Pemindahan Baki Kad Kredit: Apakah Manfaatnya?

by
Tags:

Bertimbun hutang kad kredit? Tak larat lagi nak berdepan dengan caj kewangan melampau yang dikenakan atas baki belum jelas? Anda mungkin kena fikir masuk Program Pemindahan Baki Kad Kredit, yang akan mengurangkan bayaran faedah yang anda kena bayar atas baki kad kredit anda.

Apa dia Pemindahan Baki Kad Kredit?

Seperti namanya, Pemindahan Baki Kad Kredit ialah pemindahan baki belum jelas dalam akaun kad kredit anda kepada akaun kad kredit baru dengan bank baru (atau syarikat kad kredit baru).

Manfaat mengikuti program Pemindahan Baki Kad Kredit

Kadar faedah rendah
Bank dan syarikat kad kredit rancak menggalakkan Pemindahan Baki Kad Kredit sebagai cara menarik pelanggan berpindah kepada mereka. Jadi mereka selalunya menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding dengan yang dikenakan oleh bank sedia ada anda. Ringkasnya, anda akan membayar bil kad kredit yang lebih rendah dalam jangka panjang.

Tempoh tanpa faedah
Banyak syarikat kad kredit akan memberi tempoh tanpa faedah kepada pelanggan Pemindahan Baki Kad Kredit (iaitu, baki belum jelas anda tidak dikenakan faedah untuk tempoh tertentu). Bergantung kepada syarikat kad kredit yang anda pilih, tempoh tanpa faedah boleh jadi beberapa bulan atau beberapa tahun.

Penyatuan beberapa akaun kad kredit
Bagi mereka yang mempunyai sebilangan kad kredit, Pemindahan Baki Kad Kredit membolehkan anda menyatukan akaun-akaun kad kredit anda menjadi satu akaun. Anda tak perlu lagi mengingati pelbagai tarikh bayaran dan pelbagai fasal syarat setiap kad kredit…yang mana akan meringkas dan memudahkan anda mengurus penggunaan kad.

Mengurus hutang kad kredit
Melalui proses mencari kadar faedah yang paling rendah dan memilih pelan yang paling sesuai, Pemindahan Baki Kad Kredit memaksa anda meneliti kedudukan sebenar akaun kad kredit anda. Jika anda buntu bagaimana nak bayar balik baki yang telah terkumpul selama beberapa tahun, Pemindahan Baki Kad Kredit mungkin dapat bantu memulakan penyelesaiannya.

Suka artikel ini? Anda mungkin nak tahu dengan lebih mendalam pasal apa yang anda perlu tahu tentang pemindahan baki kad kredit.

Selain itu, lihat jadual perbandingan pemindahan baki iMoney dan pilih yang sesuai untuk anda!

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image