Refinance Rumah: Apakah Ia Dan Mengapa Anda Perlukannya

by
Tags:
Pembiayaan semula adalah cara terbaik untuk mengurangkan ansuran bulanan pinjaman rumah.

Pembiayaan semula adalah cara terbaik untuk mengurangkan ansuran bulanan pinjaman rumah.

Pembiayaan semula adalah istilah yang sering digunakan dalam urusan pinjaman rumah. Sesetengah orang melakukannya untuk mengurangkan secara strategik faedah-faedah yang mereka bayar untuk rumah-rumah mereka; manakala yang lain melakukannya untuk mempunyai baki wang yang lebih untuk perbelanjaan bulanan mereka.

Jika anda mempertimbangkan secara aktif untuk melakukan perubahan ke atas pinjaman rumah anda bagi kesesuaian keperluan-keperluan kewangan semasa anda, teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembiayaan semula pinjaman rumah.

Apa itu Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah?

Pembiayaan semula pinjaman rumah merujuk kepada penukaran pinjaman rumah yang sedia ada dengan pinjaman baru di bawah syarat dan terma yang berlainan. Dalam istilah biasa, fikirkannya seperti meminjam wang sekali lagi untuk membayar hutang anda dalam akaun pinjaman rumah anda yang sedia ada.

Kelebihan-Kelebihan Membiayai Semula Pinjaman Rumah Anda

Mengurangkan Faedah Pinjaman Rumah Anda
Mengambil kesempatan atas perubahan dalam Kadar Pinjaman Asas (yang mempengaruhi kadar faedah pinjaman rumah), pembiayaan semula adalah cara terbaik untuk mengurangkan ansuran bulanan pinjaman rumah anda sekiranya anda memohon ketika KPA menurun atau ketika kadar faedah yang lebih baik ditawarkan oleh bank.

Contoh: katakan pinjaman rumah anda mempunyai kadar faedah tetap 6.6% p.a., dan kadar faedah semasa bagi pembiayaan semula ialah 4.4%; anda akan membayar kurang 2.2% faedah setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman anda  jika anda memilih pembiayaan semula.Melihat secara perspektif, 2.2% daripada RM400,000 (cth nilai unit kondo kos sederhana di Cheras) adalah RM8,800!

Melanjutkan Tempoh Pinjaman Anda
Pembiayaan semula pinjaman rumah membolehkan anda mengubah tempoh pinjaman anda bergantung kepada keperluan semasa anda. Jika anda mempunyai isu-isu aliran wang bulanan, mengambil pelan pembiayaan semula dengan tempoh pinjaman yang lebih panjang membolehkan anda membayar dengan jumlah wang yang lebih kecil dalam ansuran bulanan, dan meninggalkan lebih banyak baki daripada pendapatan bulanan anda untuk kegunaan peribadi. Ini sangat berguna terutamanya bila komitmen anda bertambah, seperti membeli kereta baru atau membayar kemasukan anak ke pendidikan tertiari.

homeloan-728x90-bm

Memendekkan Tempoh Pinjaman Anda
Sebagai sambungan daripada poin sebelum ini, katakan anda sekarang lebih stabil dari segi kewangan berbanding dengan pertama kali anda mengambil pinjaman rumah, dan anda berfikir untuk mengurangkan tempoh pinjaman anda (cth daripada 30 tahun ke 10 tahun) untuk menjimatkan kos faedah anda; pembiayaan semula pinjaman rumah adalah pilihan yang membolehkan anda berbuat demikian, terutamanya jika anda pada ketika ini terlibat dengan pakej pinjaman rumah tanpa pilihan-pilihan bayaran pendahuluan yang fleksibel.

Bertukar Daripada Kadar Tetap ke Kadar Bolehubah Dan Sebaliknya
Bergantung kepada jenis pakej yang anda pilih, pinjaman rumah anda mungkin menawarkan kadar faedah tetap (di mana faedah adalah tetap sepanjang tempoh pinjaman tidak kira apa jua keadaan pasaran) atau kadar faedah bolehubah (di mana kadar faedah naik atau turun mengikut kadar pasaran). Kadar tetap tidak merisaukan anda sepanjang tempoh pinjaman disebabkan cirinya yang sudah dijangka; manakala kadar bolehubah membolehkan anda membayar dengan jumlah wang yang sedikit bagi pinjaman rumah anda bergantung kepada keadaan pasaran yang sesuai. Dengan pembiayaan semula pinjaman rumah, anda berupaya untuk bertukar daripada satu pakej ke pakej lain yang sesuai bagi strategi-strategi kewangan semasa anda.

Satukan Hutang-hutang Anda
Pemilik-pemilik dengan beberapa hartanah akan bersetuju yang ia adalah satu perkara yang agak susah untuk sentiasa memantau setiap satu akaun pinjaman rumah anda. Jika anda juga membayar balik beberapa pinjaman rumah yang berbeza pada masa yang sama, pelan pembiayaan semula sekali sahaja membolehkan anda untuk menyatukan kesemuanya ke satu akaun, jadi anda akan menerima satu penyata dan membuat satu bayaran setiap bulan. Kepada sesetengah orang: kemudahan ini saja sudah cukup berbaloi untuk mendapatkan pelan pembiayaan semula.

Suka artikel ini? Anda juga mungkin ingin mengetahui 6 perkara yang anda patut pertimbangkan apabila membuat pinjaman rumah untuk membeli rumah di Malaysia.

Secara alternatif, pergi ke carta perbandingan pinjaman rumah kami untuk mendapatkan kadar-kadar faedah terbaik untuk pinjaman rumah anda sekarang.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image