Baru Nak Guna Kad Kredit? Elak Daripada Ditipu Dengan 3 Penipuan Kad Kredit Ini

by
Baru Nak Guna Kad Kredit? Elak Daripada Ditipu Dengan 3 Penipuan Kad Kredit Ini

Sesiapa sahaja yang menggunakan kad kredit, pasti tahu tentang manfaat dan kelebihan yang diberikan oleh kad kredit. Tetapi, tahukah anda terdapat banyak sindiket penipuan kad kredit yang mendedikasi kehidupan mereka untuk menipu orang ramai. Mereka mengaut keuntungan ribuan ringgit dengan hanya mencuri maklumat kad kredit anda. 

Berikut adalah beberapa cara penipuan sindiket ini:

1. Jangan beri pelayan restoran kad kredit anda

Mengapa ada antara kita yang memberi kad kredit kita kepada pelayan restoran semasa hendak membuat pembayaran? Bukankah lebih elok jika anda meminta pelayan tersebut membawa mesin kad kredit ke meja anda. 

Ini kerana dalam beberapa saat, pelbagai maklumat kad kredit anda boleh diceroboh oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimana mereka menipu anda?

  • Mengubah bil transaksi makanan anda
  • Mengambil dan mengedar gambar kad kredit anda
  • Mengumpul nombor tiga digit terakhir di belakang kad anda

Jika tiada pilihan lain selain memberikan kad kredit, anda sangat digalakkan untuk menyemak resit pembayaran dan transaksi anda dan pastikan ia tidak diubah oleh pihak restoran. 

2. Peguam diperdaya RM115,000 oleh Macau Scam

Siapa yang tidak kenal dengan Macau Scam, atau sindiket penipuan Macau. Modus operandi Macau Scam sangat ringkas – scammer akan membuat panggilan telefon dengan menyamar menjadi seorang pegawai pihak berkuasa sama ada dari mahkamah, institusi kewangan, Bank Negara atau pun jabatan polis dan kastam. 

Itulah apa yang terjadi kepada seorang peguam di Negeri Sembilan, yang terdaya oleh sindiket Macau Scam. Mangsa ditipu dengan beberapa panggilan palsu yang kononnya kad kredit beliau telah digunakan oleh pihak lain.  

Dalam perbualan yang sama, dia telah memberikan maklumat tiga akaun bank miliknya kepada suspek, termasuklah nombor ID perbankan dalam talian, nombor pin dan nombor kad. Transaksi berjumlah RM115,000 dikeluarkan daripada ketiga-tiga akaun milik mangsa menggunakan butiran kad kredit.

Kes ini boleh dielakkan jika beliau lebih berhati-hati dalam memberikan maklumat kad kredit. Ingat, jangan terlalu mudah untuk memberi kata putus atau menjawab soalan peribadi  melalui panggilan telefon.

3. Curi, cetak, dan simpan 18 maklumat kad kredit

Awal tahun ini, Mahkamah Majistret Taiping menjatuhkan hukuman denda RM8,000 atau penjara lapan bulan terhadap Leong Yew Hong kerana menipu pihak bank dengan menggunakan maklumat pelanggan.

Leong mencetak dan menyimpan 18 maklumat kad kredit milik pelanggannya dan menyebabkan kerugian sebanyak RM563,422. Dia melakukan penipuan ini semasa mengadakan promosi jualan kad kredit. 

Kebiasannya, promosi jualan kad kredit sebegini dilakukan di pusat membeli-belah. Mereka memberikan promosi untuk produk yang mereka jual dan akan meminta maklumat peribadi anda termasuklah segala maklumat perbankan anda. Jika anda berminat dengan sesuatu produk yang dijual oleh mana-mana jurujual, fikir masak-masak sebelum menyerahkan kad kredit anda.

Tips tambahan untuk anda ‘jaga’ kad kredit

1. Muat turun aplikasi True Caller di telefon pintar anda

Setiap kali nombor yang tidak dikenali atau nombor yang anda tidak simpan menghubungi anda, True Caller akan mengenal pasti siapa, dari mana dan butiran panggilan tersebut.

2. Periksa penyata bil kad kredit anda setiap bulan

Jadikan satu tabiat untuk memeriksa penyata bil kad kredit dan perbankan anda secara dalam talian atau fizikal. Kenalpasti jika terdapat sebarang caj atau pengeluaran yang tidak diizinkan. 

3. Gunakan ‘Kill Switch’ untuk pengguna Maybank2u dan MAE

Ciri ‘Kill Switch’ adalah ciri keselamatan layan diri yang melindungi wang anda daripada penipuan dan kecurian dalam talian. Ciri ini meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian anda. Semua pengguna aplikasi MAE dan laman web Maybank2u boleh menggunakannya.

Ciri Kill SwitchCara Fungsi
Sekat Kad Debit (akan datang)Sekat semua transaksi keluar daripada Kad Debit Maybank anda.
Sekat Kad Kredit/CajSekat semua transaksi keluar daripada Kad Kredit/Caj Maybank anda.
Nyahaktifkan akses Maybank2u1. Anda akan dilog keluar secara automatik daripada semua sesi pada aplikasi MAE, Maybank2u MY dan laman web Maybank2u.

Cara pengaktifan ‘Kill Switch’

Terdapat dua cara untuk mengaktifkan ‘Kill Switch’. Sila ikut langkah-langkah yang berikut:

Aktifkan Kill Switch melalui aplikasi MAE

Langkah 1: Buka aplikasi MAE dan tekan ‘More’

Langkah 2: Tekan ‘Kill Switch’

Langkah 3: Pili ciri yang anda ingin – sekat atau nyahaktif

Langkah 4: Baca terma dan sahkan permintaan melalui Secure2u

Aktifkan Kill Switch melalui laman web Maybank2u

Langkah 1: Log masuk ke www.maybank2u.com.my

Langkah 2: Pergi ke ‘Settings’

Langkah 3: Klik ‘Security’ dan pilih ‘Kill Switch’

Langkah 4: Pilih ciri yang anda ingin – sekat atau nyahaktif

Langkah 5: Baca terma dan sahkan permintaan melalui Secure2u

Ciri ‘Kill Switch’ ini masih berterusan dan lebih banyak ciri-ciri keselamatan yang akan diperkenalkan oleh Maybank. Jika anda melakukan sekatan atau nyahaktifkan akaun anda, pengaktifan semula akaun akan memerlukan proses pengesahan identiti yang ketat oleh Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank (MGCC) atau mana-mana cawangan Maybank.

4. Gunakan ‘Lock Clicks ID’ untuk pengguna CIMB Clicks dan CIMB Octo

Juga, CIMB telah memperkenalkan ciri ‘Lock Clicks ID’ yang memberikan fungsi hampir sama seperti ciri ‘Kill Switch’ oleh Maybank. Selepas anda mengaktifkan ‘Lock Clicks ID’, anda masih boleh mengakses akaun anda di mesin ATM atau di mana-mana cawangan CIMB.

Sebagai pengguna CIMB, anda boleh mengaktifkan ciri ‘Lock Clicks ID’  melalui dua cara:

CIMB Clicks

  1. Log masuk ke aplikasi CIMB Clicks 
  2. Pergi ke ‘Services’ > pergi ke ‘Clicks Profile’ > tekan pada ‘Lock Clicks ID’
  3. Tekan ‘Approve’ di halaman pengesahan SecureTAC > tekan ‘Done’

CIMB OCTO

  1. Log masuk ke aplikasi CIMB OCTO
  2. Pergi ke ‘Services’ > pergi ke ‘Clicks Profile’ > tekan pada ‘Lock Clicks ID’ > tekan ‘Proceed’
  3. Tekan ‘Approve’ di halaman pengesahan SecureTAC > tekan ‘Done’

Selepas pengaktifan, anda akan menerima notifikasi mengenai pengaktifan tersebut. Untuk mengakses akaun anda, anda perlu menghubungi Consumer Contact centre CIMB dan melakukan beberapa pengesahan.

Secara tuntasnya, scammer kad kredit tidak akan berhenti daripada mencari jalan baru untuk mencuri maklumat kad kredit anda. Walaupun tiada jaminan untuk memastikan anda terlindung daripada penipuan kad kredit dengan sepenuhnya, anda masih boleh mengambil langkah berjaga-jaga.

Jika terdapat penipuan yang berlaku, anda perlu terus membuat panggilan ke syarikat kad kredit anda atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997.

Affin Bank03-8230 2222Hong Leong Bank03-7626 8899
Agrobank1300-88 2476HSBC1300-88 1388
Alliance Bank03-5516 9800Kuwait Finance House1300-888 534
AmBank03-2178 8888Maybank03-5891 4744
Bank Islam03-2690 0900MBSB03-2096 3000
Bank Muamalat03-2615 8000OCBC03-8317 5000
Bank Rakyat1300-80 5454Public Bank03-2177 3555
BNP Paribas Malaysia03-2179 8383RHB03-9206 8118
BSN1300-88 1900SME Bank03-2603 7700
CIMB03-6204 7788Standard Chartered1300-888 888
Citibank03-2383 0000UOB03-2612 8100

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image