Pelaburan Dalam Talian
Banding dan Terokai Perjalanan Pelaburan Anda
Kami menjumpai 13 pelaburan online untuk anda!
CapBay P2P Invest
- Permulaan Min.
- RM 10000
- Platform
- Yuran Tahunan
- N/A
Dapatkan pulangan bersih sehingga 10% setahun
Pilihan patuh shariah tersedia!
Pelaburan yang lancar. Tambah nilai. Pilih risiko keutamaan anda. Nikmati pulangan anda!
**PROMOSI! Rujuk rakan dan dapatkan RM100 setiap seorang
Webull MY
- Permulaan Min.
- RM 0
- Platform
- Yuran Dagangan
- -
Kos Dagangan Rendah: Melabur di pasaran MY dan AS dengan *0 komisen selama 180 hari tanpa yuran platform.
24 Jam Dagangan: Berdagang di pasaran AS, mengikut waktu Malaysia.
Data Pasaran Percuma: *Akses kepada data pasaran Blue Ocean Lv2 untuk keputusan pelaburan yang bijak adalah penting.
EPF i-Invest
- Permulaan Min.
- RM 1000
- Platform
- Yuran Tahunan
- NA
Rekod prestasi terbukti dengan penganugerahan.
Mudah: Transaksi, semuanya dalam talian
Pelaburan Tanpa Tunai: Tiada simpanan tunai? Gunakan simpanan KWSP anda!
Kepelbagaian: Dapatkan pendedahan kepada dana tempatan atau asing
Moomoo
- Permulaan Min.
- RM 0
- Platform
- Yuran Dagangan
- NA
One App to Trade MY & US Stocks
Seamlessly trade in Malaysia & US stocks, ETFs, warrants, and REITs in one single platform.
Lower Costs, Commission-free*
Regulated by the Securities Commission Malaysia (SC) & Protected by Capital Market Compensation Fund (CMC Fund)
Shariah screener for MY, US & HK stocks.
SME Debt Investment
- Permulaan Min.
- RM 100
- Platform
- Yuran Tahunan
- N/A
Nikmati pulangan terjamin sehingga 8%* p.a.
Platform pelaburan yang menghubungkan pelabur untuk melabur dalam pembiayaan PKS tempatan. Nikmati pengalaman pelabur yang lancar dengan Auto Invest dan benarkan sistem memperuntukkan pelaburan secara automatik bagi anda. *Yuran Perkhidmatan Dikenakan
StashAway
- Permulaan Min.
- RM 0
- Platform
- Yuran Tahunan
- 0.2% - 0.8%
Bina portfolio secara automatik berdasarkan risiko profil dan matlamat kewangan anda. Mula melabur dalam dagangan global ETF pada kos rendah dan algoritma hak milik StashAway akan menguruskan portfolio anda mengikut aliran pasaran.
Tokenize Xchange
- Permulaan Min.
- RM 100
- Platform
- Yuran Dagangan
- 0.8%
Dapatkan kod promosi masa terhad anda untuk pulangan segera 25% untuk pelaburan mata wang kripto pertama anda.
Mulakan dan nikmati perjalanan pelaburan aset digital anda melalui platform mata wang kripto yang mudah dan intuitif.
MIDF Invest
- Permulaan Min.
- RM 0
- Platform
- Yuran Tahunan
- N/A
- Yuran pelaburan percuma untuk pendaftaran baharu.
- Hanya 15 minit untuk membuka akaun.
- Platform pelaburan yang telah memenangi pelbagai anugerah dan kini disokong oleh Saxo.
- Liputan luas kepada lebih 10,000+ saham A.S dan ETF.
- Menawarkan produk patuh Shariah yang mendapat kelulusan pakar Shariah.
- Dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti dan juga disokong oleh MIDF Amanah Investment Bank Berhad.
Affin Hwang
- Permulaan Min.
- RM 4500
- Platform
- Yuran Tahunan
- N/A
Pelbagaikan pelaburan anda dan dapatkan pendedahan kepada pelbagai sekuriti dan komoditi hanya dengan modal yang kecil.
Lindungi pasaran anda yang sentiasa bergerak naik dan turun melalui Futures. Anda akan peroleh keuntungan dengan pelbagai cara!
Nikmati pulangan maksima sehingga 10x hingga 15x leverage apabila anda berdagang dengan sejumlah besar lot.
Keuntungan diperolehi semasa pasaran meningkat dan menurun.
Wahed Invest
- Permulaan Min.
- RM 0
- Platform
- Yuran Tahunan
- 0.39% - 0.79%
Portfolio halal dalam talian yang berteraskan matlamat dan Shariah. Laburlah dalam stok Malaysia dan US (ETF), dan unit amanah sukuk.
BEST Invest
- Permulaan Min.
- RM 10
- Platform
- Yuran Tahunan
- 0.5% - 1.8%
Simpan wang anda ke dalam unit amanah yang melabur dalam pasaran dana ekuiti global, sukuk dan dana wang. Semua portfolio adalah patuh Shariah yang memfokuskan pelaburan mapan.
MYTHEO
- Permulaan Min.
- RM 100
- Platform
- Yuran Tahunan
- 0.5% - 1%
Bina portfolio secara automatik dan bebas semasa menguruskan peruntukkan pendapatan, perkembangan dan aset lindung nilai inflasi. Pelaburan pada kos rendah dan dalam dagangan global ETF.
Akru
- Permulaan Min.
- RM 0
- Platform
- Yuran Tahunan
- 0.2% - 0.7%
Penasihat robo Malaysia yang pertama ini menawarkan pelaburan kos rendah dalam dagangan global ETF. Bina portfolio berdasarkan matlamat dan risiko profil anda.
Baca lebih lanjut mengenai Pelaburan Online
Soalan Lazim Pelaburan Dalam Talian di Malaysia
Ketahui dengan lebih mendalam tentang jenis-jenis pelaburan dalam talian yang tersedia untuk semua pelabur di Malaysia. Berikut adalah beberapa perkara yang anda harus tahu sebelum memulakan pelaburan.
Melabur bersama SME Debt Investment sekarang!
Dapatkan jaminan RM10 isian semula Touch ‘n Go untuk 100 pelabur pertama yang mendaftar dan melabur.
* Tertakluk pada terma dan syarat
-
Mulakan dengan memilih platform pelaburan dalam talian yang sesuai untuk anda di senarai kami. Semak butiran lain dan pastikan platform pelaburan pilihan anda mempunyai lesen dan telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Kebanyakan platform pelaburan dalam talian tidak memerlukan pembukaan akaun bank secara fizikal. Namun, anda masih perlu membuka akaun Sistem Depositori Pusat bersama bank syarikat/pelaburan pembrokeran saham jika anda ingin melabur dalam stok melalui pelaburan tradisional.
-
Berikut adalah pilihan pelaburan dalam talian di Malaysia:
- Amanah Saham Bumiputera (ASB)
- Saham blue chip
- Mata wang kripto
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Pendanaan ramai ekuiti
- Dana Dagangan Bursa (ETFs)
- Pelaburan P2P (pendanaan ramai berasaskan hutang)
- Skim Persaraan Swasta (PRS)
- Amanah Pelaburan Hartanah (REITs)
- Penasihat robo
- Unit amanah saham
-
Selain daripada memastikan pilihan pelaburan dalam talian anda mempunyai lesen, anda juga perlu memastikan platform pelaburan tersebut mempunyai yuran pelaburan yang rendah dan perkhidmatan pelaburan yang mudah alih. Pilih platform yang boleh memudahkan penggunaan anda, dan lebih bagus jika platform tersebut menyediakan akaun dagangan demo sebagai fasa pembelajaran.
-
Walaupun pelaburan merupakan usaha yang baik untuk membina kewangan anda dalam jangka masa yang panjang, masih terdapat beberapa risiko yang anda harus ketahui sebelum anda mula melabur.
Tahap risiko – Ini merujuk kepada tahap risiko yang anda boleh tanggung sebelum memasukkan wang ke dalam pelaburan. Anda harus tahu ke mana wang anda dilaburkan dan jumlah kerugian yang anda boleh tanggung dengan terperinci.
Risiko pasaran – Perubahan kewangan global yang boleh memberi kesan terhadap pelaburan anda dan yang akan mengakibatkan turun naik harga pasaran.
Risiko gagal bayar – Mana-mana syarikat atau individu akan dianggap sebagai gagal bayar (default) jika mereka gagal membuat pembayaran prinsipal dan faedah mengikut tarikh yang telah dipersetujui. Risiko ini adalah lebih tinggi jika pelaburan tersebut dilakukan dalam satu syarikat sahaja, sama ada melalui saham atau bon.
Risiko inflasi – Ini merujuk kepada kemungkinan kemerosotan aset atau pendapatan masa depan pelaburan anda yang disebabkan oleh faktor inflasi. Risiko inflasi harus diambil kira jika anda ingin melabur dalam portfolio pelaburan jangka masa panjang.
-
Kebiasaannya, portfolio pelaburan akan dipengaruhi oleh pelaburan berisiko rendah dan tinggi.
Pelaburan berisiko rendah – Pelaburan berisiko rendah mungkin akan memberikan anda kadar pulangan yang lebih rendah tetapi anda akan lebih mudah untuk mendapat pulangan. Pelaburan berisiko rendah meliputi jaminan pulangan tetap yang ditawarkan oleh deposit tetap, termasuklah pasaran wang dan dana pendapatan tetap.
Pelaburan berisiko tinggi – Pelaburan berisiko tinggi mungkin akan memberikan anda pulangan yang lebih banyak, tetapi pada risiko yang lebih tinggi. Pelaburan berisiko tinggi meliputi hartanah, saham dividen dan semua jenis dana ekuiti global/antarabangsa, termasuklah kontrak niaga hadapan dan kontrak opsyen yang berisiko tinggi. Sebagai pelabur, anda digalakkan untuk menyemak toleransi risiko, situasi kewangan, dan matlamat jangka panjang anda sebelum melabur secara berisiko tinggi.
-
Jumlah minimum yang boleh dilabur bergantung pada jenis pelaburan dalam talian pilihan anda. Sesetengah platform mungkin akan memerlukan pelaburan permulaan serendah RM50 – RM100.
Sila rujuk bahagian pelaburan dalam talian seperti penasihat robo, pelaburan P2P, pendanaan ramai ekuiti atau mata wang kripto untuk melihat jumlah pelaburan minimum mengikut kategori masing-masing.
-
Secara asas, Pelaburan Rakan Setara (P2P) adalah sejenis bentuk kemudahan yang menawarkan usahawan dan peniaga-peniaga kecil untuk memperolehi wang dalam jumlah yang kecil daripada sekumpulan pemberi pinjaman. Di Malaysia, pelaburan P2P berfungsi melalui platform dalam talian yang berdaftar bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Para pelabur boleh meminjamkan wang melalui platform-platform yang tersedia kepada perusahaan yang berfungsi sebagai peminjam.
-
Ya, ia adalah pelaburan yang sah di sisi undang-undang di Malaysia. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia adalah badan yang mengawal selia pelaburan P2P. Sebelum anda mula melabur dalam apa-apa jenis pelaburan di platform P2P, anda dinasihatkan untuk menyemak jika platform P2P tersebut diberikan lesen oleh SC. Terdapat garis panduan ketat mereka yang ingin menggunakan platform ini. Juga, semua platform yang berlesen sentiasa menyemak perancangan perniagaan dan rekod skor kredit peminjam.
-
Ya, pelaburan P2P adalah selamat. Anda boleh melabur dengan selamat menggunakan platform P2P yang berdaftar di Malaysia. Walau bagaimanapun, pelaburan P2P juga mempunyai risiko yang tersendiri.
-
- Pelabur boleh menjangkakan pulangan yang lebih tinggi melalui pelaburan P2P berbanding pelaburan yang lain.
- Pelaburan P2P menjangkakan pulangan yang lebih kerap, kebiasaannya pada setiap bulan.
- Jumlah untuk memulakan pelaburan P2P juga kebiasaannya rendah. Sesetengah platform mungkin akan memerlukan pelaburan permulaan serendah RM50 – RM100.
- Pelabur juga mempunyai lebih kawalan ke atas pelaburan mereka. Sebagai pelabur, anda mempunyai hak untuk memutuskan di mana pelaburan anda dilakukan.
-
Mana-mana pelaburan yang melibatkan wang tidak akan terlepas daripada menghadapi risiko, termasuklah pelaburan P2P. Berikut adalah potensi risiko yang berkaitan dengan kemudahan pelaburan ini:
Pulangan tidak dijamin – Apa yang pasti adalah akan ada sesetengah peminjam yang terlupa atau terlepas untuk membuat pembayaran pelaburan. Ini akan mengakibatkan kerugian ke atas jumlah pelaburan anda. Sebagai pelabur pula, anda tidak boleh merujuk kepada platform P2P untuk menuntut kerugian pelaburan.
Risiko penipuan – Para pelabur perlu menyelidik dan menyemak kesahihan dan kebolehpercayaan platform pilihan mereka. Platform P2P yang tertib tentang pelaburan tidak akan menyimpan wang pelaburan anda di dalam organisasi tersebut. Sebaliknya, kesemua wang pelaburan berada di bawah pengawasan pemegang amanah bebas dan yang berlesen.
Risiko kehilangan pelaburan –. Tiada jaminan kepada para pelabur untuk mendapatkan semula pelaburan jika peminjam gagal untuk menyelesaikan pinjaman mereka. Ini lebih berisiko jika pelabur melabur dalam jumlah yang banyak.
Jumlah peminjam yang masih kecil – Pelaburan P2P di pasaran Malaysia boleh dikatakan belum mencapai umur yang matang. Jadi, jumlah peminjam P2P masih lagi kecil. Juga, sesetengah peminjam P2P terdiri daripada perniagaan yang berada di peringkat permulaan.
Risiko pencairan – Pelabur tidak boleh meminta peminjam untuk membayar semula wang mereka dengan serta merta. Peminjam mempunyai tempoh yang telah dipersetujui untuk membayar pinjaman tersebut, sekali gus mengikat wang pelabur kepada persetujuan tersebut. Jika anda seorang pelabur, pastikan anda tidak memerlukan wang pelaburan anda di sepanjang tempoh ini.
-
Pelaburan P2P mungkin mempunyai risiko yang tinggi, namun ia tidak akan mempengaruhi skor kredit peribadi anda.
Juga, sesetengah peminjam P2P mempunyai skor kredit rendah yang tidak memenuhi syarat keperluan pinjaman bank. Oleh itu, anda harus pertimbangkan jika anda ingin mengambil risiko kegagalan pembayaran bulanan oleh peminjam.