Permohonan Skim MyDeposit Untuk Membeli Rumah Pertama Anda

by
Tags:
property

Pendapatan purata isi kediaman di Malaysia pada tahun 2014 adalah RM4,585 sebulan. Oleh itu, anggaran harga rumah yang boleh dimampu oleh keluarga berpendapatan sederhana sebegini adalah RM165,000.

Walaubagaimanapun, realiti adalah ianya agak susah bagi kita untuk memiliki rumah yang cukup besar untuk satu keluarga pada harga tersebut. Contohnya, di Petaling Jaya, harga paling rendah bagi sebuah pangsapuri tiga bilik dengan keluasan 850 kaki persegi adalah RM205,000. Harga ini adalah RM40,000 lebih tinggi daripada harga kemampuan.

Pada masa kini, ramai keluarga berpendapatan sederhana semakin terbeban dan tidak dapat memilki rumah tersendiri akibat kenaikan harga rumah. Ini bukan sahaja dialami di Malaysia, tetapi juga di beberapa pelosok dunia. Ini adalah satu-satu perkara yang merisaukan di kalangan negara-negara membangun yang lain.

Tidak dapat dinafikan yang kebanyakan kita menghabiskan sebahagian besar pendapatan untuk menampung bayaran pinjaman perumahan. Pada masa yang sama, harga rumah yang semakin melonjak naik dan tidak setara dengan pertambahan pendapatan telah menyebabkan segelintir daripada kita tidak berkemampuan untuk membeli kediaman sendiri.

Sehubungan dengan ini, kerajaaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengawal kenaikan harga hartanah seperti langkah-langkah penyejukkan untuk mengelakkan spekulasi harga serta menghulurkan bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli kediaman pertama mereka.

Langkah terbaru yang diperkenalkan adalah skim MyDeposit yang telah dilancarkan oleh yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal bulan ini .

Apakah itu skim MyDeposit?

mydeposit scheme

Skim MyDeposit diumumkan pertama kali ketika pembentangan Bajet 2016 pada bulan Oktober yang lalu. Tujuannya adalah untuk memberikan bantuan pembiayaan pembelian perumahan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mempunyai pendapatan dibawah RM10,000 sebulan.

Skim ini terutamanya bermanfaat bagi mereka yang menghadapi masalah dalam membiayai pembayaran wang pendahuluan pembelian kediaman.  Kebiasaannya, pembeli kediaman pertama yang mempunyai rekod kewangan yang baik akan ditawarkan pinjaman perumahan sebanyak 90% daripada nilai kediaman tersebut, manakala baki 10% perlu dibayar secara tunai oleh pembeli sebagai bayaran pendahuluan bagi pembelian.

Selain daripada bayaran pendahuluan sebanyak 10% itu, pembeli juga perlu membayar bayaran tambahan sebanyak 5% untuk menampung kos-kos tambahan seperti bayaran guaman dan duti setem. Oleh itu, pembeli sentiasa dinasihatkan agar menyediakan wang tunai sebanyak 20% daripada nilai kediaman yang hendak dibeli untuk menampung bayaran pendahuluan dan kos-kos tambahan yang lain.

In bermakna pembeli perlu membayar RM60,000 untuk sebuah kediaman yang bernilai RM300,000. Ini adalah suatu nilai yang agak tinggi untuk ditampung oleh pembeli!

Kerajaan memahami kesusahan yang dihadapi oleh pembeli kediaman pertama. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM200 juta untuk skim MyDeposit ini. Skim ini membantu pembeli kediaman pertama untuk menampung kos wang pendahuluan, iaitu sebanyak 10% daripada nilai kediaman yang ingin dibeli, atau RM30,000 maksimum, mana-mana yang lebih rendah nilainya.

Contohnya, sekiranya anda membeli sebuah kediaman bernilai RM500,000, bayaran pendahuluan anda akan berjumlah RM50,000. Daripada jumlah ini, RM30,000 akan ditampung oleh Skim MyDeposit, manakala baki RM20,000 perlu dibayar oleh anda.

Walaubagaimanapun, skim ini hanya dibuka kepada pembeli kediaman yang layak dan kediaman yang dibeli hendaklah bernilai RM500,000 dan ke bawah.

[sc:sample_banner]

Apa yang anda perlu dipertimbangkan?

Skim ini dilihat sebagai suatu bantuan yang sangat bermakna kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Namun, terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum memohon skim ini.

Pertamanya, anda hanya diberikan masa sebanyak 30 hari untuk menandatangani perjanjian jual beli kediaman. Masa yang diberikan ini adalah sangat suntuk dan pemohon perlu sentiasa berhubung dengan peguam mereka untuk mempercepatkan proses pembelian. Ini juga bermakna yang pemohon perlu memilih kediaman yang ingin dibeli sebelum memohon skim ini. Proses kelulusan permohonan akan mengambil masa selama 2 bulan.

Oleh itu, semua perbincangan mengenai harga kediaman hendaklah diselesaikan sebelum membuat pemohonan dan anda perlu memaklumkan pihak penjual atau pemaju yang anda ingin memohon untuk skim MyDeposit.

Walaupun anda membeli kediaman menggunakan skim MyDeposit, ini tidak bermaksud yang anda dapat membeli kediaman tanpa bayaran tunai. Anda perlu memastikan yang anda mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar bayaran guaman dan kos-kos tambahan lain, termasuk wang tempahan kediaman berkenaan.

Sebelum peguam anda mendrafkan perjanjian jual beli rumah, yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan permohonan MyDeposit, anda perlu membayar wang tempahan atau booking fee sebanyak 2% hingga 3% kepada pemaju atau agen hartanah untuk memastikan yang kediaman berkenaan tidak akan dijual kepada orang lain.

Selepas anda mendapat kelulusan untuk menggunakan kemudahan skim MyDeposit, anda dikehendaki menandatangani perjanjian jual beli dalam masa 30 hari daripada tarikh kelulusan. Kegagalan anda untuk menandatangani perjanjian tersebut dalam masa 30 hari akan menyebabkan kelulusan permohonan anda ditarik balik dan anda perlu membayar bayaran pendahuluan kediaman tersebut dengan wang tunai sendiri  .

Ini adalah suatu langkah yang berisiko tinggi kerana pada masa itu, anda setentunya sudah memulakan urusan guaman antara pembeli dan penjual. Pada peringkat itu, anda juga sudah membayar wang tempahan kediaman, kos guaman, duti setem dan kos-kos yang lain berhubung dengan pembelian rumah.

Walaubagaimapun, sekiranya anda yakin yang anda boleh mendapatkan kelulusan, berikut adalah  langkah-langkah permohonan bagi skim ini.

Siapakah yang layak memohon skim ini?

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membuat tapisan bagi menentukan mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan dibawah skim ini.

mydeposit supporting document

Image from German Embassy Colombo

Pemohon hendaklah mempunyai kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas (tiada umur maksimum).
  • Pembeli kediaman pertama di dalam suatu isi rumah.
  • Mempunyai pendapatan isi rumah kasar dibawah RM10,000 sebulan (ini merangkumi semua pendapatan termasuk gaji, untung perniagaan, upah, komisyen, bonus dan lain-lain elaun).
  • Kediaman yang dibeli hendaklah berharga RM500,000 dan kebawah.
  • Layak untuk mendapatkan pinjaman dari mana-mana bank di Malaysia (mempunyai rekod kewangan yang baik dan tidak disenarai hitamkan atau diisytiharkan muflis).

Dokumen-dokumen sokongan yang anda perlu sediakan untuk permohonan skim ini adalah:

  • Satu salinan MyKad anda
  • Satu salinan MyKad pasangan anda
  • Satu salinan MyKid atau sijil lahir anak-anak anda atau tanggungan anda
  • Satu salinan sijil perkahwinan, sijil penceraian atau sijil kematian
  • Satu salinan penyata pendapatan terkini anda
  • Satu salinan penyata pendapatan terkini pasangan anda
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau penyata cukai pendapatan anda
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau penyata cukai pendapatan pasangan anda
  • Akuan mengenai pendapatan perniagaan anda dan pasangan anda yang telah diperakui oleh pesuruhanjaya sumpah
  • Surat pengesahan majikan anda menyatakan status jawatan, status perkahwinan, pendapatan bulanan dan tempoh perkhidmatan anda
  • Surat pengesahan majikan pasangan anda menyatakan status jawatan, status perkahwinan, pendapatan bulanan dan tempoh perkhidmatan pasangan anda
  • Surat pengesahan kurang upaya bagi diri sendiri, pasangan anda dan tanggungan (sekiranya berkaitan)

Bagaimanakah saya memohon skim MyDeposit?

Sekiranya anda mempunyai semua ciri-ciri yang tertera di atas, anda boleh memohon skim ini secara online. Berikut adalah panduan permohonan langkah demi langkah:

1. Kunjungi laman sesawang Sistem Pengurusan Perumahan Negara (http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/)

2. Klik PERMOHONAN BARU yang terletak pada bahagian atas tepi kanan laman sesawang tersebut.

skim mydeposit

3. Lengkapkan borang dengan nama penuh, nombor MyKad, alamat emel dan kata laluan. Seterusnya, klik PENDAFTARAN PERMOHONANdibahagian bawah borang tersebut.

skim mydeposit

 

4. Setelah anda sudah membuka akaun tersendiri, anda akan di log masuk secara automatik. Gerakkan kursor anda ke tab MYDEPOSIT, dan klik PERMOHONAN BARU di menu drop-down.

mydeposit scheme

5. Apabila anda masuk ke BORANG PERMOHONAN MYDEPOSIT, anda perlu melengkapkan maklumat diri dan memuat naik salinan MyKad anda.

skim mydeposit

6. Sekiranya anda sudah berkahwin, anda juga perlu memuat naik salinan sijil perkahwinan anda.

skim mydeposit

7. Pemohon yang sudah berkahwin hendaklah melengkapkan maklumat mengenai pasangan mereka dan  memuat naik salinan MyKad pasangan mereka.

8. Lengkapkan semua ruangan dibawah borang, termasuk maklumat mengenai pendapatan, tanggungan, kediaman yang telah dipilih, dan akhir sekali, anda perlu memuat naik laporan CCRIS anda dan pasangan anda.

Keterangan lanjut mengenai CCRIS boleh diakses melalui laman ini. Klik di sini.

9. Apabila anda telah melengkapkan borang dan memuat naik semua dokumen yang dikehendaki, klik HANTAR bagi menghantar permohonan.

skim mydeposit

10. Anda boleh menyemak permohonan anda dengan menggerakkan kursor ke tab MYDEPOSIT, dan klik SEMAKAN PERMOHONAN di menu drop-down.

11. Setelah proses tapisan dibuat, sekiranya permohonan anda diluluskan, pihak kementerian akan mengeluarkan surat kelulusan permohonan dengan syarat perjanjian jual beli hendaklah ditandatangai dalam masa 30 hari.

12. Syarat Perjanjian skim MyDeposit adalah seperti berikut:

12a. Bagi projek perumahan perlesenan baru, pemaju hendaklah bersetuju bahawa pembayaran deposit akan dibayar melalui skim MyDeposit. Pada masa yang sama, pembeli hendaklah memohon pinjaman perumahan.

12b. Bagi kediaman sub-jualan atau kediaman daripada pasaran kedua , penjual hendaklah bersetuju bahawa pembayaran deposit akan dibayar melalui skim MyDeposit. Pada masa yang sama, pembeli hendaklah memohon pinjaman perumahan.

13. Pembeli dan penjual kediaman hendaklah menandatangani perjanjian jual beli kediaman dan pembeli juga menandatangani surat tawaran kelulusan pembiayaan pembelian rumah.

14. Pembeli juga hendaklah mengemukakan permohonan bagi bayaran pendahuluan daripada kerajaan. Ini mesti disokong dengan dokumen-dokumen berikut:

  • Surat tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara.
  • Surat penerimaan tawaran pembiayaan pembelian rumah yang telah dilengkapkan dan ditandatangan
  • Surat akuan bersumpah yang telah dilengkapkan dan ditandatangan
  • Perjanjian jual beli.
  • Surat tawaran pembiayaan yang disahkan.
  • Maklumat akaun simpanan pemaju perumahan atau firma guaman yang menguruskan pembelian bagi pihak penjual.

15. Pembayaran wang pendahuluan di bawah skim MyDeposit di buat melalui;

15a. Bagi projek perumahan perlesenan baru, wang pendahuluan akan dibayar terus ke akaun pemaju.

15b. Bagi kediaman sub-jualan atau kediaman yang dibeli daripada pasaran kedua, wang pendahuluan akan dibayar ke akaun firma guaman yang menguruskan urusan pembelian bagi pihak penjual.

16. Projek tersebut akan dimantau oleh pihak kementerian dan moratorium akan berkuat kuasa dan disertakan di dalam perjanjian jual-beli.

Apakah  syarat bagi  pembelian hartanah di bawah skim ini?

properties in malaysia

Image from expatgo.com

Untuk mengelakkan skim ini disalahgunakan oleh peramal hartanah yang ingin mengaut keuntungan melalui penjualan semula hartanah, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi hartanah yang dibeli melalui skim MyDeposit:

  1. Hartanah yang dibeli hendaklah dalam bentuk kediaman yang dibina menerusi projek pembangunan berlesen.
  2. Skim ini juga merangkumi kediaman di dalam pasaran kedua.
    (Ketahui perbezaan projek pembangunan (dalam pembinaan) dan hartanah daripada pasaran kedua (sub-sale).
  1. Harga hartanah tersebut mestilah RM500,000 dan ke bawah.
  2. Hanya boleh digunakan untuk pembelian kediaman di bawah projek swasta yang tidak menerima subsidi, insentif atau bantuan kewangan lain daripada kerajaan.
  3. Hartanah yang dibeli di bawah skim tidak boleh dijual untuk jangkamasa 10 tahun, berkuat kuasa daripada tarikh perjanjian jual-beli. Syarat ini akan dimasukkan ke dalam perjanjian jual beli.

Siap-sedia dengan proses-proses pembelian yang lain, kerana ianya adalah penting untuk memastikan anda tidak membazir masa setelah permohonan skim anda diluluskan. Berdasarkan RM200 juta yang telah diperuntukkan, sebanyak 6,666 pemohon boleh menikmati skim ini. Ini sepastinya jalan ke arah yang betul.

 

Image from cnbc.com
Diterjemahkan oleh Sheela Anastasia Binti Salleh, penterjemah bebas, Proofreader United

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image