Kalkulator Cukai Pendapatan

Semak jumlah cukai pendapatan yang anda harus bayar berdasarkan kadar cukai terkini.

  • 1. Pendapatan & Isi Rumah
  • 2. Pelepasan Cukai
  • 3. Maklumat Cukai Tambahan
Keputusan Cukai Tahunan
  • Kira Pendapatan Kasar Tahunan
    (Termasuk bonus dan dividen sebelum pengurangan)
    RM
    .00
  • Status perkahwinan
  • Berapakah bilangan anak anda?
    (Jumlah anak yang belum berkahwin dan umur 18 ke bawah)
  • Berapakah bilangan anak yang berada di institut pengajian tinggi (IPT)?
  • Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang berkelainan upaya?

Nyatakan jumlah anggaran yang dibayar pada tahun untuk setiap butiran berikut:

PENDIDIKAN

  • Saya bayar untuk pendidikan sendiri
    (Tahap Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran, atau apa-apa pensijilan yang berkaitan dengan sains, teknologi, undang-undang, perakaunan, pembiayaan Islamik, dan bidang vokasional)
  • Simpanan tahunan untuk akaun SSPN-i anak- anak saya
    (Jumlah tahunan simpanan akaun SSPN-i anak-anak anda untuk tahun taksiran ini. SSPN-i adalah skim simpanan PTPTN untuk pendidikan pengajian tinggi)
    RM

INSURANS & PERSARAAN

  • Premium insurans nyawa/Takaful keluarga/Caruman KWSP wajib & sukarela
    (Jumlah tahunan pelan insurans nyawa/caruman kwsp yang dibayar)
    RM
  • Insurans pendidikan dan perubatan tahunan
    (Jumlah tahunan pelan insurans pendidikan dan perubatan yang dibayar)
    RM
  • Caruman Tahunan SPS
    (Jumlah tahunan caruman yang dibuat untuk akaun Skim Persaraan Swasta (SPS), sebuah skim persaraan sukarela)
    RM

PERBELANJAAN PERUBATAN

  • Perbelanjaan perubatan ibu bapa
    Termasuk untuk rawatan kecacatan fizikal/mental dan perbelanjaan pusat rawatan/penjagaan geriatric
    RM
  • Perbelanjaan perubatan untuk diri sendiri/pasangan/anak yang mengalami penyakit serius
    Termasuk pemeriksaan perubatan dan kesihatan mental, ujian Covid-19, rawatan kesuburan, rawatan pergigian oleh doktor gigi berdaftar dan perbelanjaan vaksinasi
    RM

PEMBELIAN LAIN

  • Adakah anda pernah berbelanja untuk barangan tersebut pada tahun ini?

DERMA & ZAKAT

  • Pembayaran zakat tahun ini
    RM
  • Sumbangan kepada organisasi amal jariah
    RM

DAPATKAN BERITA TERKINI

Segala-galanya lebih mudah dengan kalkulator cukai pendapatan kami. Jadi yang pertama untuk mengetahui aplikasi baharu kami, promosi eksklusif dan berita terkini!

  • Nama Anda
  • Alamat E-mel Anda
  • Nombor Telefon Anda
Pengiraan

Tips cukai pendapatan terkini

Semua yang anda perlu tahu untuk memfailkan cukai pendapatan anda

Fakta Tentang Cukai Pendapatan di Malaysia yang Anda Patut Tahu

Perkara yang paling penting tentang cukai pendapatan adalah mengetahui jumlah hutang anda terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Perkara kedua terpenting adalah mengetahui jenis pelepasan cukai yang tersedia untuk anda; terutamanya tentang pelepasan cukai baharu yang menggantikan pelepasan cukai lama setiap tahun.

Kami akan menjelaskan semua yang anda perlu tahu apabila tibanya musim membayar cukai pendapatan.

Siapa yang harus memfailkan cukai pendapatan?

Mana-mana individu yang memperolehi pendapatan minimum tahunan sebanyak RM34,000 selepas potongan EPF diwajibkan untuk memfail cukai pendapatan. Ini bermaksud, pendapatan minimum bulanan adalah sebanyak RM2,833 sebulan selepas potongan EPF, atau kira-kira RM3,000 pendapatan kasar. Pendapatan anda adalah termasuk segala pendapatan sampingan, dan bukan sahaja pendapatan daripada pekerjaan utama anda.

Walaupun anda harus memfailkan cukai, tidak semestinya anda harus membayar segala-galanya kerana terdapat pelepasan cukai dan rebat untuk anda.

Potongan dan pelepasan cukai dan rebat

Potongan cukai. Bagi pembayar cukai individu, kebanyakan potongan cukai yang digunakan untuk cukai pendapatan peribadi adalah hasil daripada Derma dan Hadiah. Jika anda memfailkan cukai pendapatan perniagaan, terdapat kategori perbelanjaan khusus yang dibenarkan oleh perniagaan untuk menuntut potongan cukai. Ketahui lebih lanjut tentang derma dan hadiah yang dibenarkan di bawah potongan cukai.

Pelepasan cukai. Terdapat pelepasan peribadi yang boleh ditolak oleh setiap pembayar cukai di Malaysia apabila pendapatan mereka mencapai tahap pendapatan bercukai. Di samping itu, terdapat pelepasan lain yang boleh anda tolak daripada pendapatan bercukai anda jika anda telah membelanjakan wang dalam kategori tersebut untuk tahun taksiran tersebut. Rujuk senarai semua pelepasan cukai peribadi yang boleh anda tuntut ini.

Rebat cukai. Ini berbeza daripada pelepasan cukai kerana rebat cukai ditolak daripada jumlah cukai sebenar. Contohnya, zakat, fitrah dan levi pelepasan yang dibayar untuk menunaikan umrah dan ziarah ke tempat suci adalah perbelanjaan yang boleh dimasukkan. Semak jumlah rebat cukai yang anda layak dapatkan.

Apakah itu Potongan Cukai Bulanan (PCB)?

Sejak tahun 2014, rakyat Malaysia tidak perlu menghantar cukai secara  manual dan boleh menggunakan Potongan Cukai Bulanan sebagai pembayaran cukai terakhir mereka. PCB membolehkan majikan melakukan penolakan pembayaran cukai daripada pendapatan pekerja mereka.

Majikan menggunakan data peribadi pekerja mereka yang dihantar kepada bahagian Human Resource sebagai proses PCB. Namun, untuk mendapatkan jumlah PCB yang tepat, pekerja harus memberikan butiran yang terperinci kepada majikan mereka.

Anda perlu menghantar Borang TP1. Anda perlu memaklumkan pelepasan cukai lain yang anda layak di dalam borang ini untuk memudahkan pengiraan PCB anda. Pelepasan cukai yang termasuk di dalam borang ini adalah:

  • Rawatan perubatan, keperluan khas dan perbelanjaan penjaga untuk ibu bapa;
  • Alatan sokongan asas untuk kegunaan pekerja kelainan upaya, pasangan atau ibu bapa;
  • Fi pendidikan sendiri;
  • Perbelanjaan perubatan untuk penyakit serius;
  • Deposit bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i);
  • Pembelian peralatan sukan;
  • Pembayaran nafkah kepada bekas isteri;
  • Insurans nyawa;
  • Insurans pendidikan/perubatan;
  • Anuiti tertunda;
  • Faedah untuk pinjaman rumah (tertakluk pada syarat perjanjian); dan
  • Pembayaran zakat (hanya jika belum ditolak melalui PCB).

Dengan maklumat yang diberikan oleh pekerja, majikan boleh membuat pembetulan ke atas jumlah PCB anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) setiap bulan.

Pembayar cukai haruslah memenuhi kriteria yang berikut untuk mengelakkan daripada memfail cukai buat kali kedua apabila tibanya musim cukai:

  • Pekerja tersebut haruslah menerima pendapatan pekerjaan mereka di bawah Seksyen 13 Akta Cukai Pendapatan 1967;
  • PCB pekerja tersebut haruslah dilakukan di bawah Peraturan 1994 Cukai Pendapatan (Potongan daripada Saraan); dan
  • Pekerja tersebut haruslah berkhidmat di bawah majikan yang sama selama 12 bulan dalam tahun yang sama (cth. 1 Januari – 31 Disember);
  • Pendapatan daripada pekerjaan tersebut haruslah menjadi satu-satunya punca pendapatan pekerja tersebut;
  • Pekerja tersebut tidak memfailkan cukai bersama pasangan.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin memfailkan cukai, anda masih boleh melakukannya sebelum tarikh tamat tempoh setiap tahun.

Failkan cukai berasingan atau bersama pasangan?

Jika anda sudah berumah tangga, ada beberapa perkara yang anda harus pertimbangkan seperti memfailkan cukai secara berasingan atau bersama pasangan anda. Lakukan keputusan yang betul supaya anda dan pasangan anda lebih bermanfaat.

Memilih pemfailan di bawah status yang betul adalah keputusan yang besar bagi mereka yang sudah berkahwin. Di bawah Seksyen 45 Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967, semua pasangan yang sudah berkahwin di Malaysia berhak untuk memilih sama ada memfailkan secara berasingan atau bersama pasangan mereka.

Secara amnya, jika kedua-dua pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi, mereka digalakkan untuk memfailkan cukai seara berasingan untuk mengoptimumkan segala potongan cukai dan penolakan yang tersedia untuk mereka.

Berikut adalah perbezaan antara pemfailan cukai berasingan dan berpasangan:

Pemfailan berasingan

  • Suami dan isteri memfailkan cukai pendapatan mereka secara berasingan;
  • Suami dan isteri masing-masing berhak mendapat pelepasan cukai peribadi mereka sendiri dan pelepasan cukai lain;
  • Pasangan yang melakukan pemfailan cukai tidak boleh menebus pelepasan cukai pasangan mereka sebanyak RM3,000 – atau pelepasan cukai sebanyak RM3,500 jika pasangan mereka berkelainan upaya;
  • Pelepasan cukai kanak-kanak (jika berkenaan) hanya boleh ditebus oleh salah seorang ibu atau ayah.

Pemfailan berpasangan

  • Jika kedua-dua pasangan ingin melakukan pemfailan bersama, mereka harus menyediakan hitam putih bertulis selewat-lewatnya 1 April setiap tahun;
  • Pemfailan tersebut mestilah dilakukan dibawah nama suami atau isteri. Pendapatan daripada kedua-dua pasangan mestilah digabungkan;
  • Pelepasan cukai peribadi hanya boleh ditebus sekali sahaja setelah suami dan isteri berdaftar sebagai individu tunggal;
  • Cara terbaik untuk mengetahui sama ada anda harus memfailkan cukai secara berasingan atau berpasangan adalah melakukan pemfailan cukai melalui kedua-dua cara. Lakukan pengiraan dan lihat bayaran balik bersih atau baki kedua-dua cara;
  • Jika anda menggunakan e-filing untuk memfailkan cukai, anda boleh semak bayaran cukai untuk setiap individu dan bandingkan dengan pemfailan berpasangan. Dengan cara ini anda boleh mengetahui status pemfailan yang mana memberikan anda lebih manfaat.

Jika anda ada pertanyaan, sila lawat panduan pendapatan cukai kami untuk maklumat lanjut tentang syarat dan peraturan yang sedia ada.