Cara Terbaik Mencegah Penipuan Kad Kredit

by
Tags:

Apa yang patut dan yang tak patut anda buat untuk lindung diri dari penipu

Penipuan kad kredit secara ringkasnya ialah satu bentuk pencurian identiti. Sedang penggunaan kad plastik ini menjadi begitu penting dalam masyarakat kita, terutamanya di kalangan golongan dewasa yang bekerja, ancaman menjadi mangsa penipuan kad kredit menjadi semakin menggerunkan.

Mahupun demikian, transaksi kad kredit semakin meningkat tahun demi tahun. Oleh itu, cara mencegah dan langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelak dari menjadi mangsa kepada penipuan tersebut.

Di bawah adalah senarai langkah dan tip yang anda boleh manfaatkan untuk mengelak dari menjadi menjadi mangsa penipuan kad kredit:

PERKARA PERLU DIBUAT

  1. Tanda tangan di belakang kad kredit anda setelah menerimanya.
  2. Hafal nombor PIN, dan pastikan ia tak dapat diaskes oleh orang lain.
  3. Simpan kad kredit anda dengan selamat dalam dompet anda, di tempat yang anda akan cepat perasan kalau ia hilang.
  4. Simpan nombor telefon pengeluar kad kredit anda (iaitu bank anda) dalam buku alamat supaya anda boleh hubungi mereka segera sekiranya anda dirompak (selisih malaikat 44!) atau sekiranya kad kredit anda hilang.
  5. Hubungi bank sebaik sahaja anda syak ada sesuatu yang tak kena. Jadi paranoid tak mengapa.
  6. Beritahu bank sebaik sahaja anda bertukar alamat.
  7. Pastikan anda kerat dua atau lebih kad kredit yang telah tamat tempoh.
  8. Dalam hal di mana arahan tertentu telah dibuat (contohnya debit terus), pastikan anda menyimpan salinan semua komunikasi /rekod untuk rujukan di kemudian hari.
  9. Koyak semua slip sebelum anda membuangnya. Atau bakar saja.
  10. Berhati-hati setiap kali anda guna kad kredit dan cuba pastikan ia tak hilang dari pandangan anda. Dapatkan ia kembali ke tangan anda secepat mungkin.
  11. Pencuri dapat menangkap gambar kad kredit anda dalam sekelip mata, jadi jangan biarkan kad anda terdedah lebih lama dari patut.
  12. Semak perincian atas slip transaksi sebelum anda menanda tanganinya.
  13. Sentiasa semak jumlah sebelum menanda tangani resit kad kredit. Jangan sekali-kali tanda tangan resit kosong.
  14. Disarankan anda guna kad kredit yang sama untuk semua transaksi atas talian.
  15. Semasa buat transaksi atas talian, pastikan anda baca polisi kerahsiaan syarikat berkenaan untuk pastikan maklumat yang anda beri akan dirahsiakan.
  16. Semak email anda selepas buat pembelian atas talian sebab peniaga atas talian biasanya akan hantar email pengesahan atau komunikasi berkenaan dengan pesanan anda.
  17. Simpan semua slip transaksi anda serta juga pengesahan transaksi internet supaya anda dapat padankannya dengan penyata bulanan yang anda terima.

PERKARA JANGAN DIBUAT

  • Jangan pinjamkan kad kredit anda kepada orang lain. Jika perlu, buat bayaran untuk mereka dan dapatkan bayaran balik dari mereka.
  • Jangan beri maklumat kad kredit anda kepada orang lain, kecuali anda tahu mereka adalah orang yang anda percayai.
  • Jangan hantar maklumat peribadi berkenaan kad kredit melalui email.
  • Jangan layan SMS atau panggilan dari orang yang tak dikenali meminta maklumat kad kredit. Sekiranya ada orang buat panggilan meminta anda mengesahkan nombor sekuriti di belakang kad anda (tiga nombor terakhir), anda perlu terus hentikan panggilan itu. Bank Negara menasihatkan bahawa tiada syarikat boleh buat panggilan dan minta maklumat kad kredit atau maklumat perbankan anda. Sesiapa yang berbuat demikian dianggap penipu dari segi undang-undang.
  • Jangan sekali-kali biarkan kad kredit atau resit bersepah-sepah. Walaupun resit nampak tak penting bagi pemerhati biasa, kaki penipu akan menggunakan maklumat mudah itu untuk menipu mangsa yang tidak menyedarinya.
  • Jangan guna komputer awam untuk buat sebarang transaksi atas talian, jika boleh.

Ada tip lain nak lindung diri dari penipuan kad kredit? Senaraikan tip-tip anda dalam komen di bawah!

Ataupun baca lebih lanjut tentang 5 kesilapan kad kredit yang biasa orang buat.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image