Pinjaman Peribadi Di Malaysia – Satu Penjelasan

by
Tags:

Pinjaman peribadi pada dasarnya merupakan pinjaman jangka pendek, yang mana tempoh pembayaran balik adalah lebih pendek berbanding dengan gadai janji. Berbanding gadai janji yang memakan masa 10, 20 atau 30 tahun, tempoh bayaran balik pinjaman peribadi biasanya di antara satu hingga lima tahun. Perkhidmatan ini pada dasarnya disediakan oleh bank pada satu kos, yang dikenali sebagai kadar faedah ke atas hutang itu sendiri.

Pinjaman peribadi membolehkan seseorang memenuhi kehendak peribadi mereka dan keperluan lain, sama ada untuk beli kereta, melancong, mengubahsuai rumah, membuat perbelanjaan perubatan semasa dan lain-lain lagi. Ia sejenis hutang yang bukan pinjaman perniagaan dan bukan pinjaman rumah jangka panjang.

Penyatuan Hutang

Pinjaman peribadi juga boleh digunakan bagi menampung hutang semasa, di mana ia digunakan untuk menggabungkan beberapa pinjaman lain menjadi satu. Ini adalah apa yang kita panggil penyatuan hutang. Individu yang buat pinjaman penyatuan hutang pada dasarnya menyatukan semua kadar faedah tinggi hutang mereka dan menggabungkannya menjadi satu pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Secara ringkas, pinjaman peribadi adalah pinjaman yang menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk pendahuluan tunai kepada peminjam.

Ia biasanya bebas dari kerumitan kerana tak melibatkan proses yang rumit, mempunyai syarat yang lebih mudah dan kelulusan yang lebih cepat.

Anda sedang cari pinjaman peribadi tanpa kerumitan? Lihatlah jadual perbandingan pinjaman peribadi iMoney untuk kadar faedah yang terbaik!

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image