Pinjaman Kereta – Perkara Asas
Table of Contents
Pernah anda bertanya bagaimana pinjaman kereta berfungsi?
Proses mendapatkan pinjaman kereta boleh menjadi berbelit-belit dan mengjengkelkan ramai orang, tetapi ianya tidaklah begitu rumit. Mari kita lihat apa yang sebenarnya berlaku dalam urusan pinjaman kereta.
Mendapatkan pinjaman kereta
Apa yang sebenarnya berlaku apabila anda membeli kereta di Malaysia dan apakah perkara yang anda akan hadapi?
Dalam hal memohon pinjaman kereta, anda boleh pilih sama ada untuk memohon terus dari bank atau melalui ejen atau penjual kereta. Terdapat kelebihan dan kekurangan masing-masing – dengan bank anda akan berurus terus dengan pemberi pinjaman. Jadi anda tidak akan dikenakan bayaran komisyen tambahan atau yuran yang biasanya dikaitkan dengan penglibatan pihak ketiga.
Jika anda mendapatkan pinjaman kereta melalui ejen atau penjual kereta, terdapat kemungkinan kadar faedah tidak sebegitu baik berbanding dengan berurus terus dengan bank. Walau bagaimanapun sesetengah ejen atau penjual kereta dapat memberi rebat tambahan atau diskaun atas pembelian kereta anda, atau membantu dalam penyediaan dokumen dan proses permohonan yang mana akan menjadikan urusan anda lebih berbaloi.
Proses permohonan pinjaman kereta
Berikut adalah diagram kesimpulan proses permohonan pinjaman kereta di Malaysia:
Untuk memastikan anda layak mendapatkan pinjaman kereta, pastikan anda menyediakan segala dokumen yang diperlukan dalam permohonan tersebut. Setelah permohonan dan dokumen dikemukakan, ia bergantung kepada pihak bank untuk memutuskan kelulusan pinjaman.
Untuk mendapat maklumat lanjut tentang pinjaman kereta di Malaysia, sila lihat panduan pinjaman kereta kami.