Satu cabaran jejak makanan (Infografik)
Populariti laman sesawang berkenaan ulasan makanan telah meningkat dengan cepatnya melalui kemajuan teknologi yang membenarkan sesiapa sahaja mengakses Internet bila-bila masa dan di mana sahaja. Ulasan atas talian ini adalah produk “pengkritik makanan” yang setia dan tanpa jemu berkelana ke tempat yang jauh untuk merasai hidangan yang unik dan enak dengan tujuan untuk menyebarkan serta berkongsi kegembiraan melalui kata-kata dan gambar.
Mempunyai reputasi membanggakan sebagai syurga makanan, Malaysia adalah wadah tumpuan masakan-masakan lazat unik yang berakar umbi di dalam pelbagai budaya berbeza. Infografik di bawah memetakan pengembaraan di seluruh negeri yang berlainan bagi mereka yang berhajat untuk merasai 11 hidangan paling popular yang ditawarkan Malaysia, sama ada ianya asam laksa yang membuatkan air liur anda meleleh ataupun siew pau Seremban yang wangi.
Pengembaraan ini bukanlah untuk mereka yang lemah semangat dan memerlukan prasyarat tertentu – yang telah kami sediakan. Adakah anda bersedia untuk menyahut cabaran jejak makanan Malaysia? Penggemar makanan sebenar akan menjerit YA!
Untuk menghadapi pengembaraan gastronomi ini, kenapa tidak dapatkan lebih manfaat melalui pilihan kad kredit petrol terbaik sebagai peneman perjalanan? Selain itu, wang yang dijimatkan ke atas petrol bermaksud lebih wang untuk dibelanjakan ke atas makanan yang lazat sehingga anda menjilat jari.