6 Punca Utama Menyebabkan Permohonan Pinjaman Peribadi Anda Ditolak
Table of Contents
Pinjaman peribadi merupakan salah satu fasiliti yang diberikan oleh institusi kewangan untuk rakyat Malaysia bagi tujuan seperti peribadi dan perniagaan. Tidak dinafikan, pinjaman peribadi telah memberi banyak kebaikan kepada individu atau peminjam.
Individu yang ingin membuat pinjaman peribadi bagi tujuan kegunaan sendiri adalah seperti mengubahsuai rumah, membaiki kereta serta menyelesaikan masalah peribadi. Manakala bagi ahli perniagaan, pinjaman peribadi juga boleh dijadikan sebagai satu alat untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Namun, tidak semua pemohon yang ingin mendapatkan pinjaman peribadi berjaya dan diluluskan oleh pihak bank. Hanya sebahagian sahaja yang berjaya mendapatkan pinjaman peribadi.
Kami ingin kongsikan dengan anda enam (6) punca utama yang menyebabkan permohonan pinjaman peribadi anda ditolak.
1. Laporan CCRIS bermasalah
CCRIS atau Central Credit Reference Information System merupakan satu laporan kredit yang diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. CCRIS mengumpul maklumat kredit dari pengendali servis kewangan di Malaysia dan akan memaparkan maklumat seperti pinjaman tertunggak, saman, dan status muflis.
Bagi individu yang sudah mempunyai pinjaman dengan pihak bank, anda perlu memastikan bayaran semula kepada pihak bank dilakukan pada masa yang ditetapkan setiap bulan. Jika ini berjaya dilakukan, rekod CCRIS anda akan kelihatan lebih cantik dan pihak bank atau institusi kewangan lebih mudah untuk memberi pinjaman peribadi kepada anda.
Sebelum menghantar permohonan pinjaman peribadi kepada pihak bank, anda dinasihatkan untuk melihat dahulu laporan CCRIS anda bagi memastikan tiada masalah dalam permohonan.
Bagaimana jika anda mempunyai masalah dengan laporan CCRIS? Salah satu fungsi pinjaman peribadi juga adalah membantu mengurus hutang anda yang mungkin terlalu banyak. Anda boleh membuat debt consolidation untuk memastikan pengurusan kewangan anda menjadi lebih baik.
Alliance Bank Pinjaman Peribadi CashFirst
Dapatkan 40% pulangan tunai dengan kadar faedah tetap dari serendah 8.88% p.a
Pelanggan yang layak perlu membayar jumlah ansuran bulanan pada atau sebelum tarikh tamat tempoh sepanjang tempoh pembiayaan. Permohonan yang dibuat di antara 1 Mac ke 31 Mei.2. Dokumen permohonan tidak lengkap
Pemohon yang ingin memohon pinjaman harus menyediakan dokumen-dokumen seperti slip gaji, penyata KWSP, penyata akaun simpanan, borang dokumen yang lengkap dan salinan kad pengenalan. Jika semua dokumen disediakan dengan lengkap, pegawai yang mengurus permohonan anda juga lebih mudah untuk membantu anda.
Bagi individu yang bekerja dengan majikan, masalah dokumen tidak lengkap biasanya tidak banyak terjadi. Masalah seperti ini biasanya sering berlaku kepada individu yang berniaga kerana tidak menyimpan rekod pendapatan dan perbelanjaan syarikat dengan teratur.
Dokumen-dokumen tersebut penting untuk diproses pihak bank kerana ini dapat menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk permohonan tersebut. Oleh itu, pastikan anda menyimpan semua dokumen berkaitan supaya permohonan pinjaman peribadi anda lebih mudah diluluskan.
3. Tempoh bekerja kurang dari 3 bulan
Salah satu faktor yang menyebabkan permohonan anda ditolak adalah kerana tempoh pekerjaan anda tidak melebihi 3 bulan. Kebanyakan bank dan institusi kewangan meletakkan syarat minimum bekerja antara 3 hingga 6 bulan untuk memohon pinjaman peribadi.
Oleh itu, jika anda baru sahaja bekerja tidak melebihi dari 3 bulan, anda tidak digalakkan untuk memohon pinjaman peribadi dari bank dan institusi kewangan. Tujuan utama permohonan tersebut memerlukan anda bekerja lebih dari 3 bulan adalah kerana untuk memastikan pendapatan anda adalah stabil dan tetap.
Bagi individu yang menjalankan perniagaan sendiri pula, pihak bank memerlukan sekurang-kurangnya satu tahun pendapatan perniagaan. Melalui rekod pendapatan tersebut, pihak bank dan institusi kewangan akan menilai kelayakan anda untuk permohonan pinjaman peribadi.
4. Debt Service Ratio (DSR) terlalu tinggi
Debt Service Ratio (DSR) adalah satu cara mudah untuk mengenalpasti sama ada permohonan pinjaman peribadi anda akan diluluskan atau ditolak. DSR adalah pengiraan yang mengambil kira jumlah pendapatan bulanan dan juga komitmen sedia ada dengan pihak bank.
Cara untuk kira DSR ini adalah jumlah komitmen bulanan (termasuk komitmen baru) dengan pihak bank bahagi dengan jumlah pendapatan bersih anda setiap bulan. Kemudian, anda akan dapat jumlah peratus sebagai satu petanda sama ada anda mampu untuk pinjaman peribadi baru tersebut atau tidak.
Komitment – RM1,700
DSR = RM1,700/RM3,000 x 100 = 56.67%
Angka 56.67% diatas adalah peratus untuk diri anda dan pastikan angka tersebut tidak melebihi angka DSR yang ditetapkan oleh pihak bank dan institusi kewangan. Kebanyakan bank dan institusi kewangan mempunyai kadar DSR yang hampir sama.
5. Skor pemarkahan yang rendah
Setiap bank dan institusi kewangan mempunyai satu sistem skor pemarkahan untuk melakukan analisis terhadap permohonan peribadi anda. Melalui sistem ini, anda akan dianalisis berdasarkan faktor-faktor seperti umur, status perkahwinan, kawasan tempat tinggal, tahap pendidikan, majikan, rekod kerja dan lain-lain.
Semakin tinggi skor anda, semakin mudah permohonan pinjaman peribadi anda akan diluluskan. Skor yang tinggi biasanya akan datang daripada individu yang mempunyai risiko masalah kewangan yang rendah. Contohnya, individu yang bekerja dengan syarikat yang besar juga mempunyai kelebihan untuk skor yang lebih tinggi.
Asset dan simpanan yang banyak juga akan meningkatkan skor pemarkahan sekaligus memudahkan pinjaman peribadi anda diluluskan.
6. Skor kredit yang rendah
Berbeza dengan skor kredit pula, anda akan dinilai berdasarkan rekod pembayaran semula pinjaman, jumlah hutang terkumpul, tempoh masa pinjaman, dan jenis pinjaman yang dibuatpihak bank atau institusi kewangan. Seperti diterangkan diatas, semua rekod ini akan dilihat melalui laporan CCRIS.
Jika anda mempunyai banyak bayaran semula yang lambat sehingga melebihi 3 bulan, skor kredit anda akan menjadi lebih rendah. Tetapi, jika anda mempunyai rekod yang baik dan tidak pernah lewat membuat bayaran semula, skor kredit anda akan lebih tinggi.
Kesimpulan yang dapat kami rumuskan disini adalah masalah permohonan pinjaman peribadi yang ditolak oleh pihak bank dan institusi kewangan boleh diatasi jika anda mengikut panduan yang diberikan seperti diatas.