Proses Membuat Tuntutan Insurans Kemalangan Peribadi
Table of Contents
Setelah anda beli insurans kemalangan peribadi pilihan anda, lazimnya anda ingin nak tahu bagaimana polisi ini berfungsi dan prosedur yang betul untuk kemudahan anda.
Berikut adalah beberapa perkara penting diketahui supaya proses tuntutan insurans kemalangan peribadi anda tak jadi sukar, serta juga mengapa tuntutan anda boleh jadi bermasalah untuk diluluskan oleh syarikat insurans.
Bagaimana nak buat tuntutan insurans kemalangan peribadi?
Membuat tuntutan kepada syarikat insurans anda boleh jadi satu proses yang mengecewakan jika anda tak sediakan perkara yang diperlukan, atau jika anda tak biasa dengan prosedurnya. Anda dinasihatkan ambil tahu tentang sekurang-kurangnya tuntutan kematian dan kecederaan.
Dalam kes kecederaan yang dilindungi oleh polisi anda, anda perlu beritahu syarikat insurans anda dan mendapatkan borang tuntutan. Isi borang tersebut dan kepilkan laporan perubatan yang diperlukan, bil dan lain-lain dokumen berkenaan kecederaan anda. Ingatlah bahawa masa adalah penting, jika satu tempoh masa telah berlalu dalam membuat tuntutan anda, ini juga akan menyusahkan anda. Jadi awaslah dengan syarat-syarat polisi berkenaan dengan tempoh masa dan lain-lain syarat.
Untuk meneruskan tuntutan kematian, penting anda serahkan laporan polis dan segala dokumen berkenaan kepada syarikat insurans. Juga, borang tuntutan perlu diisi berserta dengan dokumen yang diperlukan (dalam hal ini sijil kematian). Penting bagi orang yang kemukakan dokumen-dokumen ini buat perkiraan segera untuk mengelakkan tuntutan ditolak atau bertangguh.
Apa faktor utama tuntutan anda mungkin ditolak?
Ketiadaan maklumat berkenaan. Dokumen sokongan yang perlu disertakan sekali dengan tuntutan mungkin merupakan aspek paling penting dalam tuntutan anda. Dokumen-dokumen ini adalah sumber bukti dan bila tak cukup maklumat untuk menyokong tuntutan anda, adalah sukar bagi syarikat insurans membayar ganti rugi kepada anda. Lebih teruk lagi jika maklumat anda mengelirukan atau salah, ia akan mengakibatkan tuntutan anda batal sama sekali. Kadang-kadang terdapat situasi di mana pihak terlibat berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Salah faham di pihak pemegang polisi. Anda buat tuntutan terhadap perkara yang tidak dilindungi dalam polisi. Tak menghairankan jika ada kes di mana penyakit atau kecederaan orang diinsurankan tidak dilindungi dalam polisinya. Fasal pengecualian patut dibaca secara halus dan difahami sebaik-baiknya. Kegagalan anda memahaminya jelas bukan tanggungjawab syarikat insurans.
Bagaimana kalau anda tak puas hati dengan tuntutan?
Jika anda dapat anda masih tak puas hati dengan penyelesaian tuntutan atau kerana kegagalannya memberi ganti rugi kepada anda, ada cara lain anda boleh dapatkan bantuan:
Buat aduan. Anda boleh buat aduan bertulis kepada Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara Malaysia. Selain itu anda boleh serah aduan kepada Biro Pengantaraan Kewangan.
Dapatkan bantuan undang-undang. Jika anda ada rasa hak anda telah terjejas atau terdapat kemungkiran kontrak; anda boleh rujuk kepada mahkamah. Apapun, jika anda mempunyai tuntutan yang benar, anda tak perlu risau apa-apa.