Apakah Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Membeli Rumah?

by
new house guide

Seperti yang ramai sudah tahu, memiliki rumah kediaman sendiri boleh dianggap sebagai satu kejayaan yang besar. Apa tidaknya, rumah mewujudkan suasana yang selamat, rumah juga boleh meningkatkan taraf sosial seseorang dan menjadi tempat berteduh pada hari tua.

Tetapi ramai yang tidak tahu tentang kesukaran tersembunyi yang dihadapi oleh pemilik rumah di Malaysia. Untuk artikel ini, kami akan mengkongsikan cabaran dan kesilapan yang dihadapi oleh seorang pembeli rumah di Malaysia.

Membuat pilihan berdasarkan citarasa orang lain

Jika anda dipaksa untuk membeli rumah berdasarkan pilihan orang lain, kemungkinan besar akan wujudnya perasaan tidak senang terhadap orang tersebut. Anda juga akan lebih cenderung untuk terlepas daripada dijodohkan dengan rumah yang lebih sesuai untuk kewangan dan gaya kehidupan anda.

Hadi, seorang pengurus pemasaran hotel, memberitahu kami, ”saya rasa seakan-akan membeli rumah untuk ibu bapa saya, walaupun mereka sudah mempunyai rumah sendiri”. Beliau beranggapan bahawa jika beliau bersetuju dengan pilihan kedua-dua ibu bapa beliau, mereka akan membantunya tetapi tidak sama sekali. Tambah Hadi lagi, ‘jika diberikan peluang kedua, saya pasti akan memilih rumah pilihan saya sendiri’.

Cara untuk elak: Jangan terburu-buru semasa memilih rumah, ambil masa dan berhati-hati mempertimbangkan pilihan yang ada. Percayakan gerak hati anda dan hanya ambil nasihat yang memberi manfaat. Jika ada pihak luar yang ingin mencampur tangan, hargai pertolongan mereka tetapi terangkan bahawa andalah yang akan membuat keputusan dan bukannya mereka atau orang lain. Penting untuk anda membuat keputusan yang berdasarkan kemampuan, kewangan dan pilihan anda sendiri berbanding menjaga hati orang lain.

Rumah jauh dari tempat kerja

Kebiasaannya harga pasaran rumah di kawasan Lembah Klang adalah jauh lebih tinggi berbanding di kawasan luar bandar. Juga, hartanah di kawasan luar bandar seperti Setia Alam, Rawang, Nilai, Cyberjaya dan Seremban 2 mempunyai gaya hidup yang lebih tenang.

Mungkin sebab itulah mengapa Hadi membeli rumah di Bandar Baru Bangi pada tahun 2021. Tetapi jarak dari rumah dan ke tempat kerja Hadi adalah antara satu jam setengah hingga dua jam untuk setiap perjalanan menggunakan kereta. 

Ini bermaksud, jika anda memiliki rumah di kawasan luar bandar, anda akan banyak menghabiskan masa di jalan raya berbanding berada di rumah dan melakukan aktiviti yang berkualiti.

Jarak yang jauh juga akan meningkatkan kos perjalanan jika anda tidak dapat menggunakan pengangkutan awam.

Cara untuk elak: Lokasi rumah adalah antara faktor yang paling penting untuk anda pertimbangkan semasa memilih rumah. Buat kiraan mengenai bajet bulanan, sejauh mana anda bersedia untuk berulang-alik dan kebarangkalian anda akan bertukar tempat kerja.

Juga, pastikan rumah yang anda beli mempunyai kemudahan lebuhraya atau pengangkutan awam untuk mempercepatkan perjalanan anda. Anda juga boleh berhubung dengan bahagian Sumber Manusia di tempat kerja anda dan bertanya tentang pilihan bekerja dari rumah atau secara ‘hybrid’. Mungkin manfaatnya terhad tetapi ia akan memudahkan kehidupan anda.

Pemaju hartanah tidak mengotakan janji

Semasa sedang memilih rumah, ejen hartanah beliau telah memberikan janji yang memberangsangkan tentang pangsapuri tersebut. Janji seperti hartanah tersebut adalah sesuai dengan gaya hidup dan keperluan asas beliau, serta pembangungan kemudahan asas dalam tahun pertama.

Namun, selepas hampir tiga tahun menetap di Bandar Baru Bangi, kawasan tersebut masih tidak mempunyai populasi yang stabil dan sekali gus melambatkan pembangunan kemudahan asas di kawasan tersebut. Jika beliau perlu mendapatkan kemudahan asas seperti kedai runcit, pengangkutan awam, taska atau klinik, beliau perlu memandu selama 20 hingga 30 minit.

Apa yang lebih merisaukan adalah badan pengurusan bangunan beliau yang seakan-akan tidak wujud. Mereka tidak menghiraukan langsung tentang kemerosotan bangunan dan aduan daripada pemilik rumah di situ. Sebagai seorang yang hanya menginginkan ketenteraman, Hadi berkata, ‘makin lama makin ramai pemilik rumah di sini yang menyewakan rumah mereka di Airbnb dan akibatnya tiada lagi privasi jika dibandingkan dengan tahun pertama saya tinggal di sini’. Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan Airbnb boleh menjatuhkan harga sesuatu hartanah kerana tiada kestabilan komuniti dan privasi kediaman yang baik (bergantung pada jenis hartanah). 

Cara untuk elak: Jika anda tidak mahu situasi yang sama menimpa anda, lakukan penyelidikan penuh ke atas sejarah, integriti dan reputasi pemaju hartanah anda. Kami menasihatkan anda untuk berinteraksi dan bertemu bual bersama ejen hartanah agar anda dapat memastikan maklumat yang berikan adalah telus dan tepat. Ini kerana kebanyakan ejen hartanah akan cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi anda demi komisen mereka.

Juga, jika anda ingin membuat sebarang aduan kepada badan pengurusan bangungan anda, kami cadangkan anda untuk berhubung dengan pemilik rumah yang lain dan membuat aduan secara berkumpulan. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika tiada perubahan, anda berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan anda kerana gagal melaksanakan tugas mereka.

Betulkah anda boleh mendakwa pihak pengurusan anda?

Jawapannya anda boleh, tetapi ianya bergantung pada jenis kediaman dan akta yang dicipta untuk melindungi jenis kediaman tersebut. 

  • Akta Pengurusan Strata 2013 (SMA) / Akta Hakmilik Strata 1985. Kedua-dua akta ini diperkenalkan untuk mengatur penyelenggaraan dan pengurusan pembangunan kediaman berstrata seperti rumah bertingkat tinggi (high-rise) atau hartanah dalam pembangunan sepunya (komuniti berpagar dan berpengawal.

Di bawah akta ini, sebagai seorang pemilik rumah (high-rise atau komuniti berpagar), anda berhak untuk mendakwa pihak pengurusan atau pemaju perumahan jika mereka:

    • Membiarkan keadaan hartanah merosot
    • Terlewat dalam mengeluarkan hak milik strata
    • Tidak melindungi hartanah anda daripada kerosakan 
    • Gagal membuka akaun penyelengaraan dan kumpulan wang penjelas dan pelesapan dana
    • Tidak menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) untuk membentuk pengurusan baru.
  • Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. Tidak ramai pembeli rumah baharu menyedari bahawi kepentingan mereka sebenarnya dilindungi di bawah akta ini. Ini adalah ibu kepada semua jenis akta pembangunan perumahan di Malaysia, yang juga dikenali sebagai Housing Development Act 1966 (HDA). Akta ini melindungi kepentingan mana-mana pembeli rumah kediaman daripada pemaju untuk satu jangka masa yang tertentu. 

Di bawah akta ini, sebagai seorang pemilik rumah, anda berhak untuk mendakwa pihak pengurusan atau pemaju perumahan jika mereka: 

    • Tidak melindungi kecacatan kawasan perumahan
    • Mewujudkan masalah pengurusan hak milik strata
    • Menimbulkan konflik perlindungan, pertikaian, dan tuntutan yang berkaitan dengan pembeli

Bagaimanakah kedua-dua akta ini berfungsi?

Pesuruhjaya Bangunan atau Commissioner of Buildings (COB) adalah pihak yang berperanan untuk memastikan semua pemilik dan pemaju rumah di bawah akta ini untuk bekerjasama dengan pemilik rumah.

Pesuruhjaya Bangunan berhak untuk menjalankan siasatan jika ada kemungkinan pelanggaran akta dan menghukum individu atau organisasi yang bertanggungjawab. Mereka akan menubuhkan Tribunal Pengurusan Strata (SMT) berdasarkan syarat-syarat Akta Pengurusan Strata. Ini adalah cara bagi penebus untuk mendapatkan pampasan ganti rugi (masalah yang terkandung dalam akta sahaja).

Peringatan

Terdapat batasan waktu bagi pemilik rumah untuk membuat tindakan yang ditetapkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembelian: (1) Tarikh pengeluaran Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) hartanah, (2) tamatnya tempoh tanggungan kecacatan seperti yang dinyatakan dalam SPA, atau (3) tarikh penamatan perjanjian jual beli jika perjanjian tersebut ditamatkan sebelum tarikh CCC dikeluarkan.

Semak dengan teliti

Proses membeli rumah sepatutnya menjadi satu perjalanan yang menyeronokkan jika dilakukan dengan betul. Nasihat kami kepada anda adalah untuk melakukan sebanyak penyelidikan dan pertimbangan yang anda boleh supaya setiap keputusan yang dilakukan adalah yang terbaik untuk anda.

Melalui pembacaan ini, kami berharap agar semua pembaca dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada Hadi agar anda semua tidak mengulangi kesilapan yang beliau lakukan.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image