Penyakit Kritikal Boleh Menyerang Pada Bila-Bila Masa

by
Tags: , ,
perlindungan insurans

In partnership withPruBSN Takaful Sakinah

Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019, 50.1% rakyat Malaysia hari ini mengalami berat badan berlebihan atau obes, sekaligus berisiko menghidap penyakit kritikal. Ini bermaksud, satu dalam setiap dua rakyat Malaysia berkemungkinan menghidapi penyakit serius dan kritikal seperti serangan jantung atau kanser, kerana masalah berat badan berlebihan boleh  menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Ini boleh menyebabkan anda berada dalam situasi kewangan yang merisaukan kerana anda perlu menyelesaikan kos-kos perubatan untuk merawat penyakit-penyakit tersebut.

Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi risiko ini

Anda mungkin menyangka bahawa hanya golongan warga emas sahaja yang berhadapan dengan masalah ini, namun hakikatnya satu daripada tiga golongan milenial yang berumur 35 tahun dan ke atas lebih berisiko untuk menghidapi masalah penyakit jantung.

Generasi muda dan tua kedua-duanya berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit kritikal. Jadi, kita semua perlu mencuba dengan sebaik mungkin untuk kekal sihat.

Tips Mudah Untuk Mengurangkan Risiko Masalah Kesihatan
  1. Kesederhanaan adalah kunci pemakanan sihat – Penghasilan Pinggan Sihat Malaysia merupakan satu garis panduan yang menggalakkan pengambilan makanan dalam kadar suku pinggan untuk karbohidrat, suku pinggan untuk protein, dan setengah pinggan untuk buah-buahan atau sayur-sayuran.
  2. Awasi pengambilan karbohidrat – Walaupun karbohidrat penting untuk menjana tenaga tubuh badan kita, anda perlu menghadkan pengambilan karbohidrat yang mengandungi kadar gula yang tinggi seperti minuman manis serta makanan yang menggunakan gula yang diproses atau susu sejat.
  3. Sentiasa kekal aktif – Ini tidak bermaksud anda perlu menghabiskan masa berjam-jam untuk bersenam di gim. Anda hanya perlu melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
  4. Kesihatan mental juga penting – Masalah kesihatan mental yang disebabkan oleh tekanan juga sering dipandang ringan. Walaupun anda tidak boleh melepaskan tekanan dengan serta-merta, anda masih boleh mengurangkan tekanan anda dengan melakukan aktiviti yang menenangkan fikiran seperti bermeditasi atau mendengar lagu.

Malangnya, penyakit kritikal sering menimpa apabila tidak dijangka.

Penting untuk merancang perlindungan awal untuk diri dan keluarga

Menjaga kesihatan tubuh badan dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat sememangnya penting untuk kelangsungan hidup, namun ia tidak dapat membantu anda mengurangkan beban kewangan yang apabila menghidapi penyakit kritikal.

Kos perubatan merupakan kebimbangan utama dalam merawat penyakit kritikal, kerana kos perubatan boleh menelan belanja yang banyak dalam sekelip mata. Sebagai contoh, kos rawatan kanser boleh mencecah sehingga RM100,000 untuk kanser tahap 4, kos rawatan penyakit jantung seperti penggantian angioplasti dan stenting boleh mencecah sehingga RM45,000 dan kos rawatan utama strok boleh mencecah antara RM35,000 hingga RM75,000.

Selain daripada kos-kos rawatan tersebut, terdapat beberapa lagi kesan-kesan tidak langsung seperti:

  • kehilangan punca pendapatan kerana diberhentikan kerja yang akibat ditimpa penyakit
  • kesukaran untuk menampung kos sara hidup di samping kos-kos perubatan
  • keperluan kos rawatan susulan seperti penjagaan, terapi, perubahan diet dan lain-lain
  • tekanan atau trauma emosi untuk anda dan ahli keluarga

Kesemua kesan tersebut boleh meletakkan anda dalam situasi kewangan yang tidak baik sekiranya anda menghidapi penyakit kritikal. Sama ada anda berada dalam lingkungan 30-an dan tidak mempunyai kewangan yang kukuh atau bersara dan tidak mempunyai pendapatan tetap, penyakit kritikal akan memberikan kesan yang mendalam terhadap keadaan kewangan anda.

Oleh itu, dengan mengambil pelan penyakit kritikal seawal mungkin, anda dapat memastikan anda dan ahli keluarga mempunyai keselamatan kewangan untuk menampung kos-kos yang tidak dijangka serta memastikan ketenangan minda buat anda dan keluarga.

PruBSN Sinar adalah harapan anda dalam mengharungi cabaran kehidupan

Agak sukar untuk menemui pelan penyakit kritikal yang dapat menawarkan kesemua keperluan perlindungan anda, namun tidak mustahil. PruBSN Sinar menawarkan perlindungan yang boleh diubahsuai mengikut keperluan anda melalui pelbagai manfaat tambahan yang boleh disertakan. Jadi, anda dan ahli keluarga tidak perlu risau tentang masalah kewangan dan tekanan emosi sekiranya berlaku perkara di luar dugaan anda.

Antara manfaat-manfaat unik pelan ini termasuklah:

  • Pembayaran sekaligus jika berlakunya kematian atau kehilangan upaya kekal
  • Perlindungan penyakit kritikal komprehensif tahap awal hingga tahap akhir, termasuk beberapa keadaan khas tambahan
  • Tiada had seumur hidup bagi manfaat rawatan perubatan seperti kos rawatan kemasukan hospital, pembedahan atau rawatan pesakit luar
  • Dan lain-lain…
PruBSN Sinar melindungi anda dari kanak-kanak, hingga ke dewasa dan seterusnya ke hari tua anda melalui pelan penyakit kritikal komprehensif yang menawarkan kesemua keperluan anda!
Apa yang baru tentang PruBSN Sinar?

PruBSN Sinar juga merupakan pelan sumbangan takaful yang memberikan manfaat sekaligus jika berlakunya kematian dan kehilangan upaya kekal, dengan menggunakan PruBSN AnugerahPlus sebagai pelan asas.

Pelan ini didatangkan dengan manfaat-manfaat tambahan yang disyorkan untuk memenuhi keperluan anda bagi setiap fasa kehidupan.

Crisis TotalCare
Menyediakan perlindungan penyakit kritikal yang menyeluruh dari tahap awal hingga tahap akhir. Termasuklah perlindungan untuk keadaan khas yang lain:

  • Melindungi sebanyak 166 penyakit – 101 penyakit kritikal awal, 53 penyakit kritikal tahap akhir, dan 12 keadaan istimewaPerlindungan kesihatan mental – manfaat sekaligus untuk keadaan kesihatan mental yang dilindungi untuk orang dewasa dan kanak-kanak
  • Perlindungan masalah kesihatan berkaitan dengan penyakit kencing manis atau sendi – manfaat sekaligus untuk masalah komplikasi serius disebabkan kencing manis atau masalah berkaitan sendi
  • Manfaat rawatan komplementari – Bayaran balik untuk perbelanjaan perubatan tradisional dan rawatan komplementari apabila anda disahkan menghidap penyakit kritikal
  • Manfaat khairat apabila kematian pasangan atau anak – pembayaran sekaligus sehingga RM5,000

Medic Protector
Perlindungan perubatan tanpa had seumur hidup untuk rawatan kemasukan hospital, pembedahan atau rawatan pesakit luar yang terpilih.

Accidental Protector Plus
Pembayaran sekaligus sehingga RM4,000,000 untuk setiap nyawa jika berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal, termasuk kecacatan akibat kemalangan.

Accidental Medical Protector
Pembayaran balik untuk perbelanjaan perubatan, rawatan kemasukan hospital atau perkhidmatan penjagaan yang disebabkan kemalangan.

Contributor Protect
Membantu membayar sumbangan anda jika berlaku kematian, kehilangan upaya kekal atau disahkan menghidap penyakit kritikal.

Jika anda sudah bersedia untuk melindungi diri anda dan keluarga daripada beban kewangan yang yang disebabkan oleh masalah kesihatan, mohon PruBSN Sinar di sini atau hubungi ejen PruBSN anda sekarang.

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image