Berminat? Isi butiran anda di bawah dan tunggu panggilan dari kami.

Bagaimana Kami Boleh Mengembangkan
Perniagaan Anda

Kewangan adalah antara topik yang agak berat dan kompleks untuk dijelaskan. Tidak mudah untuk mendidik para pelanggan, terutama sekali jika anda perlu mengikut garis pematuhan. Sebab inilah mengapa penyedia perkhidmatan kewangan menggunakan agensi dan firma pemasaran untuk membantu mereka dengan memberi pelbagai penyelesaian pemasaran.

  • Memacu produk dan kesedaran jenama melalui kepakaran perkhidmatan kewangan kami.

  • Menyediakan data tingkah laku dan cara pemikiran pengguna yang mendalam.

  • Memperoleh pelanggan baru dalam jumlah yang besar dengan lebih efektif.

  • Mempunyai aset media dan penglibatan pengguna yang tinggi (imoney.my, imoney.ph).

Berminat?

Isi butiran anda di bawah dan tunggu panggilan dari kami.







    Perkhidmatan Pemasaran Kami

    Kami menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh untuk setiap keperluan pemasaran anda.

    • Pemasaran Kandungan

      Menghasilkan kandungan kewangan terbaik di laman Pusat Pembelajaran iMoney, atau di saluran yang lain.

    • Pemasaran Digital

      Menggunakan pendekatan analitis dan berpandukan data untuk kempen digital, yang diambil dari data pihak pertama iMoney.

    • Reka Bentuk dan Perkembangan

      Mengkonsepsikan, mereka bentuk dan menghasilkan kreatif seperti banner, halaman laman web dan EDM.

    • Pengurusan Media Sosial dan KOL

      Mengurus kempen media sosial dan kempen KOL.

    • Kajian

      Melakukan kajian pasaran atau data dan menyediakan maklumat mendalam untuk kandungan dan kempen PR.

    • Pengurusan Perhubungan Awam

      Menguruskan kempen perhubungan awam seperti siaran akhbar, temu duga, acara media dan pengiklanan kandungan.

    • Pengiklanan Jualan Media

      Mengiklankan aset iMoney di laman web, surat berita dan platform media sosial.

    • Mengenalpasti Bakal Pelanggan

      Mengenalpasti bakal pelanggan secara bersasar serta memeriksa kelayakan pelanggan melalui khidmat pelanggan kami.

    Kajian Kes Yang Berjaya

    • Hong Leong DuitSmart Campaign 2019

      Bersempena dengan Hari Malaysia 2019, Hong Leong Bank telah melancarkan kempen DuitSmart dengan kerjasama iMoney. Kami mengkonsepsi dan menghasilkan kempen melalui pelbagai saluran termasuklah menyediakan iMoney CreditScore secara dalam talian dan di lapangan. Kami juga menghasilkan video sosial, sebuah kandungan media sosial bersiri dan kandungan celik kewangan.

    • Pulse dari Prudential Campaign 2020

      Pulse by Prudential adalah sebuah aplikasi kesihatan dan kesejahteraan yang dilancarkan pada 2019. iMoney menerajui kempen tersebut demi memacu pemikiran dari pakar industri bagi tujuan memaklumkan jenama dan aplikasi tersebut. Kempen ini merangkumi panduan 12 bahagian di Pusat Pembelajaran iMoney, satu kempen PR tentang kajian yang kami jalankan termasuklah perbincangan panel. Juga, kami menjalankan kempen radio di Mix.FM tentang pendidikan kesihatan dan kesejahteraan.

    • CIMB e Credit Card #ExtraNotOrdinary Campaign 2020

      CIMB Bank telah melancarkan e Credit Card yang bertujuan untuk memaksimumkan kepuasan perbelanjaan dalam talian, tambah nilai eWallet, pembayaran bil automatik dan perbelanjaan tanpa sentuh di kedai fizikal. iMoney telah membantu mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan kad kredit tersebut termasuklah manfaat melalui cara yang menyeronokkan dan menyenangkan. iMoney telah menghasilkan kandungan artikel komik yang menekankan manfaat dan ciri-ciri kad tersebut. Pempengaruh tempatan seperti Brandon Ho dan Mark O’Dea juga terlibat dalam cabaran video bagi menentukan siapa yang mempunyai paling banyak mata ganjaran untuk CIMB e-Credit Card mereka. Video tersebut telah melebihi sasaran tontonan sebanyak 137%, dan kandungan komik tersebut pula melebihi sasaran Unique Page View sebanyak 15%.

    Statistik Kami

    Objektif kami adalah untuk membantu Rakyat Malaysia dan Filipina membuat keputusan dengan menyimpan dan memperoleh wang dengan lebih banyak, termasuklah menyediakan tawaran kewangan terbaik dan tips kewangan yang bermanfaat.

    • 42M+
      Pelawat laman web
    • 1.3M
      Pelanggan e-mel
    • 22K
      Purata transaksi bulanan
    • 116
      Rakan kongsi
    • 570
      Senarai produk kewangan
    • 33M+
      Pelawat laman web
    • 2.1M
      Pelanggan e-mel
    • 18K
      Purata transaksi bulanan
    • 37
      Rakan kongsi
    • 300
      Senarai produk kewangan

    Anugerah Kami

    • Excellence in Data-Driven Marketing (Emas)

    • Marketing Team of the Year (Perak)

    Antara Rakan Kongsi Kami