Kepesatan Penasihat Robo Di Malaysia, Panduan Pelabur Baru

by
Kepesatan Penasihat Robo Di Malaysia, Panduan Pelabur Baru

Memang tidak diragukan lagi istilah ‘robo-advisor’ merupakan terma semasa yang hangat dalam dunia pelaburan Malaysia. Topik ini bukan sesuatu yang baharu bagi para pelabur di luar sana.

Pada tahun 2017, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah memperkenalkan rangka kerja kawal selia bagi memudahkan perkhidmatan Pengurusan Pelaburan Digital. Ini telah menjadi garis panduan pelesenan yang bertujuan untuk menawarkan servis pengurusan dana berautomasi kepada pelabur. Dalam erti kata lain, usaha ini bertujuan untuk mengelola pengurusan pelabur dengan memberi saluran dan akses yang lebih mudah.

Rakyat Malaysia boleh mengambil contoh terkini dari negara Singapura, untuk melihat kepesatan konsep robo-advisor. Carian ringkas tentang robo-advisor di Singapura, akan menunjukkan beberapa pemain utama industri, yang terdiri daripada pembekal tempatan dan juga antarabangsa.

Sesetengahnya datang daripada pecahan pengurusan dana berlesen dan firma pengurusan kewangan yang terkemuka, ada juga yang terlibat sebagai penasihat kewangan digital yang berlesen.

Antara syarikat robo-advisor yang sedang beroperasi di negara republik tersebut adalah syarikat tempatan Singapura sendiri iaitu Smartly Pte Ltd, dan juga syarikat India iaitu Valuefy Solutions dan Main Street Capital Sdn Bhd. Mereka dilaporkan berhasrat untuk mengembangkan operasi di Malaysia. StashAway, yang berpusat di Singapura, merupakan robo-advisor pertama yang menawarkan servis robo-advisor di Malaysia. StashAway telah melancarkan platform robo-advisor pertamanya pada November 2018, selepas berjaya mendapatkan Lesen Pengurusan Pelaburan Digital yang telah diluluskan oleh SC.

Jika ini tidak menarik perhatian anda, bermakna anda memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam tentang servis robo-advisor. Memang tidak dinafikan bahawa ini merupakan salah satu penemuan terbesar buat industri kewangan. Fenomena ini telah menarik perhatian sedunia dengan pantas sejak sedekad yang lalu.

Apa itu robo-advisor?

Sebelum kita fahami dengan lebih dalam tentang topik ini, apakah itu robo-advisor? Sesiapa saja boleh meneka bahawa terdapat elemen robot hanya berdasarkan terma ‘robo-advisor’.

Dalam istilah awam, robo-advisor merujuk kepada aplikasi algoritma untuk pengurusan perancangan kewangan atau servis pengurusan pelaburan buat para pelabur dengan kadar campur tangan manusia yang minimum.

Secara ringkas, bayangkan dahulu anda boleh dapatkan nasihat daripada penasihat pelaburan kewangan secara bersemuka. Penasihat anda juga akan memberikan perancangan kewangan peribadi yang unik mengikut keperluan dan matlamat kewangan anda.

Walaupun ciri khusus ini belum lagi tersedia secara maya buat masa sekarang, fungsi robo-advisor sentiasa diperbaiki dan dinaiktaraf seiring dengan aliran dan peredaran industri pelaburan. Permintaan robo-advisor yang semakin meningkat pasti akan menemukan potensi dan ciri yang lebih baharu dan terperinci.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Robo-advisor berpotensi untuk menjadi sehebat seperti berinteksi dengan seorang manusia. Mereka mereplikakan fungsi seorang penasihat kewangan manusia pada tahap asas, tapi pada kadar yang lebih luas. Keutamaan robo-advisor adalah memberi nasihat dan cadangan kepada pelabur dari segi peruntukan aset portfolio.

robo-advisor boleh memilih jenis pelaburan, memperuntuk dan mengimbang portfolio pelaburan secara automatik berdasarkan pilihan dan matlamat kewangan pengguna. robo-advisor juga mengumpul maklumat klien melalui kajian soal selidik dalam talian tanpa interaksi manusia.

Apakah manfaatnya?

Industri robo-advisor telah berkembang pesat sejak kemunculan robo-advisor yang pertama di dunia, iaitu Betterment pada tahun 2018. Menurut Statista, aset di bawah pengurusan industri robo-advisor dilaporkan berjumlah 398 bilion USD pada tahun 2018. Dan jumlah ini dijangkakan bertambah dengan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 38.2% untuk mencapai 1.5 trilion USD pada tahun 2022.

Mungkin anda terfikir “Mengapa robo-advisor sangat menarik?” “Apakah manfaat dan kelebihan penggunaan robo-advisor?”

Berikut adalah 4 kelebihan utama penggunaan robo-advisor untuk mengurus pelaburan portfolio anda.

1. Fi yang rendah

Sedekad yang lalu, nasihat kewangan profesional hanya boleh didapatkan oleh pelabur yang berpengetahuan luas atau individu nilai bersih yang tinggi disebabkan fi yang sangat tinggi.

Kini, kelebihan penggunaan robo-advisor yang paling menguntungkan adalah kadar fi yang rendah.

Kebiasaannya, fi robo-advisor lebih rendah berbanding servis penasihat kewangan peribadi. Walaupun begitu, pengurusan pelaburan portfolio anda masih akan diuruskan secara profesional dan cekap.

Kebanyakan robo-advisor di dalam pasaran hari ini menawarkan fi jualan 0% dengan fi tahunan bermula dari 0.5% sehingga 1%. Sebagai contoh, StashAway mengenakan fi tahunan pengurusan bermula dari 0.2% sehingga 0.8% di Malaysia.

Bagi kemasukan pelabur baharu, kos robo-advisor jauh lebih jimat kerana tiada orang tengah.

2. Syarat pelaburan yang rendah

Robo-advisor hanya memerlukan wang kemasukan pelaburan yang rendah di seluruh industri.

Sehingga baru-baru ini di Asia Tenggara, penggunaan servis pengurusan kewangan masih menjadi hak istimewa kepada individu bernilai bersih yang tinggi yang mempunyai beratus ribu mata wang Amerika.

Servis nasihat kewangan peribadi seperti ini sememangnya tidak tersedia bagi mereka yang ingin melabur dengan hanya beberapa ratus atau ribu ringgit sehinggalah wujudnya servis pengurusan kewangan digital.

Sebagai contoh, StashAway tidak memerlukan kadar minimum bagi pelabur yang ingin memulakan pelaburan di Malaysia manakala Smartly hanya memerlukan pelaburnya di Singapura untuk memulakan pelaburan serendah 50 SGD setiap bulan, termasuk Dana Dagangan Bursa (ETF) yang sebelum ini tidak terbuka kepada pelabur kecil.

Layari StashAway untuk keterangan lanjut. Para pembaca iMoney boleh menikmati fi diskaun apabila anda mendaftar akaun melalui link ini. Anda diingatkan untuk membuat pembacaan dan kajian yang menyeleruh sebelum melabur.
Seperti yang diketahui oleh rakyat Malaysia, jika anda ingin berhubung bersama perancang kewangan yang diiktiraf, permohonan anda mungkin akan ditolak jika ia tidak menepati kadar minimum.

Hakikatnya, apa yang penting adalah wang yang akan digunakan apabila berurusan dengan robo-advisor.

3. Tidak perlu pengetahuan kewangan yang terperinci

Konsep robo-advisor adalah penggunaan kecerdasan buatan untuk menguruskan portfolio pelaburan. robo-advisor mencontohi cara manusia berfikir dan mengambil langkah mengikut situasi yang berbeza menggunakan kecerdasan buatan.

Apa yang lebih menarik adalah robo-advisor menggunakan Teori Portfolio Moden. Tujuannya adalah untuk memaksimumkan pulangan yang dijangka berdasarkan tahap risiko walaupun ia terus berkembang dengan lebih banyak teori dan data yang luas.

Adakah kesemua istilah jargon ini sesuatu yang baharu bagi anda? Ia seperti tidak memberikan tanggapan yang menarik tentang penggunaan robo-advisor.

Tetapi, adakah anda tahu bagaimana kapal terbang berfungsi sebelum anda menaikinya untuk melancong ke destinasi anda?

Mana-mana pelabur kecil boleh menggunakan robo-advisor dengan hanya beberapa klik. Apa yang penting adalah kekukuhan strategi pelaburan robo-advisor pilihan anda.

Anda boleh rujuk sejarah pulangan dengan alternatif pelaburan yang lain. Selain itu, guna kaedah pengujian semula untuk menganggar ketepatan robo-advisor.

4. Melabur tanpa emosi

“Apa kata kita tunggu sampai stok naik semula, tak mungkin harga akan jatuh lagi.” Macam pernah dengar? Salah satu kesilapan terbesar yang dilakukan para pelabur adalah berharap yang terbaik.

Kebiasaannya pelabur akan risau setiap kali pasaran saham jatuh. Mereka juga selalu teruja apabila pasaran saham meningkat mendadak. Inilah yang dimaksudkan tindakan yang ‘tidak berfikiran jauh’ yang sering berlaku di dalam pasaran saham.

“Elak menyalahtafsir aliran saham dan tumpukan perhatian kepada matlamat jangka panjang.” Tidak semudah itu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang senang terpengaruh.

Ini merupakan senario yang sempurna bagi robo-advisor. Proses pelaburan dilakukan secara automatik apabila anda menggunakan robo-advisor. robo-advisor menggunakan aturan yang telah diprogramkan tanpa pengaruh emosi manusia apabila membuat keputusan. Semua ini boleh dinikmati sambil menggunakan telefon pintar atau komputer riba anda untuk perkara lain.

Senarai platform robo-advisor yang berlesen

Setakat ini, terdapat 8 robo-advisor di Malaysia atau juga dikenali sebagai pengurusan pelaburan digital yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Sekiranya anda berminat untuk mencuba pelaburan ini, anda boleh semak senarai robo-advisor berlesen yang terbaik di Malaysia:

1. AkruNow

AkruNow adalah robo-advisor yang membantu para pelabur melabur dalam jumlah yang fleksibel dengan menyediakan nasihat pelaburan yang unik, lebih murah dan pantas. AkruNow ditubuhkan di Malaysia dan diuruskan oleh mereka yang berpengalaman luas dalam institusi perbankan pelaburan dan pengurusan kewangan. Platform ini menggunakan algoritma untuk menganalisis matlamat kewangan para pelabur dan kemudiannya menyediakan pelan pelaburan yang sesuai dengan mereka.

  • Jenis pelaburan: Ekuiti, bon, dan tunai.
  • Modal minimum: Tidak ditetapkan
  • Fi pengurusan tahunan: 0.2% hingga 0.7%

2. BEST Invest

BEST Invest adalah platform robo-pintar yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment). Sebenarnya, BIMB Investment ini adalah anak syarikat Bank Islam Malaysia Berhad, yang menawarkan pelbagai jenis kategori pelaburan. 

  • Jenis pelaburan: Semua jenis ekuiti, sukuk dan danan pasaran wang patuh Shariah
  • Modal minimum: RM10
  • Fi pengurusan tahunan: 0.5% hingga 1.8% 

3. myTHEO

myTHEO adalah robo-advisor versi THEO Japan, iaitu salah satu penasihat kewangan dan pengurusan aset terkemuka di Jepun. Prinsip strategi portfolio myTHEO direka khas demi untuk membantu pengguna mencapai matlamat jangka masa pendek dan panjang. 

  • Jenis pelaburan: Tunai, saham, bon, dan banyak lagi
  • Modal minimum: RM100
  • Fi pengurusan tahunan: percuma untuk tiga bulan pertama untuk pengguna baharu. Selepas itu 0.5% hingga 1%

4. Raiz

Tujuan utama Raiz diwujudkan untuk menjadikan pelaburan dan simpanan lebih mudah diakses oleh orang awam dengan menyediakan pelaburan mikro yang tidak memerlukan jumlah modal yang besar. Dengan aplikasi pelaburan Raiz, anda akan dapat melakukan pelaburan Lump Sum, Recurring, and Round-Ups (ciri utama).

  • Jenis pelaburan: Tiga dana unit amanah oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Sara 1, ASN Imbang 2, dan ASN Ekuiti 3.
  • Modal minimum: RM5
  • Fi pengurusan tahunan: 
    • Yuran akaun bulanan sebanyak RM1.50 jika jumlah akaun kurang daripada RM6,000 pada akhir setiap bulan.
    • Yuran 0.3% setahun perlu dibayar jika akaun berjumlah RM6,000 dan ke atas.

5. StashAway

StashAway adalah platform pelaburan digital yang asalnya ditubuhkan di Singapore. Platform StashAway menggunakan algoritma dan data, serta memperibadikan perancangan kewangan dan pengurusan portoflio untuk memenuhi keperluan pelabur kecil dan profesional. Strategi pengurusan risiko mereka, Economic Regime-based Asset Allocation (ERAA), direka untuk memaksimumkan pulangan jangka panjang pelanggan.

  • Jenis pelaburan: Tiga dana unit amanah oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Sara 1, ASN Imbang 2, dan ASN Ekuiti 3.
  • Modal minimum: RM5
  • Fi pengurusan tahunan: Dari 0.2% hingga 0.8%.

6. Versa

Sebuah lagi platform pelaburan digital yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti iaitu Versa. Platform ini membanV   tu mengubah wang tunai pasif anda kepada potensi penjanaan wang melalui kadar pulangan yang menguntungkan berbanding pelaburan Deposit Tetap. Dengan Versa, anda boleh lakukannya dengan cara anda sendiri dan menikmati kebebasan untuk mengeluarkan simpanan anda pada bila-bila masa sahaja tanpa dikenakan penalti.

  • Jenis pelaburan: Dana pasaran wang
  • Modal minimum: RM1
  • Fi pengurusan tahunan:
    • 0.30% untuk fi pengurusan tahunan.
    • 0.05% untuk fi pemegang amanah tahunan.

7. Wahed Invest

Wahed Invest merupakan salah satu syarikat teknologi pertama di dunia yang menyediakan akses kepada pelaburan Islamik di lebih 130 negara. Di Malaysia, Wahed Invest beroperasi sebagai robo-advisor yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Platform ini menyediakan khidmat nasihat kewangan digital berdasarkan peraturan atau algoritma matematik.

  • Jenis pelaburan: Saham global, saham pasaran baharu, hartanah, sukuk, dan emas
  • Modal minimum: RM100
  • Fi pengurusan tahunan: 0.39% hingga 0.79

8. Kenanga Digital Investing

Kenanga Digital Investing adalah sebuah lagi platform penasihat robo yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada Februari 2022. Kenanga Digital Investing menawarkan dua jenis platform penasihat robo iaitu KDI Save dan KDI Invest. Dengan kedua-dua platform ini, pengguna dapat menguruskan pelaburan mereka di mana-mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa melalui aplikasi telefon pintar pengguna.

KDI Invest

  • Jenis pelaburan: Saham global, Dana Dagangan Bursa (ETF) Amerika Syarikat
  • Modal minimum KDI Invest: RM250
  • Fi pengurusan tahunan KDI Invest: 0.3% hingga 0.7% untuk pelaburan melebihi RM3,000

KDI Save

  • Jenis pelaburan: Saham global, pasaran berkualiti tinggi yang berasaskan Ringgit Malaysia
  • Modal minimum: RM100
  • Fi pengurusan tahunan: 4%

Yang manakah sesuai untuk anda?

Tidak dinafikan bahawa kewujudan robo-advisor telah memberi manfaat penting kepada para pelabur baharu terutamanya golongan milenial. Peningkatan penggunaan robo-advisor merupakan titik perubahan bagi industri pengurusan pelaburan di Malaysia. Penggunaan robo-advisor sememangnya akan mengubah servis pengurusan dana tradisional di Malaysia pada tahun-tahun akan datang.

Para pelabur pasaran kapital harus memperhebatkan pengurusan kewangan mereka untuk kekal bersaing bersama firma robo-advisor.

Harus diingatkan setiap pelaburan mempunyai kaedah dan pengurusan yang berlainan. Dan setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri. Anda harus berwaspada terhadap setiap pembacaan dan kajian yang dilakukan.

Yang paling penting adalah sikap keterbukaan dalam memahami bagaimana robo-advisor boleh memberi manfaat kepada anda.

* Artikel ini telah dikemaskini pada Oktober 12, 2023.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image