Tambah Markah Skor Kredit Anda Dalam 12 Bulan

by
Tambah Markah Skor Kredit Anda Dalam 12 Bulan

Akhirnya anda sudah ambil keputusan untuk menyemak skor kredit anda dan mengetahui anda berada dalam lingkungan 500 markah. Ini satu angka yang memuaskan, dan sebenarnya tidak akan mendatangkan masalah kepada anda. Pada perspektif pihak bank pula, anda seorang pelanggan yang bertanggungjawab. Kadangkala anda terlepas membuat pembayaran bulanan, tetapi bukan secara sengaja.

Mungkin anda pernah mengeluh sambil berkatakan ‘Apa boleh buat’, tetapi sebenarnya anda hanya perlu usahakan sedikit sahaja lagi untuk menambah baik kategori skor kredit anda. Jadi, bagaimanakah caranya?

Mulakan dengan pelan

Situasi skor kredit anda mungkin sedikit rumit. Sukar untuk mengatakan anda mempunyai masalah pembayaran hanya kerana anda terlewat membayar beberapa ansuran bulanan. Dan walaupun anda sudah membayar ansuran bulanan mengikut waktu, skor kredit anda masih kekal pada kategori yang sama.

Mengapakah ini terjadi?

Barangkali ini berpunca kerana CCRIS tidak mempunyai maklumat yang cukup tentang anda. Mungkin juga berpunca kerana anda tidak mempunyai sejarah pinjaman kredit (kad kredit, pinjaman peribadi, dan lain-lain). Memang bagus untuk hidup tanpa hutang, tetapi ia tidak akan membantu anda untuk jangka masa yang panjang.

Atau pun, anda banyak terlepas membuat pembayaran ansuran pinjaman dan bil. Sama ada sengaja atau tidak; situasi ini telah memburukkan skor kredit anda.

Berdasarkan situasi tersebut, tindakan pertama adalah untuk menyemak semula skor kredit dan meneliti butiran pembayaran yang boleh diperbaiki. Syarikat perkhidmatan seperti Experian dan CTOS akan memberikan anda laporan kredit yang akan menerangkan sebarang pembayaran lewat dan/atau bil-bil yang tertunggak. Laporan tersebut juga akan menunjukkan sebarang hutang atau pinjaman semasa yang berada di bawah nama anda. Ingat, untuk mempunyai skor kredit yang baik, anda perlu membuat pinjaman kredit.

Bayar semula ansuran bulanan

Pertama sekali, anda perlu mendahulukan sebarang pembayaran yang terlepas. Ini merupakan masalah yang paling mudah untuk diselesaikan, lebih-lebih lagi jika jumlah pembayaran tersebut tidak besar. Rekod pembayaran anda meliputi 40% daripada skor kredit anda, jadi utamakan perkara ini untuk menambah baik skor kredit anda.

Ini merupakan perkara terpenting jika kebanyakan hutang anda melibatkan pinjaman tanpa cagaran. Walaupun anda boleh membuka pinjaman kredit yang lain (seperti yang akan diterangkan pada bahagian seterusnya), dan anda lebih digalakkan untuk menyelesaikan sebarang pinjaman tanpa cagaran terlebih dahulu.

Membuka pinjaman kredit yang lain

Bergantung pada situasi, anda mungkin perlu membina kredibiliti sebagai seorang peminjam untuk meyakinkan pihak bank bahawa anda mampu menyelesaikan pinjaman anda. Ini kebiasaannya dilakukan dengan memohon produk yang perlu dibayar secara ansuran; seperti kad kredit.

Anda juga boleh memohon pinjaman peribadi, tetapi hanya jika anda mampu. Mempunyai skor kredit hanya pada tahap yang memuaskan tidak akan memberikan anda kadar faedah atau keuntungan yang terendah, sebaliknya gunakan menggunakan taktik ini untuk memperbaiki skor kredit anda pada masa yang lain.

Juga, anda mungkin ingin meminjam pinjaman kenderaan jika anda ingin menukar kereta. Ini adalah pinjaman yang tersedia untuk anda dan ini adalah cara yang boleh membantu anda menjadi seorang yang boleh percayai.

Ingat, jangan berlebihan dengan strategi ini. Seperti yang diterangkan, skor kredit anda memberikan gambaran anda sebagai seorang peminjam kepada pihak bank, tetapi masih berisiko melanggar perjanjian. Ini bermaksud, pihak bank mungkin akan mengenakan caj kadar faedah yang lebih tinggi kepada anda sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam kata lain, bina skor anda perlahan-lahan. Tidak ada gunanya jika anda mengambil pinjaman yang banyak tetapi sukar untuk membayar ansuran bulanan.

Penyatuan hutang

Jalan paling selamat untuk anda membuka pinjaman kredit yang baharu adalah dengan membuat penyatuan hutang. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara, kebiasaannya ia dilakukan dengan menstrukturkan kesemua hutang anda di bahawa satu pinjaman atau pembiayaan yang baharu.

Salah satu kaedah penyatuan hutang adalah melalui kad kredit; sesetengah bank boleh memindahkan hutang anda kepada kad kredit yang baharu. Kebiasaannya, ia melibatkan pengurangan pembayaran kadar faedah supaya anda boleh melunaskan hutang anda.

Anda juga boleh melakukan penyatuan melalui pinjaman atau pembiayaan yang tidak memerlukan cagaran.

Selain itu, pembiayaan ekuiti rumah juga merupakan salah satu pilihan untuk mereka yang memiliki hartanah. Pembiayaan ekuiti rumah akan menggunakan nilai harga rumah anda sebagai cagaran untuk pinjaman rumah yang baharu, walaupun anda belum menyelesaikan pinjaman rumah anda.

Sikit-sikit, jadi bukit

Menambah baik skor kredit adalah sebuah proses yang memerlukan masa untuk membuahkan hasil. Kebiasaannya, perubahan skor kredit akan mengambil masa dua hingga tiga bulan. Jadi, anda perlu banyak bersabar dan bercermat dalam perbelanjaan.

Ikut perancangan kewangan dan semak skor kredit anda setiap tiga bulan atau lebih. Jangan streskan diri anda dengan menyemak halaman skor kredit setiap hari. Hanya usaha dan tawakal.

Skor kredit anda tidaklah seteruk yang disangkakan dan sebaliknya berada pada tahap yang boleh ditambah baik. Anda hanya perlu usaha sedikit sahaja lagi untuk mengubah skor kredit anda.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image