Mulakan Bina Jaringan Keselamatan Anda Dengan Pelan Takaful
Table of Contents
Mendapatkan perlindungan daripada kemalangan atau kematian mungkin merupakan perkara terakhir dalam senarai keutamaan anda khususnya jika keadaan kewangan anda tidak stabil dan anda bimbang tentang kemampuan untuk memiliki perlindungan tersebut.
Walaupun sekiranya anda kurang berkemampuan dari segi kewangan, anda masih harus bertanggungjawab untuk menjaga diri anda sebagai seorang dewasa dan melindungi keluarga anda daripada menanggung beban kewangan jika berlakunya perkara yang tidak diingini.
Pendek kata, anda perlu menyediakan jaringan keselamatan untuk kedudukan kewangan anda. Ini bukan sahaja melibatkan menyimpan wang dan membina dana kecemasan, tetapi anda juga perlu mendapatkan pelan perlindungan supaya anda dilindungi dari segi kewangan jika berlakunya kematian atau hilang upaya.
Ambil langkah pertama untuk membina jaringan keselamatan kewangan
Apakah cara-cara untuk memastikan anda mempunyai perlindungan kewangan pada waktu kecemasan? Cara yang terbaik adalah dengan mewujudkan jaringan keselamatan kewangan untuk mengelakkan diri anda daripada menggunakan kesemua wang simpanan ataupun berhutang.
Namun, jaringan keselamatan kewangan memerlukan perancangan lebih awal dan ia tidak berlaku dalam sekelip mata. Di sini kami kongsikan bersama anda beberapa perancangan jaringan keselamatan kewangan yang bijak:
- Mula sekarang: Kebiasaannya, mengambil langkah pertama dalam memulakan sesuatu perkara adalah aspek yang paling sukar. Kajian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak mempunyai perlindungan takaful atau insurans sebagai jaringan keselamatan kewangan kerana mereka sering menganggap bahawa mereka tidak berkemampuan, tidak memerlukannya pada waktu itu atau pemilihan pelan adalah rumit. Apabila anda memerlukannya, ia mungkin sudah terlambat untuk membuat permohonan.
- Memilih pelan yang betul: Anda perlu mempertimbangkan jumlah yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan segera untuk orang yang tersayang sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda. Pilih pelan berdasarkan keperluan dan keutamaan anda. Secara umumnya, kadar sumbangan anda akan jauh lebih rendah jika permohonan pelan perlindungan dibuat pada usia muda kerana kebiasaannya anda tidak mempunyai komitmen kewangan yang banyak.
- Sediakan bajet: Jika anda berkemampuan membeli secawan kopi dan melanggan perkhidmatan penstriman, anda juga semestinya mampu untuk memiliki pelan perlindungan sekiranya anda memasukkannya ke dalam bajet anda. Sama seperti memiliki perlindungan insurans atau takaful untuk kereta dan rumah, kesihatan kita juga tidak kurang pentingnya.
Tahukah anda?
Anda kini boleh mendapatkan pelan perlindungan mampu milik melalui
Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV).
Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan para pengguna untuk memiliki jaringan keselamatan kewangan dalam bentuk pelan insurans atau takaful yang boleh dimiliki menggunakan baucar RM75 yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Berikut adalah butiran perlindungan tersebut:
- Semua penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) layak untuk menerima baucar tersebut. Anda boleh semak kelayakan di www.myptv.my menggunakan nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (NRIC).
- Jika anda layak, sistem PTV akan mengeluarkan nombor baucar untuk anda.
- Anda juga boleh menebus baucar di pautan yang sama dengan menyemak bahagian produk Perlindungan Tenang. Jika anda berminat dengan mana-mana produk, sila klik pada produk tersebut dan semak butiran dan cara permohonan di laman web penyedia produk.
Anda juga boleh memohon produk Perlindungan Tenang dengan mengunjungi cawangan pengendali insurans/takaful atau ejen/pengedar yang diiktiraf oleh pengendali insurans/takaful.
Di bawah inisiatif PTV, Bank Simpanan Nasional (BSN) kini menawarkan pelan BSN Takaful Sakinah yang menyokong usaha untuk memperluaskan penyelesaian takaful kepada rakyat Malaysia terutamanya segmen B40 untuk mendapatkan perlindungan takaful.
Produk yang ditaja jamin oleh Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) ini sesuai untuk segmen B40 pada masa kini yang masih tidak dilindungi oleh sebarang bentuk perlindungan takaful. Ia amat penting untuk mereka mengambil langkah pertama untuk merancang perihal kewangan keluarga. Dengan BSN Takaful Sakinah, rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan pelan perlindungan yang berpatutan dan mudah difahami, melalui proses tuntutan yang ringkas.
Tebus Baucar Perlindungan Tenang anda dengan Bank Simpanan Nasional
Mengapa anda harus pilih Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai pilihan utama?
- BSN merupakan sebuah bank yang mantap dan mempunyai reputasi tinggi yang meliputi 390 cawangan di seluruh negara di kawasan bandar dan luar bandar.
- BSN menyediakan kemudahan pembayaran yang menyeluruh untuk semua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang tersedia untuk segmen B40.
- BSN adalah penyedia berdaftar yang memproses Penebusan Baucar Perlindungan Tenang (PTV) secara menyeluruh.
- BSN merupakan pengedar produk Perlindungan Tenang yang menyediakan pengalaman proses menyeluruh kepada para pelanggan. Pengalaman proses ini merangkumi pendaftaran, penamaan, pengubahan dan tuntutan secara menyeluruh.
BSN Takaful Sakinah kini adalah pilihan utama rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan pelan perlindungan mereka yang pertama!
Jika anda sudah layak untuk program PTV, apa kata dapatkan perlindungan pelan takaful mampu milik ini dengan serta-merta melalui permohonan dalam talian yang mudah.
- Perlindungan – Melindungi anda sekiranya berlaku kematian semulajadi atau kematian akibat kemalangan
- Manfaat Khairat – Pembayaran Khairat sehingga RM3,500*
- Mampu milik – Serendah RM55 setahun*
- Permohonan mudah – Permohonan dalam talian tanpa pemeriksaan kesihatan
*Bergantung pada jenis pelan. Tertakluk pada terma dan syarat.
Bagi anda yang mencari pelan takaful pertama untuk melindungi diri dan keluarga tersayang, BSN Takaful Sakinah adalah pelan perlindungan ringkas, mudah diperoleh dan mampu milik yang amat sesuai. Anda juga boleh memohon tanpa melalui program PTV.
Jenis pelan | Tempoh perlindungan | Pelan 1 | Pelan 2 | Pelan 3 | Pelan PTV |
---|---|---|---|---|---|
Manfaat kematian secara semulajadi | Bulan pertama - bulan keempat | ||||
Bulan kelima dan seterusnya | RM10,000 | RM20,000 | RM30,000 | RM15,000 | |
Manfaat kematian akibat kemalangan | Bulan pertama - bulan ke-12 | RM20,000 | RM40,000 | RM60,000 | RM30,000 |
Manfaat Khairat | Bulan pertama - Bulan ke-12 | RM1,500 | RM2,500 | RM3,500 | RM1,700 |
Sumbangan | Tahunan | RM55 | RM110 | RM165 | RM80* |
19 - 60 tahun |
*Jika anda memohon pelan takaful di bawah program PTV, caj wakalah pendahuluan sebanyak RM5 akan dikecualikan sepanjang tempoh kempen ini dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.
Daftar pelan takaful pertama anda melalui dalam talian
Anda boleh memohon BSN Takaful Sakinah dari keselesaan rumah anda.
Langkah 1: Kunjungi laman web BSN Takaful Sakinah di sini.
Langkah 2: Klik butang Daftar Sekarang
Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan (NRIC) anda
Langkah 4: Sahkan pendaftaran melalui pengesahan TAC
Langkah 5: Pilih kaedah pembayaran anda
Langkah 6: Pilih jenis pelan anda
Langkah 7: Kemas kini penama anda
Langkah 8: Kemas kini saksi dan minta pengesahan TAC
Langkah 9: Setelah saksi memberikan pengesahan TAC, masukkan TAC tersebut dan klik butang ‘Submit’.
Anda juga boleh mendaftar dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN. Hanya pergi ke kaunter dan juruwang akan membantu anda untuk meneruskan permohonan.
Mulakan membina jaringan keselamatan kewangan anda melalui pelan takaful mampu milik dengan BSN Takaful Sakinah hari ini!