Siti Saleha: Lebih Daripada Wajah Yang Menawan [Wawancara]
Jangan terpedaya dengan penampilan manis beliau, Siti Saleha akan menghairankan anda dengan kecelikan beliau dalam hal kewangan!
Kalau Julia Roberts adalah ratu hati Amerika Syarikat, Siti Saleha adalah versi Malaysia.
Pelakon jelita Eurasian yang lahir di Basildon, England ini berjaya memenangi hati orang ramai melalui lakonannya di rancangan televisyen dan juga di atas pentas.
Selebriti sering kelihatan sedikit berbeza tanpa kamera, seperti imitasi yang lebih senyap berbanding dengan diri mereka di skrin. Tetapi, Saleha pula masih dapat menyalakan bilik temubual dengan senyuman tulus dan ketawa menarik beliau.
Dia berjalan ke tempat temubual, kelihatan cantik dengan baju hitam dan leggings yang bercetak bunga.
Dia dibesarkan dalam keluarga yang berpendapatan sederhana dan ibu bapanya telah bercerai ketika dia berumur 10 tahun. Ibunya kemudian berpindah ke England dengan kakak sulungnya, dan Saleha terpaksa mengambil alih peranannya sejak hari itu.
Setelah baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-25, dia berazam untuk menukar pelannya pada tahun ini dengan menetapkan beberapa matlamat kewangan untuk dirinya.
Siti Saleha berkongsi perancangan dan matlamat beliau untuk menjadi pelabur celik, usahawan, dan akhirnya membeli hartanah pertamanya.
Anda berada dalam industri hiburan ini sejak anda berumur 13. Bagaimanakah anda menjejak kaki di industri ini?
Saya tidak tahu apa-apa mengenai industri ini. Rakan ayah saya yang memperkenalkannya kepada saya. Beliau mencadangkan untuk mencuba melalui agensi ujibakat kerana saya mempunyai rupa Eurasian. Ayah saya juga tidak mengetahui apa-apa tentang perkara ini, tetapi beliau sanggup memberi peluang untuk saya mencubanya.
Ceritakan serba sedikit tentang pekerjaan pertama anda.
Saya mula berlakon dalam iklan semasa saya berumur 13 tahun dan itulah kali pertama saya memperolehi wang saya sendiri. Ianya bukan jumlah yang begitu besar tetapi ia masih penting. Saya memberikan sebahagiannya kepada ayah saya dan menyimpan sebahagiannya untuk diri sendiri. Pada masa itu, pemikiran saya hanya adalah “Oh! Sekarang saya mempunyai wang. Saya boleh membeli barang!”
Adakah keluarga anda memberi sokongan kepada keputusan anda untuk meneruskannya secara sepenuh masa?
Pada mulanya, ayah saya tidak memberi sokongan yang sepenuhnya. Beliau bimbang saya akan diperdaya oleh penipu yang berada di industri ini dan dia juga tidak suka saya bergaul dengan pengaruh yang salah. Anda tentu tahu tentang anggapan orang ramai tentang industri hiburan ini (ketawa).
Walau bagaimanapun, beliau tidak pernah menghalang saya berlakon dalam iklan kerana ianya tidak mengambil masa yang lama dan saya masih boleh memberi tumpuan pada pelajaran saya. Kalau saya perlu pergi ke negeri lain untuk penggambaran iklan, ianya selalu selama seminggu sahaja.
Bagaimanakah kehidupan dalam keluarga ibu bapa tunggal mengajar anda tentang kewangan?
Masa saya membesar adalah paling sukar. Ibu bapa saya telah bercerai ketika saya berumur 10 tahun dan keluarga saya seperti berkecai. Ibu saya berpindah ke England bersama dengan kakak sulung saya. Jadi, yang tinggal di sini adalah ayah saya dan kami bertiga.
Ya, kami berkongsi barang-barang tetapi saya tidak pernah kisah tentang itu. Saya hanya perlu berkongsi dengan adik perempuan saya yang setahun lebih muda daripada saya.
Bagaimanakah ia mempengaruhi sikap anda terhadap wang?
Ia adalah satu penipuan jika saya mengatakan bahawa penceraian tersebut tidak meninggalkan apa-apa kesan. Sebelum bercerai, ibu saya adalah suri rumah sepenuh masa dan ayah saya adalah pencari nafkah tunggal.
Ianya bukan senang. Kadang-kala kami tidak mendapat apa yang kami inginkan dan terpaksa berkongsi. Semasa saya membesar, ianya memang sukar. Saya ingin mendapatkan wang untuk disimpan bagi hari hujan dan juga membantu keluarga saya. Inilah perkara yang memberi kesan kepada sikap saya terhadap wang. Saya lebih menyedari tentang kepentingan wang.
Sebenarnya, saya amat bersyukur kerana mendapat peluang untuk membuat iklan dan berupaya untuk memperolehi pendapatan.
Bagaimanakah anda menjejak kaki ke industri filem dari iklan?
Saya tidak menjejak kaki ke dalam industi hiburan sehinggalah saya berumur 18. Walaupun saya telah jatuh cinta dengan kamera pada kali pertama saya membuat iklan, saya memang tidak merancang untuk masuk ke dalam bidang lakonan. Pada suatu hari, saya mendapat panggilan untuk ujibakat. Saya ingatkan ujibakat tersebut adalah untuk pengiklanan.
Saya menghadiri ujibakat itu. Ujibakat tersebut berbeza di mana saya dikehendaki menyanyi dan menari. Selepas ujibakat, mereka memberitahu saya yang ujibakat tersebut adalah untuk satu siri drama yang bertajuk 5 Jingga untuk 8TV. Lima bulan kemudian, mereka menghubungi saya dan memberitahu bahawa saya akan memainkan watak utama.
Selepas itu, saya menyedari bahawa minat saya adalah berlakon.
Sejak itu, adakah anda meneruskannya secara sepenuh masa?
Sekali lagi, ianya memang tidak dirancang. Sepatutnya, saya mendaftar diri di kolej selepas SPM, tetapi saya berlakon buat kali pertama. Jadi, saya ingin mencuba untuk setahun, tetapi ia akhirnya menjadi setahun setengah.
Selepas itu, saya ingin berhenti dan melanjutkan kursus diploma dalam jurusan komunikasi massa. Selepas saya menamatkan pengajian, saya memperolehi nama yang baik dengan drama Nora Elena– dan saya bermula untuk berlakon secara serius dan menganggapnya sebagai satu profesion.
Adakah anda sememangya ingin menjadi seorang pelakon?
Tak lebih dari budak-budak perempuan yang lain semasa membesar (ketawa). Saya membesar dengan menonton televisyen dan filem. Saya akan berpura-pura atau “berlakon” di hadapan cermin. Saya sememangnya seorang yang dramatik, ekspresif dan sensitif.
Jadi, anda membesar sebagai ratu lakonan! Adakah ia amat sukar untuk anda dalam industri ini?
Pada tahun pertamanya, ianya agak sukar kerana saya tidak menerima pelbagai jenis watak. Mereka selalu memberikan saya watak sebagai gadis mat salleh yang cantik dan ini menjadi bosan selepas saya berlakon untuk beberapa kali.
Ya, watak-watak sebegini boleh mengehadkan kareer anda sebagai pelakon. Bagaimanakah anda membebaskan diri daripada stereotaip tersebut?
Saya berturut-turut mencabar diri saya sendiri. Selain daripada itu, saya juga memainkan pelbagai jenis watak untuk membuktikan tanggapan orang adalah salah. Saya tidak membuat perkara-perkara yang orang lain harapkan daripada saya. Selepas itu, saya mula mendapat lebih banyak peluang.
Bagaimanakah kewangan anda telah berubah selepas anda berlakon di Nora Elena pada tahun 2011?
Semasa saya berusia 18 tahun, saya mula mendapat pendapatan yang kukuh dan saya membelajari cara untuk menguruskan kewangan saya dengan lebih berhati-hati.
Anda tidak boleh melarikan diri daripada perbelanjaan tetapi saya rasa ianya adalah penting untuk mengimbang di antara perbelanjaan dan simpanan. Kalau saya mempunyai RM100, saya akan menyimpan RM50 dan membelanjakan RM50.
Tetapi, saya telah berbelanja terlampau pada tahun lepas. Saya masih ada simpanan, tetapi perbelanjaan saya lebih daripada apa yang saya simpan (ketawa). Saya banyak membelanja di percutian dan perlancongan. Pada tahun ini, saya bertekad untuk mendapatkan keseimbangannya sekali lagi.
Oops. Adakah kejayaan anda mengubah gaya hidup anda?
Ia tidak mengubah kehidupan saya secara drastik. Saya tidak perlu melancong setiap bulan. Saya hanya merancang percutian sebanyak setahun sekali, mungkin ke tempat yang jauh seperti Eropah.
Kalau kewangan saya mengizinkan, saya akan meneruskannya. Jika tidak, tiada masalah. Saya mendapat beberapa pulangan pelaburan seperti: pengalaman, pengetahuan dan pendedahan.
Adakah anda merancang untuk berkembang di luar Malaysia?
Sudah tentu. Setiap pelakon memang ada hasrat tersebut tetapi ia sebenarnya bergantung kepada nasib dan hubungan-hubungan yang anda mempunyai.
Ia memang hebat menjadi terkenal di Singapura dan Brunei, tetapi ia akan menjadi lebih hebat jika saya dapat melangkah lebih jauh.
Sekarang, anda kaya dari segi kewangan. Adakah ia telah mengubah cara anda untuk menguruskan wang anda?
Sebenarnya, saya memang tidak menggilakan wang. Saya tahu had saya. Namun, tahun ini saya akan menjadi lebih tegas. Saya mempunyai matlamat yang saya perlu dicapai sebelum tahun hadapan.
Bunyinya menarik! Bolehkah anda berkongsi matlamat-matlamat tersebut?
Ia adalah untuk membeli hartanah pertama saya! Saya cuba untuk membeli hartanah pertama saya sejak saya berumur 20 tahun. Sebenarnya, saya memang bertuah kerana mendapat tawaran keemasan untuk menjadi duta jenama bagi Enchanteur, kemudiannya saya ingin membeli hartanah dengan abang saya.
Saya ingin tinggal di Damansara, tetapi ayah saya tidak mahu meninggalkan Klang kerana adik-beradiknya masih tinggal di sana. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk menyewa sebuah rumah di Kota Kemuning. Saya rasa, saya dan abang saya sebenarnya tidak bersedia untuk membeli hartanah pada masa itu.
Tetapi saya berazam untuk mencapai matlamat saya sebelum tahun depan!
Apakah pelan anda untuk mencapai matlamat tersebut?
Saya sudah mula mencari hartanah tahun lepas, tetapi semuanya terlalu sangat mahal. Saya tahu tentang bayaran pendahuluan tetapi tiada sesiapa yang memberitahu saya tentang kos-kos yang tersembunyi seperti yuran guaman dan duti setem. Saya terkejut apabila saya mendapat tahu tentang jumlah yang saya perlu membayar untuk semua itu!
Tapi, sekarang saya sudah tahu tentang perkara-perkara ini dan sedang berjimat dan menyimpan untuk mendapatkan hartanah pertama saya!
Semoga anda berjaya mencapai matlamat anda! Bagaimana tentang keusahawanan? Adakah anda mempunyai sebarang pelan?
Ya. Kebanyakkan pelakon-pelakon telah memulakan perniagaan mereka sendiri untuk mempelbagaikan aliran pendapatan mereka. Terdapat beberapa orang yang menghampiri saya dengan idea perniagaan, tetapi saya belum bersedia untuk itu. Saya hanya ingin memberikan tumpuan dalam mendapatkan hartanah pertama saya. Selepas itu sahaja saya akan mengalihkan tumpuan kewangan saya kepada perkara-perkara yang lain.
Saya memang suka untuk memiliki jenama kasut atau pakaian saya yang tersendiri. Saya mempunyai pasaran yang sedia ada dengan kelab peminat saya. Tetapi, kami masih hanya merancang dan masih belum menubuhkannya.
Anda pernah menjadi wajah Enchanteur dan SimplySiti. Anda telah melaksanakan kerja yang hebat dengan mengambarkan intisari jenama-jenama tersebut. Antara berikutnya, yang manakah paling lumayan: duta jenama, model, atau pelakon?
Saya suka ketiga-tiga tersebut. Namun, berlakon adalah perkara yang paling mencabar untuk saya. Orang ramai hanya melihat glamornya, tetapi mereka gagal melihat apa yang berlaku di sebalik skrin. Kami perlu bekerja sepanjang malam dan kadang-kadang kami terpaksa makan di tepi longkang. Tetapi, jika anda mempunyai minat yang mendalam atas sesuatu hal, anda tidak akan kisah dan akhirnya ianya memang bernilai untuk kita.
Adakah anda mendapat sebarang tawaran pengendorsan yang baru di masa akan datang?
Pengurus saya sedang menguruskan perkara tersebut!
Anda pernah muncul di filem, telemovie, drama dan juga di teater. Manakah antaranya yang paling anda gemari?
Saya paling suka berlakon diteater. Rasanya seperti berada di dalam satu keluarga yang besar. Saya perlu berlatih untuk beberapa bulan.
Walau bagaimanapun, teater tidak membayar banyak kerana ia bergantung kepada penjualan tiket – ianya memang menyeronokkan. Ini sesuatu yang anda hanya akan lakukan sekiranya anda berminat dalam bidang itu. Kadang-kala, kegembiraan yang anda dapat daripadanya adalah seimbang dengan masa dan usaha yang dilaburkan.
Abang kamu adalah vokalis di band Bunkface. Adakah anda pernah mahu menyanyi?
Oh! Saya akan menyanyi tidak lama lagi untuk satu majlis amal yang dikenali sebagai Tapestry of Colours untuk Universiti Teknologi Petronas. Saya akan menyanyi lagu duet bersama dengan abang saya, Sam.
Tetapi secara jujur, menyanyi bukanlah sesuatu yang saya bersedia untuk menerokai. Hanya kerana Sam adalah seorang vokalis, saya telah mendapat beberapa tawaran album. Mereka tidak pernah mendengar saya menyanyi dan mereka tidak tahu yang saya sebenarnya boleh menyanyi atau tidak.
Saya suka bernyanyi, tetapi pada ketika ini ianya bukanlah sesuatu yang saya ingin buat secara profesional. Saya hanya ingin tumpu atas perkara yang saya memang pandai dan berminat, iaitu berlakon.
Ianya memang arif tetapi saya masih ingin mendengar anda menyanyi! Adakah anda mempunyai sebarang pelan untuk bersara?
Saya telah bermula untuk menyimpan wang untuk persaraan saya sejak empat tahun lalu. Dengan penyimpanan dan persaraan, lebih cepat kita bermula, lebih baik. Sebaik sahaja saya mendapat cek gaji saya, saya mengagihkan wang tersebut untuk insurans dan beberapa pelaburan, seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Adakah anda seorang yang mengambil risiko dalam pelaburan?
Saya memang tidak memahami or mahir dalam pelaburan, jadi saya tidak ingin untuk melaburkan duit saya dalam perkara yang saya tidak mengetahui sepenuhnya.
Apakah keputusan kewangan terbaik yang anda pernah membuat?
Saya membenarkan seorang penasihat kewangan profesional untuk membimbing saya dengan keputusan kewangan saya. Saya mempunyai insurans dan saya juga menyimpan wang untuk persaraan saya.
Apakah pelan anda untuk beberapa tahun yang akan datang? Adakah anda akan mempelbagaikan aliran pendapatan anda?
Ya, saya tengah menunggu untuk mendapat lebih banyak tawaran pengendorsan dan juga untuk memulakan perniagaan saya. Tetapi saya tidak akan menarik diri daripada lakonan kerana itu adalah minat saya.
Adakah anda seorang yang suka menjimat atau berbelanja?
Tahun ini, saya suka menjimat (ketawa)! Saya sebenarnya kombinasi kedua-duanya. Saya tidak akan membeli barang sesuka hati, tetapi saya juga tidaklah terlalu berjimat cermat. Keseimbangan adalah segala-galanya.
Adakah anda membayar secara tunai, kad atau cek?
Secara tunai dan kad debit. Saya tidak memiliki kad kredit dan saya tidak pernah mempunyainya. Ianya menakutkan saya.
Apakah keutamaan kewangan anda bagi tempoh lima hingga sepuluh tahun yang akan datang?
Yang pertama, adalah membeli sebuah rumah. Saya akan memastikan yang perkara ini akan berlaku pada tahun depan. Kemudiannya, saya akan memulakan perniagaan saya.
Diterjemah oleh Thamil Arasi Tannarsu & Rebecca Shamasundari.