Kemewahan Terbaik
Selain memberikan 1 Mata Ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk semua pembelian runcit, Hong Leong American Express Platinum menawarkan 2 Mata Ganjaran untuk semua pembelian luar negara. Dengan kad ini, anda dapat menikmati perkhidmatan istimewa di pilihan hotel mewah di seluruh dunia dan pengalaman makan yang mewah, baik di dalam atau luar negara. Kad ini juga dilengkapi dengan pelbagai perlindungan insurans perjalanan termasuk Insurans Kemalangan Udara, Kemalangan Peribadi Luar Negara, Ketidakselesaan Perjalanan, serta Perkhidmatan Bantuan Rumah dan Auto.
Yuran dan Caj
Yuran tahunan untuk kad utama ialah RM848 dan RM424 untuk kad tambahan. Mata Ganjaran akan tamat tempoh pada 31 Disember 2015. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) termasuk dalam yuran tahunan. Selain itu, dengan menyelesaikan pembayaran tepat pada waktunya (iaitu menyelesaikan pembayaran minimum, 5% daripada baki tertunggak atau RM50 mana yang lebih tinggi), anda akan menikmati caj kewangan yang rendah iaitu 15% setahun.
Adakah Anda Layak Untuk Hong Leong American Express Platinum?
Untuk memohon Hong Leong American Express Platinum, anda perlu mempunyai pendapatan minimum RM5,000 dan berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
Mencari lebih banyak pilihan? Pakar kad kredit kami juga mencadangkan anda untuk melihat kad kredit lain yang serupa seperti Hong Leong Kad Platinum dan Maybank Kad American Express Platinum, yang mungkin sesuai dengan keperluan anda.
Jika anda ingin memperluas carian kad kredit anda, semak lebih banyak kad kredit Hong Leong dan mula membandingkan hari ini!