- Anda Bayar
- RM 89 /mth
- Kadar Faedah
- Jumlah Faedah Perlu Dibayar
- RM 70
- Jumlah Keseluruhan
- RM 1,070
Sila tinggalkan butiran dan khidmat pelanggan kami akan berhubung dengan anda!
Gunakan alat Cadangkan Saya Pinjaman Peribadi kami untuk mencari pinjaman peribadi yang terbaik berdasarkan keperluan dan kelayakan anda.
Pilih produk yang memenuhi keperluan anda dan klik butang Mohon.
Sila isi borang pemohonan dengan butiran anda. Wakil dari iMoney ataupun dari bank akan menghubungi anda untuk memproses permohonan anda.
Tambadana ialah penyedia tempatan yang pakar dalam menyediakan penyelesaian pembiayaan mikro dalam Malaysia. Mereka menyediakan dana untuk perbelanjaan peribadi, kecemasan, atau keperluan kewangan lain, dengan syarat pinjaman yang fleksibel dan pendekatan mesra pengguna.
Kadar faedah tidak akan melebihi 18% setahun (tanpa memerlukan cagaran).
Caj faedah lewat sebanyak 8% setahun akan dikenakan kepada jumlah pinjaman untuk bilangan hari tertunggak.
Agensi Kutipan Hutang akan dilantik untuk mengutip bayaran tertunggak daripada anda. Untuk mana-mana yuran yang ditanggung semasa proses kutipan hutang, seperti yuran agensi kutipan atau yuran guaman, akan dicaj kepada anda.
Tambadana menawarkan perkhidmatan pinjaman kepada pelanggan yang memenuhi kriteria berikut:
● Pemohon mestilah berumur antara 20 dan 60 tahun.
● Pemohon hendaklah bekerja pada masa ini.
● Pemohon mesti mempunyai alamat kediaman yang sah di Semenanjung Malaysia.
● Kriteria kelayakan ini disediakan untuk memastikan perkhidmatan pinjaman disediakan individu yang memenuhi keperluan yang ditetapkan.
Untuk melengkapkan permohonan pinjaman anda, anda perlu menyediakan perkara berikut:
● Salinan NRIC anda (depan dan belakang)
● Slip gaji 3 bulan terkini
● Penyata bank dengan 3 bulan terkini dengan pengkreditan gaji
● Penyata KWSP terkini
● Salinan bil utiliti terkini (elektrik, air, dsb.)
Tambadana akan memberitahu anda melalui SMS dan e-mel jika pinjaman anda diluluskan. Sila ikuti arahan untuk menyelesaikan proses pinjaman anda.
Tambadana kini menawarkan pinjaman kepada pelanggan di Semenanjung Malaysia.
Jika anda telah memohon pinjaman tetapi tidak menerima mesej pengesahan pinjaman (SMS), sila hubungi khidmat pelanggan Tambadana untuk mendapatkan bantuan:
Email: cs@tambadana.my
Website: tambadana.my
Toll free line: 1300-22-3333
Pinjaman boleh dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas diluluskan. Anda akan menerima SMS dan pemberitahuan e-mel setelah dana telah didepositkan ke dalam akaun bank anda.