Faktor-Faktor Penting Dalam Pengumpulan Kekayaan Jangka Panjang
Table of Contents
(Ini adalah artikel tetamu yang ditulis oleh Ryan Haley, yang menulis tentang kewangan, jaya diri dan mencari insurans kapal yang terbaik)
Pengumpulan kekayaan jangka panjang sebenarnya sangat mudah. Malangnya ramai orang mahu cepat kaya, dan ini amat sukar. Nasib baik, perkara yang benar pada masa lalu masih lagi benar pada hari ini. Mengumpul kekayaan, dan berakhir dengan nilai bersih yang kukuh bukanlah sains roket. Hanya beberapa langkah perlu diambil, di samping ada tabiat yang betul, anda sudah dalam perjalanan anda.
Hutang
Terdapat hutang baik dan hutang tak baik. Hutang yang digunakan dalam cara yang baik boleh membuat anda mempunyai banyak wang, sama ada dengan membeli hartanah, pendidikan, ataupun memulakan perniagaan. Tapi sesiapa saja yang punyai hutang yang tak baik boleh berada dalam kesusahan dengan cepat. Ini menghalang anda dari mengumpul kekayaan kerana wang yang boleh disimpan atau dilaburkan hanya habis sia-sia. Hutang boleh menjadi sangat berkuasa dan cara terbaik untuk mengumpil wang dengan melabur dalam projek atau idea yang baik, tetapi gunakanlah ia dengan bijak jika anda ingin buat kekayaan.
Gaya hidup
Ramai orang kaya yang dilahirkan kaya atau menjadi kaya dengan cepat hidup gaya hidup yang mewah. Pada hakikatnya, bagi orang-orang yang telah kumpul kekayaan, sekurang-kurangnya pada permulaannya, ia bukan begitu. Salah satu cara terbaik untuk tingkatkan kekayaan adalah tentunya dengan menyimpan wang. Apabila wang disimpan dan hidup dengan bajet gaya hidup yang sederhana, ia adalah seumpama meningkatkan pendapatan. Sudah tentu kita perlu menikmati kehidupan,tapi dengan makan di rumah atau mengambil pendekatan yang kurang mahal akan menghasilkan penjimatan yang banyak.
Lebih dari hanya bekerja
Sudah tentu mempunyai pekerjaan yang baik adalah permulaan yang baik untuk kumpul kekayaan. Tapi kebanyakan orang yang ada wang yang banyak berusaha lebih dari hanya bekerja di tempat kerja mereka. Ramai orang terperangkap dengan berfikir bahawa pekerjaan bergaji baik akan memberi mereka kebebasan. Tapi adalah penting melakukan sesuatu dengan wang yang ada seperti melabur dalam hartanah, memulakan perniagaan sampingan atau membeli ekuiti. Kerana realitinya, sekiranya kehilangan pekerjaan berpendapatan tinggi, kebanyakan orang akan kembali kepada kehidupan asal mereka.
Tak takut
Di seluruh dunia, ramai orang telah melalui pengalaman menguncup dan mengembang. Sama ada dalam pasaran saham atau pasaran perumahan. Ini adalah sebahagian dari kitaran perniagaan semula jadi, dan dalam kes ini, si penyu yang menang perlumbaan. Ertinya, jangan berputus asa dan teruskan usaha. Ramai orang membuat kesilapan mengosongkan akaun pelaburan dan mengejar pelaburan lain. Pada hakikatnya, bila keadaan sangat teruk, ia adalah masa untuk melabur, di waktu inilah kekayaan sebenar dicipta. Pelabur terbaik, adalah seorang yang dapat ambil kesempatan dari masa terburuk, dan berfikir dengan fikiran mereka dan bukannya berfikir dengan emosi.
Bagi kebanyakan orang, membina kekayaan adalah satu proses yang panjang. Namun, dengan mengambil langkah-langkah yang betul, anda sudah memulakannya dan ia menjadi sangat mudah nak bina kekayaan. Yang baiknya anda juga akan dapat kesan domino, faedah berganda benar-benar mempunyai keajaiban. Jadi penting bukan saja untuk bermula seawal mungkin, tetapi untuk terus mengamalkannya . Ini tidak mengambil banyak perancangan dari hari ke hari, kerana sebaik saja anda mempunyai tabiat yang baik, ia akan menjadi satu kebiasaan, dan anda berada di perjalanan mengumpul kekayaan jangka panjang anda.