Fahami Jenis-Jenis Dan Cara Pengiraan Cukai Pendapatan Yang Terkini

by
Fahami Jenis-Jenis Dan Cara Pengiraan Cukai Pendapatan Yang Terkini

Menyedia dan memfailkan cukai pendapatan di Malaysia mungkin satu perkara yang mencabar dan rumit bagi sesetengah pembayar cukai. Jika anda tergolong dalam kategori tersebut, anda tidak perlu risau kerana tidak pernah terlalu awal dan masih belum terlambat untuk kita sama-sama pelajari jenis-jenis dan cara pengiraan pendapatan yang boleh dikenakan cukai.

Sebelum itu, apa kata kita segarkan ingatan kita tentang asas cukai pendapatan.

Siapakah yang dikenakan cukai pendapatan?

Di Malaysia, mana-mana individu yang memperolehi minimum pendapatan sebanyak RM34,000 setahun atau RM2,833 sebulan (selepas potongan KWSP) harus memfailkan cukai pendapatan. Perlu diketahui bahawa cukai pendapatan meliput seluruh pendapatan, bukan sahaja daripada pekerjaan utama anda. Tidak kiralah jika pendapatan tersebut diperolehi daripada majikan, atau mewakili semua jenis pendapatan yang lain.

Apakah jenis-jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai?

Anda juga perlu ambil tahu tentang jenis-jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai supaya anda tidak terlepas daripada menyertakannya semasa membuat pengiraan cukai. Berikut adalah senarai penuh jenis-jenis pendapatan yang boleh dikenakan cukai:

  • Perniagaan atau profesion
  • Penggajian
  • Dividen
  • Faedah (kecuali faedah deposit bank)
  • Diskaun
  • Pengutipan sewa
  • Royalti
  • Premium
  • Pencen
  • Anuiti
  • Prasyarat, termasuklah tuntutan bil, kad kredit syarikat, pinjaman daripada syarikat, tajaan keahlian kelab, tajaan yuran tusyen kanak-kanak, pemandu peribadi dan sebarang manfaat yang diberikan oleh majikan anda yang boleh ditukarkan kepada bentuk tunai.

Cara pengiraan cukai pendapatan anda

Asas dan jenis-jenis cukai pendapatan sudah kita kupas, kini kita teruskan dengan mempelajari cara pengiraan cukai pendapatan.

Berikut adalah contoh pengiraan jumlah penuh pendapatan anda:

Sumber PendapatanJumlah Tahunan
GajiRM60,000
Faedah dari Deposit Tetap+ RM1,300
Dividen dari ASB+ RM1,400
Pekerjaan sambilan+ RM12,000
Sewa+ RM9,600
Jumlah penuh pendapatan tahunanRM84,300

Setelah anda mengira jumlah penuh pendapatan tahunan, anda perlu mengira pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Secara ringkas, Berikut adalah contoh pengiraan pendapatan yang boleh dikenakan caj:

Jumlah penuh pendapatan tahunanRM84,300
Pengecualian: Faedah dari Deposit Tetap- RM1,300
Pengecualian: Dividen dari ASB- RM1,400
Bantuan: Sendiri dan tangunggan- RM9,000
Bantuan: EPF & insurans nyawa (Jumlah penuh gaji tahunan X 11%)- RM7,000
Bantuan: Insurans perubatan- RM750
Jumlah penuh pendapatan yang boleh dikenakan cukaiRM64,850

Jika pengiraan ini agak rumit untuk anda lakukan dengan sendiri, anda boleh gunakan kalkulator cukai pendapatan iMoney. Anda juga boleh mendapatkan penjelasan tentang cukai pendapatan dengan lebih terperinci melalui Soalan Lazim Cukai Pendapatan pada pautan yang sama.

Perlukah saya mengisytiharkan pendapatan walaupun tidak perlu bayar cukai?

Walaupun LHDN mewajibkan pekerja di Malaysia untuk mengisytiharkan pendapatan hanya jika gaji tahunan mereka adalah atau melebihi RM34,000, anda boleh mengisytiharkan pendapatan secara sukarela. Sama ada anda akan dikenakan cukai atau tidak adalah cerita berlainan.

Ini kerana, apa yang rakyat Malaysia sering membuat silap adalah mereka terlupa atau tidak mengambil kira langsung tentang sumber pendapatan mereka yang lain seperti pekerjaan ejen hartanah, peniaga kecil, ejen insurans dan lain-lain. Secara tidak langsung, gaji mereka bukan lagi dibawah RM34,000 setahun. Akibatnya, ramai antara mereka yang dikenakan penalti.

Andai kata anda secara sukarela ingin mengisytiharkan pendapatan walaupun anda tidak layak untuk dikenakan cukai, tiada masalah. Jika anda mempraktikkan tabiat ini, anda akan lebih arif dan sentiasa peka dengan ketetapan cukai pendapatan yang sering berubah mengikut tahun ini.

Ambil inisiatif untuk mengemas kini pengetahuan cukai pendapatan kita, kerana setiap tahun ada beberapa aspek tentang cukai pendapatan yang sering berubah-ubah. Cara paling senang untuk mengingati sesuatu perkara adalah dengan terus belajar dan membiasakan diri kita dengan perkara tersebut. Semoga kita sentiasa peka dan bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image