebagai milikan tunggal atau perkongsian. Selain itu, pemohon mestilah mempunyai lesen GDL dari JPJ.

(b) PROSPER TERAS

Skim ini membantu usahawan peruncitan untuk menaiktaraf perniagaan mereka. Pembiayaan bermula dari RM100,000 hingga RM500,000 bertujuan untuk ubahsuai premis perniagaan atau pembelian stok.

Syarat utama untuk skim ini adalah usahawan Bumiputera berumur 18 tahun ke atas dan sudah menjalankan perniagaan melebihi satu tahun.

(c) PKS

Skim PKS ini pula membantu menyediakan pembiayaan bagi usahawan atau syarikat dalam bidang pembuatan atau perkhidmatan dan berpotensi untuk mengeksport perniagaan mereka ke luar negara.
Jumlah maksimum pembiayaan adalah sehingga RM5juta (atau sehingga RM10juta bergantung kepada case-to-case)

Syarat utama adalah usahawan bumiputera yang sudah menjalankan perniagaan selama 3 tahun beserta akaun beraudit 3 tahun.

Untuk memohon skim yang ditawarkan oleh pihak PUNB ini, anda perlu mendaftar dan mendengar Taklimat Pembiayaan Perniagaan terlebih dahulu. Kemudian, anda diminta untuk menghantar rancangan perniagaan anda untuk dinilai oleh pihak PUNB.

4. MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula ditubuhkan untuk membantu golongan bumiputera dalam pembangunan ekonomi terutama kawasan luar bandar.

(a) Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)

Skim SPiM ini membolehkan usahawan melakukan pembelian harta tetap, ubahsuai premis perniagaan dan juga sebagai modal pusingan.

Had pembiayaan bagi pemilikan tunggal adalah sehingga RM250,000 manakala bagi syarikat sendiran berhad pula adalah sehingga RM500,000.

(b) Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)

Skim SJUM ini pula adalah satu bentuk jaminan dari pihak MARA sebagai penjamin kepada beberapa buah bank komersial untuk mendapatkan pembiayaan.

Had pembiayaan bagi pemilikan tunggal adalah sehingga RM500,000 manakala bagi syarikat sendirian berhad pula adalah sehingga RM5,000,000.

Syarat utama pembiayaan ini adalah perniagaan dan syarikat telah beroperasi sehingga 2 tahun dan memerlukan 2 tahun Laporan Kewangan Beraudit.

(c) MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)

Skim ini adalah kerjasama antara pihak MARA sebagai penjamin dan juga Bank Rakyat sebagai pihak memberi pembiayaan.

Syarat utama permohonan adalah syarikat berstatus bumiputera yang telah beroperasi sehingga 2 tahun dan mestilah mempunyai Laporan Kewangan Beraudit selama 2 tahun.

Had pembiayaan bagi milikan tunggal adalah sehingga RM500,000 manakala syarikat sendiran berhad pula adalah sehingga RM2,000,000

Untuk memohon semua skim yang ditawarkan oleh pihak MARA, anda perlu hadir ke Pejabat MARA Daerah berhampiran tempat anda. Selepas itu, pihak dari Pejabat MARA Negeri pula akan memberi keputusan untuk permohonan anda.

Kuwait Finance House Personal Financing-i

Kuwait Finance House Personal Financing-i

Pinjaman sebanyak RM250,000

Tiada pinjaman lain yang menawarkan jumlah setinggi Kuwait Finance House. Dapatkan tempoh pembayaran semlua selama 10 tahun.

5. SME Bank

Pihak SME Bank juga menawarkan pembiayaan khas kepada syarikat kecil dan sederhana.

(a) Small Business Financing (SBF)

Skim ini bertujuan untuk mempertingkatkan perniagaan anda kepada satu tahap yang lebih tinggi. Jumlah pembiayaan untuk skim ini adalah dari RM100,000 hingga RM750,000.

Syarat utama untuk skim ini adalah perniagaan telah beroperasi selama dua tahun dan memperoleh jualan tahunan sebanyak RM250,000.

(b) Pembiayaan Kontrak

Usahawan atau kontraktor yang menerima kontrak dari Kementerian, Jabatan atau Agensi Kerajaan boleh memohon pembiayaan ini bagi membantu melaksanakan kontrak yang diterima.

Jumlah pembiayaan pula adalah setinggi 100% dari jumlah kos kontrak yang diterima. Pemohon mestilah kontraktor utama atau sub-kontraktor yang dilantik sahaja.

Selain itu, syarikat juga mestilah telah didaftarkan dengan salah satu dari badan dibawah:

  1. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  2. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
  3. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
  4. Badan-badan perlesenan yang terlibat

(c) Business Accelerator Program (BAP)

Pembiayaan yang diberikan kepada usahawan kecil dan sederhana untuk pembelian aset tetap dan juga untuk modal kerja.

Had pembiayaan pula adalah dari RM50,000 sehingga RM1,000,000 dengan kadar keuntungan hanya 4% setahun.

Syarikat yang ingin memohon mestilah berstatus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan telah beroperasi selama 6 tahun.

Untuk memohon pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak SME Bank, anda boleh mula dengan sesi temujanji yang boleh dilakukan secara online.

6. Cradle Fund Sdn Bhd

Akhir sekali, anda juga boleh memohon pembiayaan dan dana melalui Cradle Fund yang telah membantu sehingga 700 syarikat start up di Malaysia.

(a) Cradle Investment Programme 300 (CIP300)

CIP300 menawarkan dana dan geran sehingga RM300,000 untuk usahawan yang mempunyai inovatif dalam teknologi.

Syarat utama untuk memohon CIP300 ini adalah rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas dan sudah menjalankan perniagaan Sendirian Berhad kurang dari 3 tahun.

(b) DEQ800

DEQ800 adalah satu bentuk pelaburan ekuiti untuk syarikat baru dalam industri teknologi di Malaysia. Pihak Cradle akan melabur dalam syarikat anda dan mereka mendapat keuntungan dari ekuti yang dimiliki selama 5 hingga 7 tahun.

Jumlah pelaburan ekuiti yang ditawarkan oleh pihak Cradle adalah sehingga RM800,000.

Syarat utama untuk mendapatkan pelaburan ekuiti ini adalah syarikat yang telah beroperasi kurang dari 5 tahun dan mestilah dimiliki 51% oleh rakyat Malaysia. Selain itu, jumlah keuntungan tahunan mestilah kurang dari RM5,000,000.

Alliance Bank CashFirst Personal Loan

Alliance Bank CashFirst Personal Loan

Kadar bunga serendah 3.99%

Dapatkan pinjaman sebanyak RM150,000 dengan kadar bunga yang terendah in Malaysia.

Selain daripada 6 dana dan pembiayaan diatas, terdapat juga pihak lain yang anda boleh mohon seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), MyCreative Ventures dan juga lain-lain lagi. Anda juga boleh menggunakan pembiayaan peribadi sebagai satu modal untuk mengembangkan perniagaan anda.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image