- Anda Bayar
- RM 89 /mth
- Kadar Keuntungan
- Jumlah Keuntungan Perlu Dibayar
- RM 70
- Jumlah Keseluruhan
- RM 1,070
Sila tinggalkan butiran dan khidmat pelanggan kami akan berhubung dengan anda!
Gunakan kalkulator kami untuk mencari pembiayaan peribadi paling sesuai untuk anda.
Pilih produk yang memenuhi keperluan anda dan klik butang Mohon.
Sila isi borang pemohonan dengan butiran anda. Wakil dari iMoney ataupun dari bank akan menghubungi anda untuk memproses permohonan anda.
Pembiayaan Islamik 100% patuh Shariah yang berasaskan konsep Komoditi Murabahah. Pembiayaan ini ditawarkan kepada pekerja yang berkhidmat di sektor awam.
Pembiayaan Peribadi MBSB Afdhal-i adalah pembiayaan Islamik 100% patuh Shariah yang berasaskan konsep Komoditi Murabahah. Pembiayaan ini ditawarkan kepada pekerja yang berkhidmat di sektor awam.
Berikut adalah kelebihan Pembiayaan Peribadi MBSB Afdhal-i:
Jumlah yang boleh dipinjam adalah sehingga RM400,000 bagi tempoh maksimum pinjaman selama 10 tahun.
Berikut adalah syarat kelayakan pembiayaan ini:
Apabila permohonan lengkap telah dilakukan melalui iMoney, wakil kami akan menghubungi anda dalam hari bekerja yang sama untuk mengesahkan permohonan anda. Setelah itu, MBSB akan memerlukan tempoh purata 1 hari bekerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum) sebelum kelulusan atau pembayaran keluar dilakukan.
Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur antara 19 hingga 60 tahun untuk layak. Pemohon tidak boleh melebihi umur 60 tahun di akhir tempoh pinjaman. Pemohon adalah kakitangan kontrak kerajaan (Biro, Persekutuan AG, kemudahan potongan gaji Negeri AG), individu berpendapatan tinggi (Premium) danpekerja tetap kepada syarikat sektor swasta terpilih dengan gaji kasar minimum RM2,500 (kontrak), RM15,000 (premium) or RM2,000 (swasta) termasuk elaun setiap bulan. Perlindungan pilihan Takaful.
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk pembiayaan ini:
Sila semak di sini untuk melihat jadual pembayaran MBSB Afdhal-i.
Berikut adalah kaedah bayaran balik pembiayaan ini:
Yuran pengurusan (sekali sahaja): Tiada yuran penyediaan yang perlu dibayar. Bayaran berulang: Pembayaran balik bulanan yang merangkumi jumlah prinsipal dan caj faedah melalui kemudahan potongan gaji bulanan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) atau Akauntan Negara (AG).
Kadar faedah tetap adalah 4.50% setahun (0.38% sebulan) sehingga 4.90% setahun (0.41% sebulan) (kadar tertakluk kepada semakan kredit oleh CIMB Islamic) sepanjang tempoh keseluruhan pinjaman.
Penalti:
Caj bayaran kelewatan (Dalam tempoh kemudahan sebelum matang): Caj bayaran lewat (Ta�widh) akan dikenakan pada kadar 1% setahun daripada jumlah tunggakan dan tidak dikompaunkan.
Caj bayaran kelewatan (Selepas tempoh kemudahan matang): Caj bayaran lewat (Ta�widh) akan dikenakan pada kadar semasa MBSB bersamaan dengan Kadar Pasaran Wang Islam Antara Bank (IIMM).
Tidak, anda perlu menyelesaikan bayaran tertunggak sebelum melakukan permohonan. Adalah dinasihatkan agar anda terus melakukan pembayaran balik pinjaman mengikut masa untuk tempoh tiga bulan sebelum memohon semula.