Bagaimanakah cara untuk memohon HSBC Kad Visa Signature?
Anda boleh memohon HSBC Kad Kredit Visa Signature di sini.
Senarai Mall Yang Menyertai Kempen HSBC
PDF
Klang Valley |
Mid Valley Megamall |
The Gardens Mall |
1 Utama |
Atria Shopping Gallery |
Bangsar Shopping Centre |
Bangsar VillageEmpire Shopping Gallery |
Hartamas Shopping Centre |
IOI City Mall |
IPC Shopping Centre |
Lot 10 |
Low Yat Plaza |
Nu Sentral |
Paradigm Mall |
Pavilion Kuala Lumpur |
Publika Shopping Gallery |
Setia City Mall |
Sogo |
Starhill Gallery
|
Sungei Wang Plaza |
Sunway Putra Mall |
Sunway Pyramid |
Suria KLCC |
The Curve
|
Tropicana City Mall |
|
Johor |
AEON Tebrau City |
Johor Bahru City Square |
Johor Premium Outlets |
KSL City Mall |
Sutera Mall |
Penang |
Gurney Paragon Mall |
Gurney Plaza |
Queensbay Mall |
Sunway Carnival |
East Malaysia |
Borneo Hypermall |
Apakah kadar faedah, fi, dan kadar caj yang lain?
Kadar faedah: |
15.0% setahun jika pembayaran dilakukan selama 12 bulan berturut-turut. |
17.0% setahun jika pembayaran dilakukan selama 10 bulan atau lebih berturut-turut untuk 12 bulan terkini. |
18.0% setahun untuk pemegang kad kredit yang tidak tergolong dalam kategori di atas. |
Fi tahunan |
RM600 (Dikecualikan dengan minimum swipe 1x sekali sebulan selama 12 bulan berturut-turut dan perbelanjaan tahunan minimum RM2,000) |
Cukai perkhidmatan |
RM25 setahun. |
Apakah syarat kelayakan untuk HSBC Kad Visa Signature?
Berikut adalah syarat kelayakan untuk kad ini:
- Minimum pendapatan bulanan sebanyak RM6,000 diperlukan
- Pemengang kad utama haruslah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
Kad manakah yang lebih bagus, antara HSBC Kad Visa Platinum atau HSBC Kad Visa Signature?
HSBC Kad Visa Platinum direka khas untuk perbelanjaan tanpa sentuh dan runcit. HSBC Kad Visa Signature pula direka untuk memberi ganjaran dan perbelanjaan dalam talian. Jadi, kad yang lebih baik sebenarnya bergantung pada anda.
Adakah HSBC Kad Visa Signature menawarkan insurans perjalanan?
Tidak, HSBC Kad Visa Signature tidak menawarkan insurans perjalanan.
Adakah HSBC Kad Platinum Mastercard menawarkan ruang istirahat lapangan terbang?
Ya, HSBC Kad Visa Signature menawarkan akses ruang istirahat di lapangan terbang.
Berapakah jumlah kad tambahan yang boleh dimohon?
Setiap pemegang kad utama layak untuk memohon sehingga lima (5) kad tambahan.
Bagaimanakah cara untuk mengetahui status permohonan saya?
Selepas anda melengkapkan butiran permohonan, anda akan menerima pautan unik melalui SMS untuk anda semak status permohonan anda.
Bagaimanakah cara untuk menambah/mengurangkan had kredit HSBC Kad Visa Signature?
Anda boleh memohon untuk menambah had kredit enam (6) bulan selepas tarikh had Kad Kredit anda dikurangkan. Untuk memohon, anda perlu menghantar dokumen pendapatan terkini di mana-mana cawangan HSBC atau hubungi khidmat pelanggan mereka.
Bagaimana untuk menebus hadiah kempen?
Sila rujuk DI SINI untuk jadual masa yang jelas mengenai proses permohonan penuh dan penebusan hadiah.
Bagaimanakah cara untuk menyemak mata ganjaran semasa?
Anda boleh menyemak mata ganjaran semasa anda melalui aplikasi telefon pintar HSBC dan melalui penyata bulanan anda.
Bolehkah saya menukar mata ganjaran kepada Air Miles?
Ya, anda boleh menukar kepada mata ganjaran Enrich MAS.
Bagaimanakah cara untuk menebus mata ganjaran?
Anda boleh menebus mata ganjaran Kad Kredit HSBC melalui laman web ini.