- Anda Bayar
- RM 89 /mth
- Kadar Keuntungan
- Jumlah Keuntungan Perlu Dibayar
- RM 70
- Jumlah Keseluruhan
- RM 1,070
Kadar keuntungan tetap bermula dari 4.99% setahun (tertakluk kepada kriteria kelulusan bank)
Nilai pembiayaan boleh mencecah sehingga RM200,000
Kelulusan dalam masa 48 jam. Tiada yuran pemprosesan, jaminan, atau penjamin diperlukan - menjadikan proses lebih mudah dan cekap.
Sila tinggalkan butiran dan khidmat pelanggan kami akan berhubung dengan anda!
Gunakan kalkulator kami untuk mencari pembiayaan peribadi paling sesuai untuk anda.
Pilih produk yang memenuhi keperluan anda dan klik butang Mohon.
Sila isi borang pemohonan dengan butiran anda. Wakil dari iMoney ataupun dari bank akan menghubungi anda untuk memproses permohonan anda.
Pinjaman Peribadi CashFirst Alliance Bank ialah sebuah pinjaman konvensional yang tidak bercagar. Seperti juga pembiayaan peribadi Islam yang ditawarkan oleh Alliance Bank, pinjaman peribadi ini membenarkan anda untuk meningkatkan dana untuk kegunaan sendiri, penambahbaikan rumah dan pelbagai kegunaan. Akan tetapi, pinjaman ini menawarkan kadar faedah yang lebih rendah, dan anda boleh meminjam dari RM5,000 hingga RM200,000.
Kelayakan pendapatan: Pinjaman peribadi ini terbuka kepada mereka yang menjana pendapatan sebanyak RM3,000 dan ke atas, atau mereka yang ingin meminjam jumlah pembiayaan yang lebih tinggi (boleh mencecah sehingga RM200,000).
Kebaikan: Tiada caj pemprosesan, penjamin atau cagaran diperlukan, dan tiada caj penyelesaian awal.*
Anda boleh memohon pembiayaan ini di sini.
Konsep Shariah yang digunakan untuk pembiayaan ini adalah Murabahah, juga dikenali sebagai Komoditi Murabahah.
Jumlah yang boleh dipinjam adalah sehingga 4 kali ganda gaji kasar bulanan anda ATAU sehingga RM200,000 bagi tempoh maksimum pembiayaan selama 7 tahun.
Pemohon mesti berumur antara 21 hingga 60 tahun untuk layak memohon. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 60 tahun pada penghujung tempoh pembiayaan.
Pemohon mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang bekerja dan tinggal di Malaysia dengan gaji kasar minimum sebanyak RM3,000 sebulan.
Warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura namun tinggal di Malaysia boleh dipertimbangkan.
Apabila permohonan lengkap telah dilakukan melalui iMoney, wakil kami akan menghubungi anda dalam hari bekerja yang sama untuk mengesahkan permohonan anda.
Setelah itu, Alliance Bank akan memerlukan tempoh purata 7 hari bekerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad, dan cuti umum) sebelum kelulusan atau pembayaran keluar dilakukan.
Anda perlu mengemukakan dokumen berikut bagi permohonan pembiayaan anda: Pemohon MNC:
Pemohon bukan syarikat MNC atau syarikat berhad swasta:
Pemohon yang bekerja sendiri:
Pemohon komisen pendapatan:
Yuran pengurusan (sekali sahaja): Duti setem sebanyak 0.5% dari nilai pembiayaan akan dipotong sebelum pembiayaan dikeluarkan. Tiada yuran pengurusan lain yang perlu dibayar.
Bayaran berulang: Pembayaran balik bulanan yang merangkumi jumlah prinsipal dan caj keuntungan melalui pemotongan gaji bulanan.
Bagi pelanggan yang mempunyai profil tahap risiko rendah: Kadar keuntungan tetap pada 8.88% sehingga 10.28% setahun (Kadar Rata) sepanjang tempoh keseluruhan pembiayaan.
Bagi pelanggan yang mempunyai profil tahap risiko sederhana: Kadar keuntungan tetap pada 11.28% sehingga 12.88% setahun sepanjang tempoh keseluruhan pembiayaan.
Bagi pelanggan yang mempunyai profil tahap risiko tinggi: Kadar keuntungan tetap pada 15.28% setahun sepanjang tempoh keseluruhan pembiayaan.
*Pinjaman peribadi adalah bergantung kepada taraf risiko individu.
Penalti: Caj bayaran lewat sebanyak 1% dari jumlah pembiayaan tertunggak. Penalti ini akan meningkatkan jumlah keseluruhan pembiayaan tertunggak anda.
Tiada penalti pelangsaian awal akan dikenakan jika anda memberi Alliance Bank: Notis bertulis sekurang-kurangnya 3 bulan awal, ATAU Pembayaran bernilai 3 bulan caj keuntungan sebagai ganti notis awal
Ya, anda boleh. Berikut adalah butiran penyelesaian awal:
Berikut adalah akibat jika anda terlewat membuat pembayaran:
Tidak, anda tidak boleh memohon pembiayaan ini jika nama anda disenarai hitamkan dalam laporan CCRIS.
Tidak, anda perlu menyelesaikan bayaran tertunggak sebelum melakukan permohonan. Adalah dinasihatkan agar anda terus melakukan pembayaran balik pembiayaan mengikut masa untuk tempoh tiga bulan sebelum memohon semula.