Panduan Langkah Demi Langkah Dalam Membuat Pindahan Baki Kad Kredit
Seperti usaha-usaha lain yang memerlukan borang, melakukan Pindahan Baki Kad Kredit mungkin dilihat sebagai urusan yang rumit terutama jika anda tidak berpengalaman dengan produk-produk kewangan.
Tetapi jika anda sudah membuat perbandingan kadar-kadar faedah ditawarkan oleh syarikat-syarikat kad kredit yang berbeza dan telah membuat pengiraan untuk mengetahui yang mana akan memberi manfaat kepada anda dalam jangka masa panjang; anda mungkin ingin merujuk kepada Panduan Langkah Demi Langkah kami di bawah untuk mengetahui bagaimana anda boleh beralih dengan mudah dari satu kad kredit ke kad kredit yang lain.
Panduan Membuat Pindahan Baki Kad Kredit
Langkah 1 | Membuat sekurang-kurangnya bayaran minimum bagi bil-bil terkini kad kredit anda. |
Langkah 2 | Pergi ke syarikat kad kredit baru anda dengan salinan penyata terkini kad kredit. Dengan pegawai yang bertugas, buat perancangan untuk membayar baki yang dipindahkan. Pastikan anda memahami semua caj-caj, faedah-faedah dan syarat-syarat. |
Langkah 3 | Apabila sudah berpuas hati sepenuhnya dengan Langkah 2, daftar untuk kad baru dan lengkapkan borang pindahan baki. |
Langkah 4 | Sementara menunggu pengesahan daripada syarikat baru kad kredit anda, pastikan anda terus membuat sekurang-kurangnya bayaran minimum bagi kad kredit lama anda sebelum tarikh yang ditetapkan. |
Langkah 5 | Dalam tempoh dua minggu bekerja atau kurang dari itu, anda sepatutnya menerima pengesahan akaun kad kredit baru anda dan notis pindahan baki. |
Langkah 6 | Hubungi syarikat kad kredit lama anda atau tunggu penyata terkini untuk memastikan pindahan baki dinyatakan dalam akaun lama anda. Jika anda memindahkan SEMUA baki ke kad baru anda, penyata terkini dalam kad lama anda sepatutnya mempunyai baki kosong. |
Langkah 7 | Jika ia memanfaatkan anda, batalkan kad kredit lama anda. Tetapi pastikan and faham bagaimana ia boleh memberi kesan kepada anda. |
Langkah 8 | Pindahan baki anda berjaya. Teruskan komitmen membayar secara bulanan bagi kad baru anda untuk mengelak perkara-perkara yang tidak diingini. |
Suka artikel ini? Anda juga mungkin ingin mengetahui kebenaran yang mengejutkan tentang perbelanjaan kad kredit di Malaysia.
Menghadapi kesulitan untuk memilih kad kredit yang menawarkan pindahan baki terbaik? Anda mungkin ingin daftar masuk ke carta perbandingan pindahan baki iMoney untuk menentukan pilihan yang sesuai bagi keperluan anda.