Membuat Tuntutan Insurans Perjalanan
Table of Contents
Penting bagi seseorang yang mengambil insurans perjalanan tahu bagaimana nak menghadapi kecemasan dalam perjalanan dan bagaimana nak buat tuntutan. Jadi di sini kami huraikan secara mudah proses membuat tuntutan insurans perjalanan.
Apa Yang Perlu Dibuat Sekiranya Berlaku Kecemasan Dalam Perjalanan
Jika perkara kecemasan itu perlu kepada perhatian perubatan, hubungi hospital tempatan dan minta bantuan segera – keselamatan peribadi adalah keutamaan nombor satu.
Lepas itu, beritahu pihak berkuasa tempatan (contohnya, dalam hal kecurian, pihak polis) dan terangkan situasi anda. Anda juga perlu hubungi syarikat insurans anda paka ketika ini. Biasanya syarikat insurans akan membantu anda berkenaan prosedur menangani kecemasan itu.
Perkara Yang Anda Perlu Sediakan Untuk Tuntutan Insurans Perjalanan
Seperti lain-lain tuntutan insurans, ada perlu sediakan maklumat yang diperlukan. Ini termasuk, dokumen perjalanan dan peribadi. Lain syarikat insurans mungkin lain perkara yang diperlukan dalam memproses tuntutan anda. Namun, untuk memastikan tuntutan anda cepat diproses dan diluluskan, kami telah menyenaraikan dokumen yang kebanyakan syarikat insurans minta:
- Dokumen pengenalan peribadi (seperti pasport dan kad pengenalan, dll)
- Borang tuntutan perjalanan – boleh di dapti dari laman web syarikat insurans perjalanan tersebut. Pastikan borang ini diisi dengan betul dan lengkap.
- Jadual perjalanan anda
- Tiket kapal terbang dan pas masuk
- Maklumat begasi – dalam kes tuntutan begasi rosak atau hilang, sediakan senarai barang hilang, nilainya dan juga gambar begasi yang rosak.
- Dokumen perubatan (contohnya laporan perubatan, sijil kematian, dll) – untuk tuntutan perubatan atau kematian.
- Laporan polis – untuk kes kecurian
- Bil-bil, invois, resit yang berkenaan (contohnya, invois perubatan, resit hotel)
- Pemberitahuan dari syarikat penerbangan – sebarang komunikasi yang dikeluarkan untuk memberitahu pasal penangguhan atau lain-lain masalah
Proses Tuntutan Insurans Perjalanan Di Malaysia
Berikut adalah diagram ringkas tentang apa yang berlaku bila anda mengemukaan tuntutan insurans perjalan anda: