Sekarang Anda Boleh Membeli-Belah Dengan Kemudahan Kad Debit

by
Tags:

Membeli-belah tak lagi susah pada masa kini. Selain dari peningkatan kemudahan membeli-belah di internet,kita juga dapat mikmati kemudahan menggunakan “wang plastik”. Kini, anda bebas membeli-belah menggunakan kad kredit atau debit.

Kad debit berbanding kad kredit

Perkembangan terkini bagi pembayaran pembelian tidak lagi berpihak kepada buku cek dan wang tunai. Buku cek berat untuk dibawa ke sana sini dan wang tunai pulak menimbulkan risiko apabila membawanya. Dengan laporan berita tentang kejadian jenayah di mana sahaja, tak elok bawa wang tunai banyak bila berjalan.

Bermulalah kebangkitan wang plastik juga dikenali sebagai kad debit dan kad kredit. Cara penggunaan kad debit sama seperti kad ATM biasa. Anda depositkan wang ke dalam akaun bank anda dan gunakannya untuk membeli-belah. Kad debit akan dileret di terminal atau tempat yang sama dengan kad kredit, dan pemegang akaun perlu masukkan PIN untuk mengesahkan pembelian mereka. Sementara itu, kad kredit secara umumnya masih lagi “leret dan tanda tangan”. Dengan kad kredit, selepas dileret, anda hanya perlu menanda tangani resit untuk memudahkan pembayaran.

Kad kredit merupakan perkembangan fasa pertama. Namun peningkatan pemegang kad kredit yang menghadapi masalah kewangan disebabkan kad kredit menyebabkan kad debit menjadi satu alternatif yang baik. Kad debit tidak mengakibatkan hutang. Ia hanya membenarkan pembelian sejumlah nilai wang yang ada dalam akaun simpanan. Ia juga mengingatkan anda bahawa dengan meleret kad bermakna anda mengambil wang dari simpanan hasil titik peluh anda.

Apa yang ditawarkan oleh kad debit

Akaun simpanan “bergerak”

Kad debit berfungsi seperti akaun simpanan “bergerak” anda . Oleh kerana ia biasa digunakan sebagai akaun deposit, kad debit membolehkan anda memasuk dan mengeluarkan wang di kaunter atau ATM. Kelemahannya adalah anda perlu bayar yuran minimum jika menggunakan selain daripada mesin milik bank anda. Walaupun kad kredit membolehkan pengguna menggunakan wang tunai pendahuluan, masih terdapat faedah dan yuran yang akan dikenakan.

Faedah pendapatan

Tak seperti kad kredit,di mana pembelian kadang-kadang tertakluk kepada kadar faedah, kad debit sebenarnya membenarkan pemegang akaun mendapat wang melalui faedah. Walaupun sesetengah orang berpendapat bahawa faedahnya cuma kecil, tapi ia boleh menjadi agak besar dalam jangka masa panjang. Semakin tinggi deposit anda, semakin tinggi kadar faedah dari bank.

Tiada yuran tahunan, caj kewangan, pembayaran lewat, dan penalti

Kebanyakan kad kredit mengenakan yuran tahunan, yang kadang-kala dikecualikan pada tahun pertama untuk menarik pengguna. Selain itu, pemegang kad kredit juga perlu bersedia menghadapi caj kewangan. Apabila pemegang kad gagal membayar sejumlah minimum untuk bulan tersebut, dia akan dikenakan penalti dan caj, bersama dengan faedah. Sebaliknya, dengan kad debit, pemegang kad tak perlu buat apa-apa bayaran seumpamanya.

Tiada beban bulanan

Kadang-kala, anda mungkin dapati diri berada dalam kedudukan di mana anda tak dapat jelaskan bayaran bulanan kad kredit. Kad debit membebaskan diri anda dari tanggungjawab sedemikian.. kerana anda hanya boleh gunakan wang yang anda sudah miliki.

Ingin tahu mana kad debit dan kad credit terbaik yang ditawarkan? Ketahui lebih lanjut dengan:

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image