Insurans Kereta Terbaik

Dapatkan insurans kereta terbaik dan pandu dengan selamat.

Insurans Kereta di Malaysia: Semak & Renew di iMoney
header detail header detail

Kami menjumpai 13 insurans kereta untuk anda!

Dapatkan perlindungan menyeluruh untuk kehilangan atau kerosakan pada motosikal anda.
Plan motor dengan tambahan SUPER NILAI untuk melindungi mereka yang anda sayangi.
Insurans kereta persendirian & insurans motor Berjaya Sompo melindungi kenderaan anda daripada sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan.
Insurans motor yang memberi anda perlindungan premium untuk kereta anda.
Plan takaful motor yang komprehensif, dilengkapi dengan tambahan SUPER NILAI untuk melindungi orang yang disayangi dan kenderaan anda.
Perjalanan riang bermula dengan polisi motor yang mudah dan komprehensif.
Untuk pemanduan tanpa kebimbangan, daftar untuk insurans kereta persendirian hari ini.
Allianz menawarkan perlindungan yang boleh dipercayai dan ketenangan fikiran yang anda perlukan untuk kereta atau motosikal anda
SmartDrive Safe ialah pelan insurans motor inovatif yang menggalakkan tingkah laku pemanduan selamat dengan mengurangkan gangguan pemandu dan menambah baik pengalaman memandu.
Tokio Marine AutoPro direka untuk menyediakan perlindungan insurans motor yang lebih komprehensif untuk kenderaan anda pada premium yang berpatutan.
Dapatkan perlindungan menyeluruh untuk kehilangan atau kerosakan pada motosikal anda.
Untuk pemanduan tanpa kebimbangan, daftar untuk insurans kereta persendirian hari ini.
Pelan insurans motor yang inovatif yang menggalakkan pemanduan selamat dan dilengkapi dengan peranti Bravo Tag untuk menyediakan bantuan kecemasan di tepi jalan.
Terakhir dikemaskini: Okt 16, 2024

Soalan Lazim Apakah itu insurans kereta?

Insurans kereta adalah sejenis perlindungan yang memberikan anda pampasan kewangan jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku pada kereta anda. Di Malaysia, setiap kereta diwajibkan untuk mempunyai polisi insurans sebelum kereta tersebut diberikan cukai jalan dan dibenarkan untuk dipandu di jalan raya.

  • Insurans kereta melindungi kereta anda untuk satu jumlah wang yang tertentu (bergantung pada liputan perlindungan) untuk membaiki kereta anda jika berlakunya kemalangan atau sesuatu pada kereta anda. Juga, anda perlu membayar fi tahunan untuk perlindungan ini kepada penyedia insurans pilihan anda.

  • Kebiasaannya, anda akan ditawarkan insurans kereta semasa anda membeli kereta. Namun, ada pelbagai jenis penyedia insurans kereta yang tersedia jika anda ingin menukar kepada penyedia insurans kereta yang lain. Gunakan alat perbandingan insurans kereta kami dan cari perlindungan insurans kereta yang sesuai dengan anda.

  • Ya, anda boleh. Penyedia insurans kini menawarkan perkhidmatan mereka melalui dalam talian. Sila gunakan kemudahan alat perbandingan insurans kereta kami dan cari perlindungan insurans kereta yang sesuai dengan anda.

  • Ini bergantung pada cara anda hendak melindungi kereta anda. Walau bagaimanapun, memiliki perlindungan insurans kereta komprehensif adalah lebih baik kerana ia bukan sahaja melindungi kereta pihak ketiga, tetapi juga kereta anda sendiri jika berlaku kemalangan.

    Perlindungan Perlindungan Komprehensif Perlindungan Pihak Ketiga
    Kehilangan atau kerosakan ke atas kereta anda sendiri yang diakibatkan oleh kemalangan, kebakaran dan kecurian
    Kematian atau kecederaan badan pihak ketiga
    Kerosakan atau kehilangan harta pihak ketiga

    Juga, perlindungan insurans yang tersenarai di sini tidak melindungi semua jenis situasi. Syarikat insurans menyediakan insurans yang khas untuk melindungi cermin kereta anda dan perlindungan daripada bencana alam secara berasingan.

  • Cara yang paling mudah adalah dengan mengambil insurans kereta yang baharu apabila insurans kereta anda sudah hampir tamat tempoh. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mengambil insurans kereta daripada penyedia baharu pada bila-bila masa dengan menghubungi khidmat pelanggan mereka atau melalui senarai pilihan kami.

  • Ya, boleh. Kebanyakan penyedia insurans membenarkan anda memindah polisi insurans kereta kepada pemilik baharu jika anda menjual kereta anda (atau sekadar memberi kereta). Namun, Kadar Diskaun/Bonus tiada tuntutan (NCB) anda tidak boleh dipindahkan kepada pemilik baharu.

  • Kesemua penyedia insurans kereta akan menyediakan sebut harga kepada anda secara percuma. Hanya hubungi ejen khidmat pelanggan mereka untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut.

  • Kebiasaannya kadar insurans kereta tidak dipaparkan. Namun, anda boleh menganggarkan bajet insurans kereta anda berdasarkan kapasiti enjin kereta dan jenis perlindungan yang sesuai dengan anda. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan iMoney untuk mendapatkan sebut harga insurans kereta anda.

  • Untuk menebus insurans kereta, anda perlu menghubungi penyedia insurans kereta anda dan memaklumkan kepada mereka tentang situasi kereta anda. Juga, anda perlu membuat laporan polis dan menyimpan salinan laporan polis tersebut. Untuk mengetahui cara menebus insurans kereta dengan lebih lanjut, sila lawat Pusat Pembelajaran kami.

  • Ya, penyedia insurans anda boleh membatalkan tebusan anda jika kerosakan tersebut tidak dilindungi oleh polisi insurans anda. Ini mungkin disebabkan oleh kerosakan-kerosakan yang berikut:

    1. Kerosakan yang berpunca daripada anda sendiri tetapi anda hanya mempunyai perlindungan kerosakan pihak ketiga
    2. Anda tidak mempunyai perlindungan kerosakan seperti banjir atau tanah runtuh
    3. Bahagian kerosakan kereta anda tidak dilindungi oleh polisi insurans anda.

Dapatkan tips kewangan mingguan!

*Tips percuma. Batalkan langganan bila-bila masa.
image of two hands holding a package